Followers

Saturday, October 31, 2020

suka tengok dua artis ni

suka tengok dua artis ni 
macam sama je  perwatakan depa dua ni
dari cara cakap
cakap pun soft je
tinggi lampai
hidung tajam 




Saturday, July 29, 2017

rindu

laki aku tanya 
"ayg tak rindu ka"
aku tanya la rindu apa
ingat dia nak tanya tak rindu dia ka haha

"tak rindu nak semanyang ka ?"
perhh menusuk kalbu soalan dia 
sabo je la hahaha 

Friday, May 5, 2017

muntah di katil

hari ni awal2 pagi lagi teman husband hantar orang pergi airport balik tu singgah makan breakfast , maka makan lah daku dengan kenyangnya bihun goreng campur mee goreng disarikan lagi dengan tea tarik ,, 
balik rumah tengah baring elok kat katil sebab mata kuyu2 gitu ngantok , sekali bwerkkk muntah sebab dok batuk batuk kot 
hais baru ja basuh cadar habis semua kena basuh lain
udahlah putih murni cadar hehe
tea tarik kan apa lagi colour melekat kuat haa jenuh sental sabo aje la hahaha 
suami boleh pulak buat derk je kot la time kita muntah dia nak lari ambik cebok ka apa haisss 

 

Tuesday, April 4, 2017

LUAHAN HATI PENGANTIN PEREMPUAN



assalamualaikum 

dah berbulan dah ha ingat nak update benda ni sebab tak mau hilang haha 
tapi dah malas nak update blog sekarang huhu,,,tak sampai setahun lagi ni kahwin boleh la update blog entry kahwin2 hehe ,,, yang tu nanti kita tengok bila pulak rajin nak menulis , dok godek2 note dalam fon terjumpa documen ni terus ingat nak simpan kat sini ,boleh anak2 baca nanti hahahah,,,mak kau giwang nak
aku bukan apa saja ja nak buat speach ni sebab time ni semua ada boleh la kita lepaskan apa yang terbuku kat hati 
time dok karang pun ya rabbi meleleh air mata ,time majlis apatah lagi ,mc sebut ja nak baca terus sebak dah tak jadi nak makan ,, sepatutnya aku baca sendiri tapi disebabkan ak tau aku akan nangis idok nya nak boleh baca ,,,makanya kita mintak mc bacakan saja ,,,semua nangis time ni hee,,,
maka terima lah luahan hati saya hehe


Luahan rasa hati pengantin perempuan kita ..saya bacakan bagi pihak Riena
Buat Bonda tersayang Puan Suda Suvalam ..insan yang telah menumpangkan rahimnya selama 9 bulan untuk Riena membesar, cukup sifat dan melahirkan Riena kedunia ini. 
Mak yang jaga Riena, menyusukan, memandikan, bersengkang mata kala Riena sakit, Mak yang selalu ada untuk Riena dalam apa jua keadaan sekali pun
Mak, dikesempatan ini adik nak luahkan ungkapan terima kasih atas segala pengorbanan Mak dalam membesarkan untuk adik dan kakak
Adik dan kakak merasa sangat beruntung punya seorang ibu yang sentiasa memikirkan masa depan dan kebahagian kami anak anak Mak ni 
Maafkanlah adik Mak kiranya adik tak sempurna dan tak banyak yang adik buat untuk membanggakan mak. Adik tahu mak sentiasa bangga dengan anak-anak, Mak tak pernah merungut dengan apa yang anak-anak mak bagi . Adik dan kakak sangat sayangkan Mak dunia akhirat Mak
Untuk satu-satunya kakak yang Riena ada  ..Kak Maziah Mahabbali
Kakak…adik masih ingat kakak pm kawan adik kat fb tanya betul ke adik tidur rumah dia?..masa tu dalam hati wahh ambik berat juga kakak aku ni….kakak saya ni garang sebenarnya tapi adik juga tahu yang kakak sangat sayangkan adik
Kakak,  adik sedar yang kadang-kadang adik ni suka cakap lepas tapi jangan lah kakak  ambik hati sangat yek.. sebab adik tak pernah ada niat pun nak cari gaduh atau sakitkan hati kakak ..adik nak kakak tahu yang adik sangat sayangkan kakak.  ..janji dengan adik ya kak, jangan pernah pisahkan ikatan kita walaupun apa badai melanda ya kak, kerana sampai bila-bila pun adik akan tetap prlukan kakak
terima kasih juga diatas segala pengorbanan kakak untuk adik dan mak selama ini..Adik sayang kakak ketat-ketat tau 
Untuk Abang Syan ( abg ipar Riena) ….
Abang Syan, terima kasih sebab selama ni abang jaga adik dan mak, jaga kakak, abag ambik berat tentang kami.
Adik nak abang tahu yang selama ini adik dan Mak sangat bersyukur kerana Allah jodohkan abang dengan kakak, sebab abag Syan sangat baik, rajin, jaga kakak elok-elok dan abag Syan sweet sangat.. 
Adik minta maaf, kalau adik ada buat apa-apa yang menguris hati Abg Syan ya.
Adik dan mak sangat sayangkan abag Syan dan terima kasih untuk semua pengorbanan abang terhadap family kita selama ini.
Doa adik dan Mak akan sentiasa ada untuk kebahagiaan kakak dan Abg Syan




Buat Arwah Ayahanda tercinta ….
En. Mahabbali Mydin ..

Al Fatihah
(minta hadirin sedekahkan Al Fatihah untuk Arwah – Al Fatihah)

Allah lebih sayangkan ayah, walaupun ayah dah tak ada adik tahu ayah mesti happy kalau ayah ada sekarang, sebab akhirnya anak manja ayah ni dah kawin.
Terima kasih ayah, atas segala kasih sayang Ayah dan kesenangan yang ayah tingalkan buat Mak, Adik dan kakak, terima kasih atas segala penat lelah ayah untuk kami 
setiap kali bila adik travel, bila sendirian dalam flight pasti terdetik kat hati adik, sayu ayah sebab ayah tak sempat merasa semua ni, traveling around the world dengan Mak  
Bila ayah kembali dijemput Ilahi, hilang lah hero kami yang sangat baik dan terlalu baik, sampai ada waktunya kalau orang nak pinjam duit walaupun Ayah tengah tak ada duit pun Ayah tak akan cakap tak boleh Ayah bagi juga, sebab tu kadang-kadang  ada yg ambik kesempatan atas kebaikan ayah.
Kadang-kadang sampai kami sekeluarga tak ada duit nak makan, terpaksa kutip telur ayam kat luaq rumah makan.. 
Alhamdulillah, ayah tinggalkan kawan-kawan ayah yang baik hati untuk tengok-tengokan kami, walaupun ayah dah tak ada  tapi sahabat Ayah selalu ambik berat pasal kami anak beranak. Selalu datang melawat kami  dan adik tahu jauh disudut hati kawan-kawan ayah ni pun sangat rindukan ayah seperti mana kami rindukan ayah.
Doa kami tak akan pernah putus untuk Ayah dialam sana, Ayah tunggu kami di pingiran Syurga ya Ayah..
Dan untuk Suami Riena..Najmi…
dah boleh pangil En. Suami dah kan
Takdir Tuhan kan, Riena sebenarnya tak sangka berjodoh dengan member baik sendiri- my BFF, terima kasih sebab sudi terima dan kahwin dengan budak kecik ni..harap banyak lah bersabar dengan kerenah budak kecik ni ya …
tak banyak yang Riena nak cakap cuma mendoakan dan mengharapkan yang terbaik saja untuk kita berdua hingga Jannah..aminn 
untuk semua tetamu, terima kasih sudi datang ke majlis kami ini terutamanya yang datang dari diluar Langkawi, jauh jauh merentas ombak sudi juga hadir untuk majlis kami ini…terima kasih sangat-sangat
untuk crew dan team members di belakang tabir yang menjayakan majlis kami ni terima kasih banyak banyak
untuk member Adik “Moon” ( munirah), kawan macam Moon susah nak cari, Moon sentiasa ada untuk Riena dalam susah dan  senang. Riena sayang Moon dan terima kasih sangat sangat kerna jadi BFF Riena
Andai kata Riena tak tersebut yang lain-lain, janganlah kecik hati ya, sebab kalau panjang lebar sangat nanti orang boring pula. Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga dari Riena, Najmi, Mak, Kakak, Abg Syan serta seluruh keluarga kami untuk semua. Doakanlah kebahagiaan kami hingga bersatu di Jannah..
Sekian, asalammualaikum 




Friday, October 7, 2016

hadiah kahwin



assalamualikum 
a big thank you kepada kawan2 senak saudara jiran tertangga yang bagi hadiah ,mungkin tak banyak macam orang lain tapi perberian yang diberi ini sangatlahh dihargai oleh kami laki bini gituu hahaha,,,aku memang suka dapat hadiah hahaha,,,,sebelum buka hadiah nasib baik teringat nak snap pic buat kenang kenangan ,nanti lama2 boleh scroll balik tengok 


group photo please

kedua kalinya

yang ni agak risau nak buka

memang hak pengantin sajooo ,,,

dari wani n suami tq tq


cakkkk !!! cantikkk colour white lagi tambah2 yang huruf R and N tu 

tq maklong pah 


tq abg mizan 








yg ni lawak dia letak dalam paper beg kunci moto termasuk sekali ,,,agaknya dia nak bagi hadiah moto kot kat aku heee tak ada kad tak tahu dari siapa 









ni sebelah lelaki membe2 yang mana duduk seberang semua datang belah lelaki dari dee tq tq







yg ni untuk mak mentua ni haha,,

habis dah sekian saja koleksi hadiah kahwin 

Monday, August 1, 2016

cerita tunang

assalammualikum 

yepp im officially become laki bini la kot kann hahahaha

7 february 2016
dimana kami memulakan langkah pertama  iaitu tunang haha

ketika entry ini ditulis lagi sebulan lebih ja lagi nak kahwin dahh , dulu rasa macam lama sangat masa berjalan sekarang ni cepat la pulak haha,,,sajaa tau,,,



my baju , colour nude pink tapi kadang dalam gambar nampak macam colour peach pulak 
kain beli kat jakel apa nama ntah kain ni lupa beli sekali dengan veil siap lepas tu bahagian dalam aku beli kain colour orange sebab ikut cakap toiler nak bagi bangkit balik baju tu 

nampak tak bahagian dalam colour orange beli kat kamdar je murah 

lace beli 1 meter tak ada batu ,batu beli asing dan toiler pelekat batu,nak beli yang ada batu siap2 kat jakel mahal ,,
lace habis dalam 100 lebih ,yang lain2 mungkin dalam 200 lebih ,upah mahai 210 sebab dia kira jahit dua kali sebab dalam dan luar ibarat dua baju la ,untuk veil dan tudung dia ambik rm10 la kot ,tu yang total jahit saja 210 ,tukang jahit hantaq kampung je tapi dia pandai la jahit2 baju kahwin ni ,,dan jahitan dia memang kemas ,untuk potong lace tampal jahit dan tampal batu2 sekali veil rm70 
total baju 500 lebih rasa 

sesi mekap by aisyah bridal kawan sendiri je,,, kenai sebelum dia buka bridal lagi,,jadi untuk pelamin ,mekap,bekas dulang hantaran kedua dua pihak ,decoration meja semua from dia lah ,, awai2 dapat tarikh aku dah booking dia ,,nasib la ada dia sebabnya time tu bz lain2 bridal penuh ,mana dengan orang kalut nak bercuti sebab time tu raya cina ,mana dengan orang kalut dengan kenduri ,,,
tu pun sebenarnya aisyah ni bz ,,,tapi disebabkan sepupu aku pun rapat dengan dia ,,memang selalu join dia pergi buat kerja pasang pelamin mekap,,,jadi sepupu aku ni pun pandai la bab2 kerja kahwin,,jadi disebabkan aisyah ni bz ,,,dia telah menyerahkan bulat2 semua kerja kat sepupu aku ni ,,,,semua benda lah sepupu aku yang buat ,,,aku goyang kaki saja huhu ,,,legaa hahaha

antara hasil kerja tangan dia 

dulang hantaran dari aku untuk pihak lelaki sembilan berbalas lima
entry  dulang hantaran  boleh klik sini 


habis bunga2 mak aku dia bawak keluar 

apa ada dalam rumah habis dia bawak keluar nak deco punya pasai hahaha

ni la orangnya ,,orang kuat majlis hahaha ,,, aku yang nak tunang dia yang teruja lebih,,tapi bagus sebab xdak dia jenuh ,,, pening aku nak pikir buat tu buat ni ,, makanan catering ,, untuk yang atas meja ni,,,ada yang tempah ada yang disponser oleh kawan2 ,,,terima kasihh daun keladii 

kasut beli kat zalora saja ,,,tapi xboleh pakai sebab sangkut batu2 tu ,lepas tu tak stabil bila jalan,,,maka jadilah sebagai prop untuk tangkap gambar saja,,,aku pakai wedges colour nude juga ,selesa dalam umah pun aku pakai kasut baju kan labuh jadi tak nampak aku pakai kasut rahsia orang pendek nak bagi nampak tinggi ,,, sssttt diam2 sudah heee

rombongan belah lelaki 

paklong ,toksu ,ayah membe ,pakmentua kak geng pokcik pokcik hahaha

upacara tengah berlangsung geng pompuan diluar geng laki didalam 

suasana di dalam

selesai semua barulah dorang panggil aku keluar ,, time dalam bilik aku dok bergelak dengan membe2 sambil snap2 gambar ,,,relex jaa tak tau apa jadi kat luar hahaha,,,elok ja orang buka pintu panggil suruh keluar aku terus cuak ,, ketaq lutut weh ,,,  aku jalan keluar bilik tapi aku stop kat pintu utama ,, takut punya pasai ,,,membe2 pun bukan nak teman nak iring hampeh betoi ,,,last2 datang penyelamat pimpin tangan aku bawak iring aku sampai pelamin legaa tidak dok keras aku kat situ heeee

atas pelamin aku cuba bertenang sebaik mungkin hehehe,,,,nasib time sarung cincin tangan tak ketar2 tidok bikin maluu jer,,

my new family tak cukup sorang abang nya tak ada

with omma aku pujuk suruh pakai pink akhirnya dia pakai juga tidak xmo sebab takut nampak muda katanya lol 

with family ,mak kakak sepupu tu tu orang kuat belakang tu berpeluh peluh hahaha

gambar berdua 

gambar berdua 

membe2

suka pic ni ,oh ya ilham pelamin adalah dari pelamin tunang nuramirah yang femes ni ,,dimana seluruh ruang tamu dia tutup dengan kain putih so nampak la mewah suci bersih macam ala ala dalam dewan,,,aku pun berangan la nak macam tu ,,,nak tutup seluruh ruang tamu tu dengan kain putih ,,, tapi hajat tak kesampaian dimana ramai yang tak setuju sebab nampak mewah sangat takut orang kata membazir ,,, tapi kak aisyah dan sepupu aku buat juga macam yang aku nak ,,tapi dia tutup separuh saja ,,,jadi lah kan ,,, dan hasilnya aku suka ,,, boleh nampak dalam pic ni putih jaa ,,,sukaa sukaa,,

posing sikit 

untuk dia pun ada cincin ,,,, disarung oleh ummi aku mak sedara 


selesai semuanya kami keluar bergambar diluar ,bunga tangan ditempah sendiri oleh aku ,,harganya rm90 or rm80  lebih tak ingat berapa yang pasti tak sampai seratus ,aku reguest nak colour campur2 tapi nak pastel colour dan bunga campur2 ,,, tengok bunga campur tapi semua colour pink and white saja  ,,,bolehh lahh hahaha 

lokasi tanjung rhu langkawi berangan nak buat paper beg kahwin  letak gambar ni ,,tapi ermm  mahaii 


kena bulii 


aku perasan kan lengan dia burn gara2 photoshoot kat pantai ni heee sian dia 



cantik gambar ni menjadi pilihan si dia letak wallpaper lock screen

suka gambar macam ni sebab nampak view pantai bukit i loveee tanjung rhuu view




lokasi kedua di dataran lang sebab photographer nak balik terus lepas tu 
oh yaa photographer by fitry ramly boleh like fb page dia kawan baik sepupu ,,, dan aku memang kenal dengan dia jadi memang tak berapa nak segan nak posing hahahaha



gambar ni menjadi pilihan untuk card kahwin 

group photo please

haha comey filzahh 

meh kita buat kira2 plak berapa total yang dah aku habis untuk majlis tunang ni

dulang hantaran 14 dulang rm200
jahit lace rm70 
mekap rm100
pelamin rm300
meja makan rm400
tempah baju rm 210
catering rm1200 ( mak sponser)
cake rm250
photographer rm500
penginapan pihak lelaki rm700
kereta sewa rm300 

total aku habis rm3030 huhu 

sekian entry tunang haha nak p sambung buat kerja kahwin sat ,,,