Followers

Saturday, July 29, 2017

rindu

laki aku tanya 
"ayg tak rindu ka"
aku tanya la rindu apa
ingat dia nak tanya tak rindu dia ka haha

"tak rindu nak semanyang ka ?"
perhh menusuk kalbu soalan dia 
sabo je la hahaha 

Friday, May 5, 2017

muntah di katil

hari ni awal2 pagi lagi teman husband hantar orang pergi airport balik tu singgah makan breakfast , maka makan lah daku dengan kenyangnya bihun goreng campur mee goreng disarikan lagi dengan tea tarik ,, 
balik rumah tengah baring elok kat katil sebab mata kuyu2 gitu ngantok , sekali bwerkkk muntah sebab dok batuk batuk kot 
hais baru ja basuh cadar habis semua kena basuh lain
udahlah putih murni cadar hehe
tea tarik kan apa lagi colour melekat kuat haa jenuh sental sabo aje la hahaha 
suami boleh pulak buat derk je kot la time kita muntah dia nak lari ambik cebok ka apa haisss 

 

Tuesday, April 4, 2017

LUAHAN HATI PENGANTIN PEREMPUAN



assalamualaikum 

dah berbulan dah ha ingat nak update benda ni sebab tak mau hilang haha 
tapi dah malas nak update blog sekarang huhu,,,tak sampai setahun lagi ni kahwin boleh la update blog entry kahwin2 hehe ,,, yang tu nanti kita tengok bila pulak rajin nak menulis , dok godek2 note dalam fon terjumpa documen ni terus ingat nak simpan kat sini ,boleh anak2 baca nanti hahahah,,,mak kau giwang nak
aku bukan apa saja ja nak buat speach ni sebab time ni semua ada boleh la kita lepaskan apa yang terbuku kat hati 
time dok karang pun ya rabbi meleleh air mata ,time majlis apatah lagi ,mc sebut ja nak baca terus sebak dah tak jadi nak makan ,, sepatutnya aku baca sendiri tapi disebabkan ak tau aku akan nangis idok nya nak boleh baca ,,,makanya kita mintak mc bacakan saja ,,,semua nangis time ni hee,,,
maka terima lah luahan hati saya hehe


Luahan rasa hati pengantin perempuan kita ..saya bacakan bagi pihak Riena
Buat Bonda tersayang Puan Suda Suvalam ..insan yang telah menumpangkan rahimnya selama 9 bulan untuk Riena membesar, cukup sifat dan melahirkan Riena kedunia ini. 
Mak yang jaga Riena, menyusukan, memandikan, bersengkang mata kala Riena sakit, Mak yang selalu ada untuk Riena dalam apa jua keadaan sekali pun
Mak, dikesempatan ini adik nak luahkan ungkapan terima kasih atas segala pengorbanan Mak dalam membesarkan untuk adik dan kakak
Adik dan kakak merasa sangat beruntung punya seorang ibu yang sentiasa memikirkan masa depan dan kebahagian kami anak anak Mak ni 
Maafkanlah adik Mak kiranya adik tak sempurna dan tak banyak yang adik buat untuk membanggakan mak. Adik tahu mak sentiasa bangga dengan anak-anak, Mak tak pernah merungut dengan apa yang anak-anak mak bagi . Adik dan kakak sangat sayangkan Mak dunia akhirat Mak
Untuk satu-satunya kakak yang Riena ada  ..Kak Maziah Mahabbali
Kakak…adik masih ingat kakak pm kawan adik kat fb tanya betul ke adik tidur rumah dia?..masa tu dalam hati wahh ambik berat juga kakak aku ni….kakak saya ni garang sebenarnya tapi adik juga tahu yang kakak sangat sayangkan adik
Kakak,  adik sedar yang kadang-kadang adik ni suka cakap lepas tapi jangan lah kakak  ambik hati sangat yek.. sebab adik tak pernah ada niat pun nak cari gaduh atau sakitkan hati kakak ..adik nak kakak tahu yang adik sangat sayangkan kakak.  ..janji dengan adik ya kak, jangan pernah pisahkan ikatan kita walaupun apa badai melanda ya kak, kerana sampai bila-bila pun adik akan tetap prlukan kakak
terima kasih juga diatas segala pengorbanan kakak untuk adik dan mak selama ini..Adik sayang kakak ketat-ketat tau 
Untuk Abang Syan ( abg ipar Riena) ….
Abang Syan, terima kasih sebab selama ni abang jaga adik dan mak, jaga kakak, abag ambik berat tentang kami.
Adik nak abang tahu yang selama ini adik dan Mak sangat bersyukur kerana Allah jodohkan abang dengan kakak, sebab abag Syan sangat baik, rajin, jaga kakak elok-elok dan abag Syan sweet sangat.. 
Adik minta maaf, kalau adik ada buat apa-apa yang menguris hati Abg Syan ya.
Adik dan mak sangat sayangkan abag Syan dan terima kasih untuk semua pengorbanan abang terhadap family kita selama ini.
Doa adik dan Mak akan sentiasa ada untuk kebahagiaan kakak dan Abg Syan




Buat Arwah Ayahanda tercinta ….
En. Mahabbali Mydin ..

Al Fatihah
(minta hadirin sedekahkan Al Fatihah untuk Arwah – Al Fatihah)

Allah lebih sayangkan ayah, walaupun ayah dah tak ada adik tahu ayah mesti happy kalau ayah ada sekarang, sebab akhirnya anak manja ayah ni dah kawin.
Terima kasih ayah, atas segala kasih sayang Ayah dan kesenangan yang ayah tingalkan buat Mak, Adik dan kakak, terima kasih atas segala penat lelah ayah untuk kami 
setiap kali bila adik travel, bila sendirian dalam flight pasti terdetik kat hati adik, sayu ayah sebab ayah tak sempat merasa semua ni, traveling around the world dengan Mak  
Bila ayah kembali dijemput Ilahi, hilang lah hero kami yang sangat baik dan terlalu baik, sampai ada waktunya kalau orang nak pinjam duit walaupun Ayah tengah tak ada duit pun Ayah tak akan cakap tak boleh Ayah bagi juga, sebab tu kadang-kadang  ada yg ambik kesempatan atas kebaikan ayah.
Kadang-kadang sampai kami sekeluarga tak ada duit nak makan, terpaksa kutip telur ayam kat luaq rumah makan.. 
Alhamdulillah, ayah tinggalkan kawan-kawan ayah yang baik hati untuk tengok-tengokan kami, walaupun ayah dah tak ada  tapi sahabat Ayah selalu ambik berat pasal kami anak beranak. Selalu datang melawat kami  dan adik tahu jauh disudut hati kawan-kawan ayah ni pun sangat rindukan ayah seperti mana kami rindukan ayah.
Doa kami tak akan pernah putus untuk Ayah dialam sana, Ayah tunggu kami di pingiran Syurga ya Ayah..
Dan untuk Suami Riena..Najmi…
dah boleh pangil En. Suami dah kan
Takdir Tuhan kan, Riena sebenarnya tak sangka berjodoh dengan member baik sendiri- my BFF, terima kasih sebab sudi terima dan kahwin dengan budak kecik ni..harap banyak lah bersabar dengan kerenah budak kecik ni ya …
tak banyak yang Riena nak cakap cuma mendoakan dan mengharapkan yang terbaik saja untuk kita berdua hingga Jannah..aminn 
untuk semua tetamu, terima kasih sudi datang ke majlis kami ini terutamanya yang datang dari diluar Langkawi, jauh jauh merentas ombak sudi juga hadir untuk majlis kami ini…terima kasih sangat-sangat
untuk crew dan team members di belakang tabir yang menjayakan majlis kami ni terima kasih banyak banyak
untuk member Adik “Moon” ( munirah), kawan macam Moon susah nak cari, Moon sentiasa ada untuk Riena dalam susah dan  senang. Riena sayang Moon dan terima kasih sangat sangat kerna jadi BFF Riena
Andai kata Riena tak tersebut yang lain-lain, janganlah kecik hati ya, sebab kalau panjang lebar sangat nanti orang boring pula. Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga dari Riena, Najmi, Mak, Kakak, Abg Syan serta seluruh keluarga kami untuk semua. Doakanlah kebahagiaan kami hingga bersatu di Jannah..
Sekian, asalammualaikum