assalammualikum
yeahh dah balikk ,,,dan dah bertambah hitam kulit huhu,,,tapi perhentian island ni tersangatttlahh best ,,,,cantik sangat tempat dia ,,,baru selesai kira berapa rm dah habis sepanjang pergi sana start dari mula sampailah balik rumah even duit toilet pun aku kira sekali ,,,
sebenarnya aku dengan membe aku rancang nak pergi melaka makan2 ,,,tapi disebabkan adik dia n membe dia tak jadi ,,,terpaksa la kami berdua tukar plan ,,,aku cadang pergi pulau sebab boleh mandi2 pantai ,,,maka perhentian menjadi pilihan ,,,,
pergi sana tampa booking apa2 ,,,redah saja haha,,,sebab kalau booking dorang suruh ambik pakej ,,,aku google ramai yang tak puas hati bab makan ,,,jadi aku memang tak nak ambik pakej ,,,membe aku pun cakap membe dia pesan tak payah ambik pakej ,,,maka kami redah saja,,,
pulau perhentian ada dua iaitu perhentian kecil dan besar kami duduk perhentian kecil sebab ada bilik murah2 dan perhentian kecil lebih hidup malam2 perhentian kecil lebih sesuai untuk backpacker macam kami ni ,,,,,menginap di long beach,,, chalet kami duduk adalah lemon grass rm 80 semalam ,,,bilik memang daif tandas kat luar ,,,memang tak best tapi disebabkan penat bejalan dari pantai satu lagi ,,dah jumpa tu ambik aje la sebab murah ,,,sebenarnya ada lagi murah rm50 semalam rock garden tapi dah penuh tinggal rm 100 lebih jer,,,kalau ikutkan nak jer bilik tu tapi bajet2 duit kan,,,redha aje la,,,,
kekurangan lemon grass chalet
- bilik yang daif
- selimut tidak disediakan
- tuala tidak disediakan
- tandas diluar tapi tandas ok je
-owner yang tak best
- bantal busuk kotor patut tukar
kelebihan lemon grass chalet
- dekat tepi pantai
- murah
bagi aku kalau yer pun buat bilik bajet jual murah2 ,,,jangan la daif sangat keadaan bilik tu,,aku paham mat salih jenis tak kisah tapi tahukah anda dorang tu pembersih kot ,,,aku rasa dorang duduk situ pun sebab dorang bajet duit,,,sebab murah ,,,,jadi la melayu yang tak kedekut ,,,bulan2 masuk beribu ,,,bagi la bilik tu cantik sikit ,,,ni bantal pun layak letak kaki jer,,,ni ler yang memburuk kan malaysia ,,,,dah tu layan aku dengan membe aku nak tak nak je ,,,tahu la tak layan melayu pun,,,kami bagi duit kot ,,,
lemon grass chalet tak layak melayu duduk kecuali korang tak kisah la kan ,,,kami pasal tutup mata jer tu pasal boleh duduk haha,,,,tapi memang melayu tak layak la duduk bilik macam tu ,,,korang nak sembahyang susah nasib aku bawak tikar ,,,kalau ada anak lagi susah ,,,korang kalau pergi perhentian bawak duit lebih sikit cari bilik yang selesa ,,,
perhentian kecil
perhentian kecil sesuai untuk orang2 yang backpacker ,,sebab chalet2 dia lebih murah ada yang semalam rm50 jer ,,,perhentian kecil ada dua pantai ,,,long beach dan tak tahu nama apa pantai ni ,,,pantai yang aku tak tahu nama tu ,,pantai dia tak cantik ,,,tapi untuk yang menginap kat sharila untung la sebab sharila ada private beach untuk guest dia ,,,pantai yang aku tak tahu nama apa ni memang sesuai untuk family ,,,bilik2 sepanjang pantai tu pun kebanyakkan nya mahal ,,,mahal dan cantik ,,,,
disebabkan aku dah google jadi aku tahu la kewujudan long beach ni,,,jalan nak pergi long beach ni kena jalan kaki jer,,,,pertama kali korang lalu jalan tu memang penat ,,,dah banyak kali rasa dekat jer haha,,,
long beach ni malam2 mat salih dok berparti ,,,jadi pantai dia malam2 memang happening la,,
perhentian besar
hotel2 mewah ada kat sana ,,,yang ada family elok pergi sana saja ,,,malam2 pantai dia memang sunyi sepi la,,,,sebenarnya perhentian kecil ke besar ke sama saja ,,,cuma korang pilih la nak ketenangan ka nak enjoy2 party ,,,,kalau nak hotel mewah pergi perhentian besar jer,,,
what der?
pergi sana bajet2 jadi ni la makanan dikala lapar,,,sebabnya makan kat sana tersangatlah mahall
bukti makanan sana mahal memang kena jadi kaya kalau pergi sana haha,,,
perhentian kecil long beach ,,,perhentian kecil ni ada dua pantai time sampai tu bot lepaskan kami kat pantai satu lagi tu,,,kat situ memang hotel mewah2 sharila hotel kat situ la,,,tapi disebabkan kaki melangkah juga kat long beach ,,,maka sampailah kami ,,,sampai2 tu terus nampak rock garden tahu kat situ ada bilik rm50 terus daki anak tangga tanya bilik,,,tapi tak der dah penuh,,,terus turun jumpa lemon grass ,,,haha aku tengok pic cantik ,,,pergi tengok bilik alahai tipah tertipu patutla dia suruh trngok bilik dulu haha,,,sekali lagi redha ,,,
long beach
ni salah satu pantai yang dorang singgah kami ambik long trip for snorkeling sampai muntah aku ,,pening2 ,,for long trip rm 50 dia pergi shark point ,coral point ,turtle point ,singgah pantai ni ,,,singgah makan kat fisherman village kat sini makan murah sikit ,,,
sini memang cantik air dia jernih
aktiviti kat sini mandi jemur mandi berjemur
bajet mat salih
burn baby burn
ini gambar long beach malam2,,,
ni gambar pantai yang aku tak tahu nama apa tu ,,,pantai dia tak cantik la,,,
baby turtle
aku memang sentiasa menarik perhatian orang ,,,time tunggu bas kat syahab perdana ,,,tunggu bas nak ke butterworth ada abang tu tanya nak pergi mana ni beg besar ,,,lari rumah ker,,,aku iyakan jer hahaha,,,,
ni gambar time dah sampai kat besut ,,,sampai pukul 5 pagi ,,,
ni peta perhentian kecil dan besar
belanjawan aku sepanjang pergi sana start dari aku keluar rumah sampailah aku balik rumah adalah rm500 lebih ,,
tiket boat langkawi kuala kedah rm23
bas alor setar ke butterworth rm10.90
butterworth ke kuala besut rm50
tiket boat kuala besut ke perhentian kecil rm70 pergi balik
penginapan rm 80
air panas rm1
snokeling rm 50 long trip
pemuliharaan rm5
burger rm5
nasi goreng kampung rm8
mineral rm3
100 plus rm 4
makan kat fisherman village rm 9.30
beli fridge magnet rm25
tiket bas kuala besut ke butterworth rm50
butterworth ke alor setar rm 10.80
boat kuala kedah langkawi rm 23
ada lagi yang tak masuk list ,,beli tedy bear turtle ,,,makan time tunggu bas kat kuala besut tu ,,masuk tandas ,,,haha
total all rm 500 lebih la ,,,yang bestnya bas hantar terus ke jeti kuala besut ,,,balik pun sama naik bas kat kuala besut ,,,dari butterworth ke kuala besut 8 jam ,,,kami naik bas malam ,,,naik pukul 10 malam sampai 5 pagi ,,,balik pun malam naik bas kul 8 sampai kul 5 pagi ,,,biasala orang langkawi kalau nak bercuti memang kena keluar duit lebih sikit ,,,haha,,,
tips
tak yah berangan nak tarik beg roda haha sebabnya sana mana ada jalan ,,,bawak la beg backpacker macam aku even hudoh beg beso lagi dari tuan ,,kahkahkah,,
bawak beg waterproof untuk letak camera
bawak la segala benda yang waterproof sebabnya peratus korang kat sana adalah main dengan air,,,air dan air,,
kalau ada penyakit apa2 silalah bawa sekali pergi pulau sebabnya kat pulau tak der farmasi ,,
kalau ada baby tak payah la bawak pergi bercuti kat perhentian agak tak sesuai sebab kena naik speedboat laju tapi mat salih relex ja bawak baby dorang snokeling sekali
bawak la pakaian mandi yang mencukupi sebabnya aktiviti korang adalah air air air ,,,
makanan kat sana memang mahal gila jadi silalah bawa wang secukupnya
kalau nak pergi sana kan selalu orang akan ambik pakej kan ,,aku tak galakkan korang ambik pakej la sebabnya ramai yang komplen dorang bagi makanan tak sedap ,,,habis duit je,,baik korang makan sendiri ,,banyak jer restoren kat sana cuma mahal ,,,pejam mata haha,,,
bawa duit secukupnya siap2 sebelum pergi pulau sebabnya kat pulau tak der ATM
kalau ada camera waterproof jangan lupa bawa sekali rugi oo kalau pergi snokeling tak snap gambar atau rakam video sebab cantik sangat kat sana
kalau korang tak tahu berenang jangan menipu cakap jer tak tahu sebabnya kalau nasib korang baik boatman tu baik hati dia akan layan korang ,,,,kalau korang girl yang comel or cantik memang suka la boatman tu layan ,,,hahaha,,,membe aku syok ar dia ,,tak yah berenang boatman tarik je tangan dia bawak pergi tengok coral ,,,aku ni jenuh nak berenang ,,,penat oo berenang ,,,sampai kan sharkpoint aku dah letih aku duduk je dalam boat ,,,tak bekesempatan nak tengok shark ,,,
bawak topi jangan lupa panas2 boleh lindung muka
bawak sunblock jangan lupa nanti burn
nak upload video ,,,kenapa ntah tak boleh ,,,tak pa la aku publish dulu la entry ni ,,,kalau boleh tunjuk kat korang video snokeling aku tu best sikit,,,nampak ikan coral penyu ,,,baru korang bekobar kobar nak pergi ,,,haha,,,
the end perhentian island trip
No comments:
Post a Comment