Followers

Wednesday, December 28, 2011

dunia ini tidak adillll

anyongg
terima kasih kepada kawan aku sebab bagi aku pinjam berukband dia hee
dunia ni memang tak adil untuk aku ,asal aku ja ada ja benda nak jadi,,
dari dulu sampai sekarang asal nak buat apa2 ja mesti kena kat aku 
time sekarang la kerajaan nak tukar modul la tukar tu tukar ni last2 kami yang jadi mangsa
aku benci laa
kenapa la nasib aku jadi macam ni 
kalau dok study ja bilanya aku nak kawin uwaa,,,
bila nak habis study ni 
bukan sebab aku dok fail tak lulus2 k,,sat g ampa kata aku dok fail tak lulus2 plak 
bilanya boleh kerja pegang duit sendiri 
semua bila bila dan bila?????
memang tak adill,,
malasnya nak study hee
boleh tak nak berenti 
dan 1 lagi boleh tak aku nak mogok ,bukan boleh dah tapi esok aku akan ajak semua geng2 aku mogok ada ka kena ambek balik modul yang dah ambek ,,eiss

xoxo
reyna 

Saturday, December 17, 2011

saya sudah penat loh vs phuket krabi

anyong
yer seperti tajuk di atas aku penat doh! balik ja dari thailand kena kemas barang sebab nak pos keta waduh ,,aku men sumbat ja mana nak bawak hee,,tak pa la kalau tinggal setakat baju jalan2 tu nanti2 je boleh ,,
seronok kan kalau duduk belah2 darat nuh,,tiap2 minggu boleh balik ,,kalau macam aku ni nak kena naik bot,,semput2 ,,ingat nak buat entry beijing part 3 bagi habis tapi bila pikir2 lambat loading la plak,,cancel 
lambat kot nak loading satu2 pic waduh2,,tapi kalau nak buat entry thailand pun boleh,,sebab pic2 dia ringan sikit aku tak bawak camera canon tu pakai fon jer,,nasib sepupu aku gedik nak beli camera boleh la tumpang sekaki kan,,
rindu kot kat blog ni,,hee
orait meh aku tunjuk trip aku ker phuket krabi trang merata laa,,
china tu nanti2 la bila rajin hhaha dasar malas punya budak,,

sedap kot,,

bergambar dalam bilik di phukat

sweet tapi sayang nak tido sini penuh

dapat bergambar dalam bilik pun jadi lah

depan hotel yang kami tidur

pantai apa ntah nama,,banyak sangat ,,hee phuket panas kot time ni,,


rm150 sorang,,aku tak masuk pun sebab kami bajet2 duit nak g pulau tapi jangan risau next time sure aku masuk dalam

bagi aku tak best pun sini ,,tempat dia kecik jaa,,

sini best 299 ja,,jgn tanya pasal pa aku tak angkut satu ,,kalau kat chenang 100 lebih,,

dalam bot nak p phi phi island pic yang kat atas tu dah sampai

tapi pemandangan dia lawa laa,,

sudah la ceq penat laa,,mau tidurr hehe,,ampun nanti ceq sambung na

ok byee


Saturday, December 10, 2011

weh tawan2 aku nak p bercuti lagi muahaha

anyong 
hee tajuk tak boleh blah nak bagi orang jeles ,tapi tak der maknanya korang nak jeles pergi thailand jer pun 
aku nak pergi phukat n krabi dua2 tempat tu aku tak pernah pergi lagi 
jadi agak teruja hee sikit laa ,,,alhamdulillah rasanya aku dah selesaikan semua benda sebelum nak pergi terutamanya bayar yuran huhu dah boleh print pun ,,tapi yang tak syoknya ada pulak tulis x-ray diwajibkan 
dah la aku dah buat pun medical checkup tu tak kan la aku nak kena pergi pulak kot 
malas malas malas tak nak buat arr ado aku kisah huhuhu 
baju aku baru jer lipat2 letak dalam luggage macam biasa aku kepeningan tak tahu nak bawak baju apa 
LIMA dah habis uwaa sedih ,,sedih la sebab tahun ni LIMA tak best ,,aku punya la semangat nak sambut LIMA ,,ye la sebab tahun2 lepas aku tak berkesempatan nak sambut 
tadi malam pun aku ada singgah LADA punya la parking baik punya tengok2 dorang pekat dok kemas nak balik uwaa sediss betull heee
lepas balik dari thailand nanti aku nak kena pos keta plak bz sungguh ,,dan bermulalah misi aku sebagai student kembali wallaweh aku nak kawin laa ,,hee ,,kawan2 aku semua dok rancang nak mendirikan rumah tangga aku! jangan kan kata nak mendirikan rumah tangga pondok kayu pun belum tentu lagi 
sedihh! 
this is pakbombom 2ne1
segak kan dia ermm,,

berbalik kepada membebel hee bila tengok kawan2 aku berjaya dalam hati" bestnyaaa dorang" 
bila tengok kawan2 aku dok sibuk merancang nak kawin dalam hati "aku nak kawin jugak "
padahal gila ko nak kawin masak pun tak reti lagi ni kan pulak ko nak berlaki eis2 
dan lagi satu aku kan single mana ada boyfiee nak ajak kawin ,,kalau ada pun hampeh tak ley pakai bukan pernah peduli pun pasal aku 
tu pasal la aku nak cari scandal muahaha bosan la ada bf pun macam tak der buat apa kan 
kadang2 aku rasa aku ni bodoh ja dok tunggu dia 
laki ni bukan boleh percaya sangat ,,
aku harap2 la dia baca blog aku biar dia tahu aku dok kutuk dia muahaaha ado aku kisah 
kalau korang adalah sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta 
jaga2 aku jeles dengan korang sebab aku kekurangan kasih sayang dari si dia hee
silalah menangis untuk aku T_T


ok lah bye2 have a nice day 

trip beijing part 2


asssalammualikumm
amboi lama bebeno aku nak buat entry ni ha
bukan apa bz berjalan haha ,,satu lagi aku malas sebab nak loading pic lambat 
ok lah ini adalah part 1
di depan restoran yang kami makan 

kat luar restoran yang kami makan ada meja tak tahu la apa motif letak meja kat luar 

benda ni bukan benda lah makanan sedap aku beli banyak kot hee tak der la banyak sangat melampua la tu aku beli buat makan dalam bas dan bawak balik bagi mak aku makan 
kat mana2 ja mesti ada dorang ni ,,dorang ikut jer mana kami g ,,turun bas jer nampak muka dorang

ini adalah forbidden city sebab part 1 aku letak pic sikit la tak best apa guna aku snap pic banyak2 kan jadi walaupun sepatutnya pic ni duduk kat part 1 tapi tak pe lah aku letak jugak 

ni aku nak fokus seluar dia yang berlubang tu hahaha nampak la sikit 

ni adalah cadar sutera maharaja di forbidden city masih cantik lagi 

mutiara banyak kan selama ni aku ingat ada 1 2 biji jer ,,

kat sini aku beli rantai untuk aku dan jugak kakak aku 

ni ha tempat mutiara tu beli jangan tak beli 

ni namanya apa ntah salah satu tempat istana maharaja dulu2 jugak tasik ni kalau korang nak taw ini adalah task buatan dia kerah anak2 buah dia suruh koret buat tasik sebab maharaja kan banyak musuh jadi bila buat tasik musuh susah nak melalui istana dia ,korang taw tak tasik ni memang besar tak macam tasik buatan 
sangat kagum

gara2 aku nak beli angry bird ni laa aku kena tipu dengan penjual tu bengongg toll

cantik kan

ok sambung di part 3 pulak
bye2



OMBAK WINDUU

ombak winduu

korang taw tak best gila citer nie ,,bila aku dapat tahu jer citer ni kuar apa lagi kalut nak pergi tengok 
sebab aku pernah baca noval nie ,,tu dia tak bg salam tak cakap apa terus serbu ja haha ok2 
assalamualaikum 
semalam aku pergi tengok citer ni kat wayang dengan kawan sekolah aku ,,nasib ada dia kalau tak memang aku tak kuar la semalam 
petang tu ada pergi awana konon nak naik kapal selam atau kapal navi haramm dah la kena jalan jauh kapal kecik jer yang ada tu pun  kena beratur panjang nak naik kepal dah la panas tak mau aku seksakan diri haha
petang tu kawan aku mesej ajak kuar sebab dia bosan memang kena gaya sangat laa 
aku ajak  dia tengok ombak rindu 
bestnya citer tu yang paling penting dorang banyak berlakon kat langkawi dan aku masih lagi tertanya2 kat mana lokasi rumah yang atas bukit tu tapi yang pasti tu memang dekat langkawi dan yang paling aku pasti lagi tu mesti rumah mat salih sebab mat salih kat langkawi memang banyak yang sewa atau beli tanah buat rumah dorang kan banyak duit 

ni la lokasi rumah tu cantik gila kot nampak pulau2 ada buai lagi waduh ce bayangkan bayangkan 
memang tip top lah

kepada siapa2 yang tak pergi tengok lagi silakan lah bawak anak bini cucu cicit korang pergi tengok dan jangan lupa bawak tisu yer hee
ok sekian itu sahaja pasal ombak rindu 
marilah kita sama2 sokong filem melayu ,,melayu bolehh

ok bye

Thursday, December 8, 2011

kesibukan dengan berjalan huhu

anyongg
aku sekarang bz dengan berjalan huhu
rindu nak update blog 
huhu 
korang apa khabar
tak datang tengok lima ker?
bz sungguh langkawi sekarang
hehe
laptop pun buat hall adoii,,rindu blog rindu blog
ada fon canggih pun tak boleh nak tulis entry heran tulis tajuk boleh
ok lah dah lewat
bye2

Friday, December 2, 2011

when i say i love you

saya
sayang 
awak 
percayalah 
walau sebelah saya ada seorang laki ensem bangat 
tapi awak jugak yang saya pilih 
walaupun saya sakit awak tak pernah peduli saya tetap sayang awak 
walaupun awak jarang kol mesej saya 
saya tetap sayang awak 
bila saya cakap yang saya sayang awak 
selamanya hati saya tertutup hanya untuk awak seorang 
melainkan ada yang datang cuba pecah masuk hati saya 
itu pun kalau dia berjaya pecah masuk la
bilalah kita boleh kawin erk,,ko gatall erk rinaa
nanak iphone pless tiba2
ok2 balik kepada topik yer,,
tak ader apa nak tulis dahh,,

meh layan lagu nie best
video

Thursday, December 1, 2011

opppaa! yoo ah in saya punya

anyongg,,
cis tajuk tak boleh blah apa ko ingat laki ensem macam yoo ah in tu nak kat ko ker perasan tol la ko rina
hihihi biarlah aku nak perasan pun bukan kuar modal apa pun kan 
tapi kan aku memang dah gila bayang laa dengan geolo niee,,geolo ni nama samaran yoo ah in dalam citer sungkyunkwan scandal yang aku tengah tengok sekarang ni,, 
citer ni boleh tahan best laa,,best sebab ada geolo hahahaha habis la aku tak tidur malam 



ahhh my oppaa!,,habis la aku kena lempang dengan peminat dia 

ni kalau ada laki macam ni kat malaysia pun sure la laki tu tak pandang aku sebelah mata pun tak akan punya jangan harap laa ni kalau ada muka macam ni kat malaysia sure taste tinggi nii 
jadi kesimpulannya silalah berangan tinggi2 yer wahai cik rinaa oiii,,
maaflah aku sekarang bz dok tengok citer sungkyunkwan scandal jadi entry trip beijing aku tangguhkan dulu yer 

ok byee

Tuesday, November 29, 2011

buatlah pilihan yang tepat untuk masa depan anda semua

assalammualaikumm 
ok tak payah nak cakap mukadimah ka 
nak merapu ka 
terus kepada tajuk budak2 lepasan spm harus baca ni 
tak lupa jugak kepada budak2 yang masih bersekolah 
sekarang ni aku tengok yang ada ijazah pun susah nak cari kerja 
yang ada diploma pun susah jugak nak cari kerja 
aku sekarang pun pening pikirkan masa depan aku 
siapa yang tak nak belajar tinggi2 dapat kerja yang bagus2 kan
sekarang ni orang belajar untuk dapatkan kerja 
jadi sekarang memang aku agak menyesal dengan pilihan yang aku dah buat 
dulu aku masuk kolej komuniti bidang bekery bila dapat poli aku masuk poli sebab ingat aku nak tukar bidang
sekarang aku tengok kawan2 aku dah berjaya bukak bisnes walaupun dorang hanya belajar dekat kolej komuniti 
laku pulak tu semakin hari semakin berkembang maju jeles aku 
terus aku terpikir kenapalah  aku tak teruskan ajer bidang bakery aku tuh,,
erm,,
dah tak guna aku salahkan diri pun, jadi nak tak nak aku sekarang kena buat keputusan yang lebih tepat 
bagi aku sekarang ni kalau korang nak sambung korang pikir lah betul2 
betul ke korang minat bidang ni 
dah habis nanti nak kerja apa ,,
ada ker tidak kerja bila habis study nanti 
satu lagi pilih jugak institusi yang senang dapat kerja macam miim ,
uitm sekarang pun tak boleh harap dah,,kalau korang budak2 uitm jangan lah marah yer,,ini rialiti yang berlaku bukan nak burukkan uitm atau mana2 u kat malaysia ni,,
kalau masuk u memang lah bagus tapi kena tangok bidang jugak,,
masuk u harapan cerah sapa kata tak cerah,,
cuma kena tengok bidang jugak la,,
kolej swasta yang berkelayakan pun boleh jugak tapi kena tengok betul2 laa,,
kalau masuk jmti pon ok sebab peluang dapat kerja cerah 
apa2 pun silalah pilih bidang dan tempat mana nak sambung betul2 
untuk masa depan jugak,,

ok bye

Sunday, November 27, 2011

trip beijing part 1

assalammualaikum 
ini adalah entry trip ke beijing china selama 6 hari 
maaf kalau lambat loading biasalah tak boleh dielakkan kalau lambat loading bila entry yang melibatkan pic 
nak pulak kalau pic tu dah sedia berat kan 
benda yang boleh buat adalah kita minum duluu,,
ini adalah mukadimahnya

si kecik sedang bergambar sesudah mendarat dengan selamatnya selama 6 jam 

sampai2 ajer tempat first pergi adalah tengok acrobatic show sangat best menurut guide tour beijing adalah acrobatic yang paling best di negeri china 

 dok berebut topi 

tari menarii 

sapa2 ada hilang mangkuk cari budak ni 

moto dok berpusing pusing dalam sangkar 

habis ajer tengok acrobatic show time to makan makan dah berada di negara cina makanan pun haruslah cina 
but still halal k lepas makan balik check in dan terus tidur

keesokkannya
-
-
-

breakfast pun mestilah cina nya style

tiananmen square

dah macam eskimo dah aku,, layankan ajerr,,

forbidden city istana diraja semenjak 500 tahun yang lalu

with kak nas

selepas berjalan berkilo2 melawat istana raja yang besar luas gila tu kami pergi silk store ,tu yang aku tengah pegang tu adalah kepompong

kepompong aku geram gila tengok cadar sutera amboi syoknya kalau tidur pakai cadar sutera tapi malangnya  
mahal sangat aku cuma beli kain untuk mak aku ja

habis sudah part 1 
ok bye

Friday, November 25, 2011

mak aku sudah demam korea gara2 anaknya

dulu

aku = mak2 meh la tengok citer ni best oo!
mak = tak mau ar ngantok 
---------------------------------------------------------
aku = mak meh la tengok laki ni hensemm bangat!
mak = tak mau la ayah lagi hensem tengok ayah sudah 
---------------------------------------------------------

sekarang 

mak = adik2 meh tengok citer ni best
aku = tak mau ar ngantok
---------------------------------------------------------
mak = adik2 tengok laki ni hensem 
aku = ermm biaq p la kat dia 


kalau dulu aku jer yang dok layan tv kwsw dan onehd sampai lewat2 malam sekarang mak aku yang dok layan sampai tv yang tengok dia 
makk makk haha 
jom p korea mak bulan 5 pless! ermm,,,

ok bye

Wednesday, November 23, 2011

saya sukew berblogging

assalammualaikum 
malam ni aku  nak join satu lagi segmen ,blog ni lama dah buat since 2008 lagi tapi time tu aku tak taw nak berblog ni nak tulis apa, macam mana nak guna blog ni, macam2 lah semua tak taw apa yang taw ntah hee
aku ada kawan yang memang aktif blog kiranya aku ni mengikut jejak langkah dia la,sejak aku habis study aku rajin buka blog orang baca entry dorang so bermula dari situ aku pun jatuh cinta, sekarang memang aku dah jatuh cinta dengan blog apa2 yang aku rasa nak tulis aku tulis ja
salah satu sebab aku suka blog ni adalah kat blog ni macam2 aku boleh dapat nak apa produk kecantikan ,kesihatan ,nak cari resepi masak2,nak dengar cerita lawak,nak tengok model cantik2 ,nak tengok life orang,nak tengok tempat2 yang best semua ada kat blog tak lupa jugak gosip2 artis
sebab tu aku suka berblogging



ni adalah syarat2 segmen "saya sukew berblogging"

1)follow blog jijahcomey
2)letakkan banner jijah nih kt blog kowang
3)buat entry yang bertajuk segmen:saya sukew berblogging
4)berikan sebab kenapa anda sukew berblogging?
5)tinggalkan url link kowang kew ruangan komen nih..
6)tag 2 rakan blogger anda
7)siapa yang join jijah akan tembak iklan2 yang ada diblog kowang hehe..
8)tarikh tutup 21/11/2011-30/11/2011

apa tunggu lagi tawan2 meh kita join reramai
kalau nak join silalah ke sini

ok bye

Tuesday, November 22, 2011

tak semua orang sempurna kan

assalammualaikum 
cerita kali ini adalah tak semua orang sempurna 
yer meh aku mulakan cerita nya
al kisahnya aku ada seorang kawan yang bernama dot dot dot,,dia ni jenis yang lemah lembut ,sembahyang tak pernah tinggal amin ,pandai masak ,anak yang baik ,tapi mula2 aku kenal dia makin lama aku rasakan dia ni mengada2 dan jugak gedik ,tak matang dan lain2 hehe suka hati aku ja menilai orang kan
tapi memang pun perangai dia macam tu tapi dia baik la tak jahat cuma kadang2 pentingkan diri sendiri pun ada 
aku mula2 agak merungut jugak la tapi dah kawan rapat dan lama2 aku pikir dah memang macam tu perangai dia nak buat macam mana kan 
so terus aku terpikirkan yang semua orang tak sempurna walau macam mana dia sempurna pun mesti ada jugak kelemahan dia kan,mungkin tu salah satu kelemahan dia 

lagi satu kawan aku dia cantik baik ada bf yang baik tapi kelemahan dia pentingkan diri jugak 
tapi dia baik la mungkin tu salah satu kelemahan dia jugak kan 
tapi ada jugak kawan2 aku yang aku rasa dorang sangat sempurna 
mungkin aku buta nak tengok kelemahan dia 
aku pun ada banyak kelemahan mulut kadang2 celupar jahat jugak mulut aku ni sebenarnya kalau aku tak bercakap tak pa tapi kalau dah mula cakap bisa kot,,teehee tapi tu adalah salah satu yang paling aku benci dalam diri aku dan memang aku sangat marah dengan perangai aku yang satu ni 
sebolehnya memang aku nak buang perangai buruk aku yang satu ni 
kadang2 mulut aja yang bisa tapi sebenarnya hati tak ader niat pun nak cakap benda yang boleh buatkan orang terasa 
tu mungkin kelemahan aku la kan, mungkin apa dah memang sah2 pun 
insyaallah aku cuba control dan buangkan kelemahan aku 
membuat perubahan yang baik untuk diri sendiri adalah perlu
ha bercakap pasal ni kan aku rasa mungkin kita patut sama2 buangkan kelemahan kita untuk cuba menjadi sempurna sebab kadang2 kelemahan kita akan buat orang tak suka dengan diri kita 
walau tak sempurna 100% pun tak pa sekurang2 untuk diri kita lebih disenangi orang lain kan bagus tu 

kadang2 aku rasa kita patut menerima kelemahan orang lain 
sebab tak semua orang sempurna tapi bila pikirkan balik kan kalau kita asyik terima kelemahan orang pun tak boleh jugak sebab boleh mendatangkan penderaan mental dan fizikal jugak wah ayat tehee
sebab tu aku rasa kita perlu ubah kelemahan kita untuk diri sendiri lebih disenangi orang lain 
kalau korang pening baca entry aku  nak mintak maaf la yer aku cuma nak luahkan ajer biasalah aku bukan editor majalah nak karang ayat ikut peraturan 
men campur aduk ajer apa nak tulis hehe 
bila baca balik entry aku memang la banyak kelemahan tu mungkin salah satu kelemahan aku kan hehe
kejap aku kata A kejap aku kata B layankan ajer,,kesimpulannya adalah semua orang tak sempurna itu sahaja
nak buat enrty holiday beijing ni 

ok bye 

Monday, November 21, 2011

kenapa banyak sangat cerita kahwin sekarang

barangkali aku terlalu muda untuk bicara soal perkahwinan 
masih mentah untuk memikirkan apa itu suami ,apa itu isteri ,apa itu anak ?whatt!! anak ohh noo
huhu harga sebuah perkahwinan terlalu ,,terlalu apa yerr? hehe
aku pernah tanya mak aku" kenapa mesti bubuh nasi dalam pinggan ayah tak boleh ker ayah bubuh sendiri"
aku rasakan yang bila kawin banyaknya tanggungjawab nak kena layan  suami masak beranak bla bla bla,,
tapi kalau orang tengah hangat bercinta dorang akan pikirkan  nakk kawinn cepat2 sebab boleh pandang muka boy dorang 24jam 
aku jugak pernah terpikir tak jemu ker kalau hari2 pandang muka yang sama ?? 
apa lagi yer aku pernah terpikir pasal kahwin ,,
ntah la dah lupa
itu dulu

tapiiiiiii sekaranggggggg

perkahwinan bukanlah satu benda main2 melibatkan masa depan yang sangat panjang 
kenapa mesti ada yang pandang remeh hal tunang 
misalnya nak tunang semata2 nak ada ikatan sekadar nak membuktikan yang dia cintakan perempuan tu ajak tunang konon sayang sangat la padahal sekadar di mulut sanggup nak tunang habiskan duit libatkan makbapak padahal bukan betul2 nak perempuan tu jadi isteri pun 
lepas tu putusss

ada yang cakap tunang ajer la jumpa orang lain nanti putus ajer la senangnya cakap 
ye mungkin pendapat aku lain dorang lain 
bagi aku kalau nak tunang tunang la betul2 jangan la pandang remeh benda tu 
walaupun tunang itu bukan kahwin 
lagipun tunang jugak perlukan duit kan habis duit aje 

ada jugak yang pompuan tu ambek keputusan untuk tunang sebab boy dia tu bueh sangat lepas tunang dengan harapan boy dia jadi baik 
ada betulnya jugak tu 

kadang2 kita tak tahu kehidupan orang lain , kita boleh cakap macam2 sedangkan yang tanggung orang tu sendiri jadi aku sekarang hanya boleh bercakap dengan diri sendiri ajer dan jugak kat blog ni sebab diri aku sendiri pun aku tahu apa akan jadi esok lusa

macam kes isteri no2 kalau dulu aku memang marah sangat2 sapa2 yang jadi isteri no2 ni 
tapi bila selami cerita dorang yang sebenarnya dorang  kadang2 tersepit macam kes si perempuan tu umonya dah lanjut jadi sudah malas mahu pikirkan hal rumahtangga bila ada yang sanggup tawarkan diri dia pun sanggup asalkan kahwin 
bab risiko pandai2 tanggung 
bab yang ni ceq tak taw nak kata apa sebab orang yang sudah lanjut umo ni cerita dia agak bersimpangsiull sikit emosi dorang lain sikit 

mana ada yang mahu bermadu kan 
 kadang2 jugak sang lelaki tu memang gatal memikat sang perempuan yang ni memang aku benci 
sudah lah tutup bab tu 

kita cakap pasal wang 
sana sini perlukan duit tambah2 lagi nak beli susu ,lampin mahal pulak tu 
kang bagi susu yang murah terlebih cerdik plak budak tu haru jadinya
tapi kalau pikirkan pasal duit memang tak pernahnya cukup kan

isteri 
dulu aku hanya pikirkan sang isteri saja padahal sang lelaki sebenarnya tugas dia lagi la berat 
nak kena tanggung dosa anak bini 
ustaz aku cakap kalau si suami tak tahu menjawab apa yang ditanya sang isteri tentang agama dosa si suami tu 

kalau dulu aku tengok lelaki ajer yang curang sekarang isteri pun sama ha 
jadi jangan nak salahkan orang lelaki saja
perempuan pun sama 
tapi perempuan ni kan lembut n lemah si lelaki ni pulak pandai bermain dengan kata2
kadang2 tengok semuanya berpunca dari lelaki sebab lelaki memang gatal kalau dia tak mula dulu tak kan jadi 
percayalah kata2 manis lelaki dusta semata2 
kadang2 lelaki ni cakap sekadar nak sedapkan hati perempuan saja 
tapi ada jugak yang macam tu sebab tak nak girl dia sakit hati itu namanya sayang katanya
kehidupan sekarang memanglah  pelik 

sekarang memang macam2 yang aku jumpa 
jadi sekarang aku memang tak peduli hal orang 
biarlah ko nak kawin dua ka 
ko nak bercinta dengan laki orang ka 
ko nak setia dengan bf ko sampai lebam2 ka 
ko nak jadi pak turut boy ko ka lantak laa
sebab kadang2 kita tak tahu kisah disebalik dorang 
macam kisah dato ct dulu agak tak suka tapi sekarang tengok dia bahagia ja bini dato k pun dah ada laki baru 
mungkin jugak dato ct pilih k sebab dato k caring mungkin bila dia bercinta dengan lelaki muda tak caring 
sapa suruh laki muda tak caring 
erm,,entahlahh sebab tu aku kata kadang2 kita tak tahu perasaan orang 

macam pompuan tua kahwin lelaki muda mungkin laki muda tu memang sukakan pompuan tua dari dia
yang pompuan tu plak dah dapat laki muda suka kat dia buat apa dia nak tolak dah ada orang suka kan
yang kita nih dok mengata la kat depa eii dah tua2 tak sedar diri bla bla bla,,dapat dosa 

sudahlah taknak taip lagi sudah lari dari tajuk la plak atau tajuk yang tak sesuai sebenarnya benda lain yang nak taip tapi tertaip benda lain layankan ajoo

ok bye

Sunday, November 20, 2011

kenapa mesti marah- marah sayang

kenapa sejak akhir2 ni mood keje ting tong ajer ni 
marahh jer kejoo ko 
tak padan dengan kecikk,,babak kang nak
atau ko nak kena lempang dengan orang 
eis2 tak baik marah2 ni sayang nanti muka cepat nampak tua
 ko nak ker ?tak nak kan 
dah tu jangan marah2 erk tak baik nanti kena darah tinggi ko nak ?
tak nak kan 
cepat pergi mintak maaf 
tak padan dengan kecik memekak ajer mulut tu 
nak kena jahit ker mulut tu tak nak kan 
jangan marah2 yer tarik nafas panjangg hembus ulang 24kali yer 
mandi ais yer 
tak pun ko pergi terbang duduk chende balik nak
marah adalah kawan syaitan ko tak nak kan jadi kawan syaitan 
mulai dari detik ini ko mulakan dengan senyuman yang manis 
jangan marah2 lagi oraitt

jangan biarkan diri ini menjadi angry bird 


didikasi untuk diri sendiri 
have a nice day 

Friday, November 18, 2011

contest "my photoshoot"


anyong haseyoo
selamat malam bagi yang sudah diulit mimpi 
aku malam ni berjalan sakan godek2 blog orang baca entry orang 
aku agak tertarik dengan satu contest ni pakjoe pun join sekali derekk 
mula2 sebelum aku bukak ingatkan nak ajak p photoshoot free ka rupanya contest gambar sendiri
hadiah agak menarik datang dari jauh pulak tu aku dah tengok pic para peserta2 dia agak mencabar hehe banyak geng2 uitm 
so meh tawan2 kita join kalau ampa nak join silalah klik link dibawak banner tu 
-
-
-
-
lokasi great wall in china



have a nice day 
ok bye

saya sudah pulang cerita dari beijing

apo khabar orang2 blog 
aku sudah balik
pulang dengan selamatnya ke rumah yahooo!
tapi aku rasa macam nak duduk ajer kat sana balik rumah pun bosan 
nanti ajer aku buat entry pasal lawatan sambil belajar aku kat sana muahaha 
sebab aku nak tunggu cousin aku upload pic kat fb dulu boleh lah aku curi pic2 dia sikit
sebab pic2 dia lawa lagi dari pic2 yang aku snap
best sangat pergi sana sebab sejukk iyer la aku kan duduk malaysia 
sini panas nak pulak aku duduk kat pulau legenda ni 
so sekarang aku nak cerita ajer la tampa gambar 
ermm,,boleh lah aku letak  pic satu ajer satuu ajer yer 
korang nak tahu tak negara cina merupakan negara yang mempunyai ramai penduduk 
jadi kerajaan telah menetapkan satu2 negeri harus mempunyai berapa orang anak 
macam di beijing mana2 pasangan yang berkahwin hanya dibenarkan mempunyai seorang sahaja anak
kesian kan ada la kalau negeri mana ntah boleh ada 2 orang anak jadi sapa2 yang asa nak anak 2 jangan duduk beijing 
dekat sana air sangat mahal sebab dorang jauh daripada laut sebab tu dorang kencing tak basuh kot hee
dorang mandi 3 hari sekali sebab air mahal dan sejuk 
rumah dekat beijing jugak mahal kalau nak rumah murah rumah bawah tanah yang kecil dan sempit 
sampai2 jer kami kat beijing kami pergi tengok acrobatic best gilaa
semua budak2 lagi umo tak melebihi 20 tahun sebab bagi dorang umo 20 ke atas tulang sudah keras jadi tak boleh main acrobatic lagi
gaji budak2 acbatic nih tinggi tapi malangnya cukup umur 20 ajer dorang dah tak boleh bersama dengan acrobatic lagi 
lepas tu kerja yang akan dorang buat ialah bekerja di bar sebab dorang susah nak dapat kerja 
budak2 acrobatic nih dorang tak sekolah 
walaupun beijing ni sejuk tapi udara dia sangat kering kalau korang pergi sana time sejuk jangan lupa losyen dan lipbalm 
lipbalm korang kena pakai selang 2 3 jam kalau tak bibir korang akan kering merekah dan keluar darah 
lepas mandi korang kena pakai losyen satu badan supaya kulit korang tak kering 
aku bernasib baik kulit aku tak kering sebab kalau kulit korang kering dia akan jadi gatal2 
balik malaysia siap la korang kena jumpa doctor 
kat sana dorang makan ikan darat sebab jauh dari laut ikan darat banyak tulang jadi time makan memang ikan aku tak sentuh
sepanjang aku dekat sana makanan semua style cina makanan dorang banyak yang rasanya tawar2 sikit 
ada corn goreng tepung ,arnab,kambing sebab dorang sana kan sejuk jadi kambing panaskan badan
paling penting mesti ada tea tak ader gula
sebab tu dorang sihat minum tak ader gula 
tapi bab masak dorang banyak guna garam 
seluar baby di sana tengah2 dia berlubang sebab senang untuk baby kencing dan berak tak payah buka2 seluar 
tapikan aku dok terpikir la  tak beku ker punggung baby tu sejuk kot
kat sana ada tiga jenis no plat kereta biru untuk government hijau untuk tourism putih untuk orang biasa 
kalau tak silap untuk orang biasa putih kot maaf kalau salah
kat beijing sangat sesak sebab purata orang yang beli kereta makin bertambah 
jadi kerajaan sana telah menetapkan peraturan 
no plat warna biru hanya boleh keluar pada hari2 tertentu begitu juga untuk no plat warna lain2
tapi untuk tourism dikecualikan rasanya 
tapi hujung minggu hari saptu  semua warna no plat boleh keluar jadi memang sesak la 
dekat sana orang2 dia cakap agak kasar dan kuat  kalau dengar dorang dok bersembang macam tengah gaduh tapi sebenarnya tak memang style dorang macam tu 
kat sana terkenal dengan  duit palsu sasaran dorang ialah pelancong 
aku pun dah jadi mangsa tapi bukan duit palsu yang aku dapat dia sepatutnya bagi 5 yuan kat aku tapi dia tipu aku dengan bagi duit 5 sen 
5 sen dorang duit kertas jugak,,
sorang lagi mangsa group kami dia bagi duit rusia duit rusia dengan duit cina seakan sama jadi 
korang kalau pergi sana hati2 la
selalu kalau duit2 tipu nih banyak dekat yang jual tepi2 jalan 
sana barang2 tiruan memang banyak macam ipad dorang jual dengan harga 300yuan rm150 duit malaysia
tapi tak berkualiti la hanya tahan dalam 2 atau 3 bulan 
tengok nasib korang la,,kalau dapat benda tu tahan lama ,lama la dia
sana kalau shopping dekat market style dorang agak memaksa sikit 
sekali kita dah tanya harga dorang akan paksa kita beli sampai boleh 
mula2 memang dorang akan letakkan harga tinggi lepas tu pandai2 la kita tawar menawar 
style nak shooping kat sana kalau korang betul2 nak benda tu korang cakap ajer nak berapa yuan kalau dia tak bagi korang buat2 la jalan tinggalkan kedai dia 
dia akan panggil korang sambil turunkan harga 
bila dah dapat harga yang korang mintak patah balik baru beli 
barang2 dekat sana boleh tahan cantik walaupun tak ori 
dekat sana memang terkenal dengan sutera ,mutiara,batu jed 
sutera dia cantik tambah2 cadar korang bayangkan sutera cadar lembut sejuk ajer
aku macam nak beli ajer tapi mahal sangat
kat cina lelaki lebih ramai daripada perempuan 
kalau dekat sana apa yang kerajaan tetapkan rakyat kena ikut kalau korang dok protes atau p dok mengadu korang akan masuk penjara 
secara automatic
kat sana kereta dorang semua mewah2 sebab sana kereta murah macam di langkawi 
jadi kesimpulannya kita rakyat malaysia patut bersyukur duduk di negara yang serba baik serba mewah 
masih lagi boleh memprotes apa yang kita tak setuju ,harga air tak mahal seperti di negara dorang  ,negara kita tak sejuk ,sejuk adalah benda yang paling dorang tak suka 
dan aku pun lebih menghargai matahari bila balik malaysia 
kita masih lagi boleh makan makanan laut dengan harga yang berpatutan 
tu sahaja 
have a nice day 
ok bye


sebelum tu tengok video acrobatic nih dulu
video





Wednesday, November 9, 2011

bye bye malaysia helloo chinaa

tembok cina adalah salah satu tempat yang akan aku pergi 

flight aku malam ni korang doakan semoga aku selamat pergi dan selamat sampai ok
dengar kata 10celsius adoi mampus beku aku doakan juga semoga aku dapat tahan kesejukan 
sejuk macam mana aku pun tak taw laa,,
 muka macam baru bangun tidur huhu mangsa fesyen la aku, nak buat macam mana aku susah nak cari baju sejuk gasaq saja yang mana adoo baju kotak2 sarung tangan colour merah 
apo aku kisah huhu
menunggu masa untuk berlepas selagi tak berlepas selagi tu la aku dok sumbat macam2 dalam beg uiss penatt cepat la pergi

dengan izz maksu sayang izz k,,spek tu tunggu masa ja huhu dah uzur bila la aku nak tukaq bulan depan agaknya 

ok bye
have a nice day