assalamualaikum
dah berbulan dah ha ingat nak update benda ni sebab tak mau hilang haha
tapi dah malas nak update blog sekarang huhu,,,tak sampai setahun lagi ni kahwin boleh la update blog entry kahwin2 hehe ,,, yang tu nanti kita tengok bila pulak rajin nak menulis , dok godek2 note dalam fon terjumpa documen ni terus ingat nak simpan kat sini ,boleh anak2 baca nanti hahahah,,,mak kau giwang nak
aku bukan apa saja ja nak buat speach ni sebab time ni semua ada boleh la kita lepaskan apa yang terbuku kat hati
time dok karang pun ya rabbi meleleh air mata ,time majlis apatah lagi ,mc sebut ja nak baca terus sebak dah tak jadi nak makan ,, sepatutnya aku baca sendiri tapi disebabkan ak tau aku akan nangis idok nya nak boleh baca ,,,makanya kita mintak mc bacakan saja ,,,semua nangis time ni hee,,,
maka terima lah luahan hati saya hehe
Luahan
rasa hati pengantin perempuan kita ..saya bacakan bagi pihak Riena
Buat Bonda tersayang Puan Suda Suvalam ..insan yang telah
menumpangkan rahimnya selama 9 bulan untuk Riena membesar, cukup sifat dan
melahirkan Riena kedunia ini.
Mak yang jaga Riena, menyusukan, memandikan, bersengkang mata
kala Riena sakit, Mak yang selalu ada untuk Riena dalam apa jua keadaan sekali
pun
Mak, dikesempatan ini adik nak luahkan ungkapan terima kasih
atas segala pengorbanan Mak dalam membesarkan untuk adik dan kakak
Adik dan kakak merasa sangat beruntung punya seorang ibu yang
sentiasa memikirkan masa depan dan kebahagian kami anak anak Mak ni
Maafkanlah adik Mak kiranya adik tak sempurna dan tak banyak
yang adik buat untuk membanggakan mak. Adik tahu mak sentiasa bangga dengan
anak-anak, Mak tak pernah merungut dengan apa yang anak-anak mak bagi .
Adik dan kakak sangat sayangkan Mak dunia akhirat Mak
Untuk satu-satunya
kakak yang Riena ada ..Kak Maziah
Mahabbali
Kakak…adik masih ingat kakak pm kawan adik kat fb tanya betul ke
adik tidur rumah dia?..masa tu dalam hati wahh ambik berat juga kakak aku ni….kakak
saya ni garang sebenarnya tapi adik juga tahu yang kakak sangat sayangkan
adik
Kakak, adik sedar yang kadang-kadang
adik ni suka cakap lepas tapi jangan lah kakak ambik hati sangat yek.. sebab adik tak pernah
ada niat pun nak cari gaduh atau sakitkan hati kakak ..adik nak kakak tahu
yang adik sangat sayangkan kakak. ..janji
dengan adik ya kak, jangan pernah pisahkan ikatan kita walaupun apa badai
melanda ya kak, kerana sampai bila-bila pun adik akan tetap prlukan kakak
terima kasih juga diatas segala pengorbanan kakak untuk adik dan
mak selama ini..Adik sayang kakak ketat-ketat tau
Untuk Abang Syan ( abg ipar Riena) ….
Abang Syan, terima kasih sebab selama ni abang jaga adik dan mak,
jaga kakak, abag ambik berat tentang kami.
Adik nak abang tahu yang selama ini adik dan Mak sangat
bersyukur kerana Allah jodohkan abang dengan kakak, sebab abag Syan sangat
baik, rajin, jaga kakak elok-elok dan abag Syan sweet sangat..
Adik minta maaf, kalau adik ada buat apa-apa yang menguris hati
Abg Syan ya.
Adik dan mak sangat sayangkan abag Syan dan terima kasih untuk
semua pengorbanan abang terhadap family kita selama ini.
Doa adik dan Mak akan sentiasa ada untuk kebahagiaan kakak dan
Abg Syan
Buat Arwah Ayahanda tercinta ….
En. Mahabbali Mydin ..
Al Fatihah
(minta hadirin sedekahkan Al Fatihah untuk Arwah – Al Fatihah)
Allah lebih sayangkan
ayah, walaupun ayah dah tak ada adik tahu ayah mesti happy kalau ayah ada
sekarang, sebab akhirnya anak manja ayah ni dah kawin.
Terima kasih ayah, atas segala kasih sayang Ayah dan kesenangan yang
ayah tingalkan buat Mak, Adik dan kakak, terima kasih atas segala penat lelah
ayah untuk kami
setiap kali bila adik travel, bila sendirian dalam flight pasti terdetik
kat hati adik, sayu ayah sebab ayah tak sempat merasa semua ni, traveling
around the world dengan Mak
Bila ayah kembali dijemput Ilahi, hilang lah hero kami yang
sangat baik dan terlalu baik, sampai ada waktunya kalau orang nak pinjam duit
walaupun Ayah tengah tak ada duit pun Ayah tak akan cakap tak boleh Ayah bagi juga,
sebab tu kadang-kadang ada yg ambik
kesempatan atas kebaikan ayah.
Kadang-kadang sampai kami sekeluarga tak ada duit nak makan, terpaksa
kutip telur ayam kat luaq rumah makan..
Alhamdulillah, ayah tinggalkan kawan-kawan ayah yang baik hati untuk
tengok-tengokan kami, walaupun ayah dah tak ada tapi sahabat Ayah selalu ambik berat pasal
kami anak beranak. Selalu datang melawat kami dan adik tahu jauh disudut
hati kawan-kawan ayah ni pun sangat rindukan ayah seperti mana kami rindukan
ayah.
Doa kami tak akan pernah putus untuk Ayah dialam sana, Ayah
tunggu kami di pingiran Syurga ya Ayah..
Dan untuk Suami Riena..Najmi…
dah boleh pangil En. Suami dah kan…
Takdir Tuhan kan, Riena sebenarnya
tak sangka berjodoh dengan member baik sendiri- my BFF, terima kasih sebab sudi
terima dan kahwin dengan budak kecik ni..harap banyak lah bersabar dengan
kerenah budak kecik ni ya …
tak banyak yang Riena nak cakap cuma mendoakan dan mengharapkan
yang terbaik saja untuk kita berdua hingga Jannah..aminn
untuk semua tetamu, terima kasih sudi datang ke majlis kami ini terutamanya
yang datang dari diluar Langkawi, jauh jauh merentas ombak sudi juga hadir
untuk majlis kami ini…terima kasih sangat-sangat
untuk crew dan team members di belakang tabir yang menjayakan
majlis kami ni terima kasih banyak banyak
untuk member Adik “Moon” ( munirah), kawan macam Moon susah nak
cari, Moon sentiasa ada untuk Riena dalam susah dan senang. Riena sayang Moon dan terima kasih
sangat sangat kerna jadi BFF Riena
Andai kata Riena tak tersebut yang lain-lain, janganlah kecik
hati ya, sebab kalau panjang lebar sangat nanti orang boring pula. Sekali lagi
terima kasih yang tak terhingga dari Riena, Najmi, Mak, Kakak, Abg Syan serta
seluruh keluarga kami untuk semua. Doakanlah kebahagiaan kami hingga bersatu di
Jannah..