Followers

Monday, September 30, 2013

boaguesthouse in korea yang comelll,,,



comal sangat ha ,,,boa guest house ni ,,,kan best kalau aku ada membe yang pandai travel sendiri2 ni ,,,kalau nak harapkan aku ,,memang tak la,,,aku nak manage sorang2 memang tak la,,,kalau dalam malaysia boleh ,,,kalau luar negara memang aku takut sikit,,,lagipun awal2 dah aku fail tahu sebab apa ,,,booking tiket flight pun tak reti selama ni orang yang tolong booking kan ,,,aku bagi duit nah tolong booking sat ,,,haha,,,aku bagi duit jer selebihnya korang tolong urus sat haha,,,

kemarin sis aisyah datang kami cakap la kami ni logo untuk izzroom pun tak der ,,,dia cakap alah apa susah ni tengok ni simple jer buat macam ni sudah la ,,,,sambil bukak laptop tunjuk boaguesthouse ,,,aku tengok2 wow comelnya ,,,bukan logo tu yang comel ,,,logo tu comel jugak la,,tapi decoration dia tu ,,,dengan cara dorang buatkan tempat tu bila orang tengok orang akan rasa dihargai ,,,lagi segi semua aspek la 

ce korang try bukak web dorang siap ada galery guest yang datang dari seluruh dunia ,,,bestkan,,,aku pun nak buat macam tu jugak la kat izzroom ,,,haha,,,terus aku dapat idea nak deco izzroom punya tempat,,,yeahh! aku nak tiru satu idea dari boaguesthouse ni iaitu mengalukan alukan guest yang datang ,,,
tulis kat papan whiteboard welcome lepas tu tulis nama dorang haha,,,tapi buat lain sikit la,,,kang sama bulat2 korang kata aku meniru plak,,,,





berkongsi dapur ,,,comelnyer hehe,,,

dah la pic2 lain korang google sendiri la hee,,,ni la sebab aku minat korea bagi aku everything about korea kawaii comell,,,

review MACHERIE shampoo


Wangi sangat shampoo ni ....ni botol besar ni dh 70 lebih kalau yg besar mau sampai 100 ni ....oh dunia dunia....memang best shampoo ni....insyaallah kalau rezeki lebih boleh la pakai shampoo ni...susah jugak nak jaga rambut kan...stress betul .....untung la korang yang lahir2 je rambut cantik....ermm....hee...

Wednesday, September 18, 2013

new arrival item!

NNC NH10032

Color Available: Shown As Picture
Weight: 0.23kg
Length: 129 
Bust: 86cm
Material : Chiffon With Silk Inner Lining

RM58 INCLUDE POSTAGE
SABAH&SARAWAK ADD RM3

 NNY NH30038

Color Available: Shown As Picture
Weight: 0.34kg
Length: 118cm 
Bust: 60-90cm 
Hem: 170cm
Material: Cotton

RM48 INCLUDE POSTAGE
SABAH&SARAWAK ADD RM3
 NNY NH30040

Color Available: Green/Fuschia
Weight: 0.38kg
Length: 115cm 
Bust: 80-96cm 
Waist: 50-90cm 
Material: Cotton+Chiffon With Inner Lining
**With Belt

RM57 INCLUDE POSTAGE
SABAH&SARAWAK ADD RM3
 NNJ NH0923

Color Available: Green/Black 
Size Available: S/M/L 
Weight: 0.29kg
Size S: Length: 76cm Shoulder: 33cm Sleeve: 40cm Bust: 88cm Waist: 32-82cm Hem: 114cm 
Size M: Length: 77cm Shoulder: 34cm Sleeve: 41cm Bust: 92cm Waist: 36-86cm Hem: 118cm 
Size L : Length: 78cm Shoulder: 35cm Sleeve: 42cm Bust: 96cm Waist: 40-90cm Hem: 122cm 
Material : Quality Thick Chiffon 

RM57 INCLUDE POSTAGE
SABAH&SARAWAK ADD RM3
 NNK NH10261

Aira Fishtail
Color Available: Green/Orange
Weight: 0.22kg
Length: 72-96cm 
Bust: 80-96cm 
Shoulder: 34-38cm 
Sleeve: 60cm 
Hem: 128cm 
Sleeve Hole: 20cm 
Material : Brushed Cotton 

RM52 INCLUDE POSTAGE
SABAH&SARAWAK ADD RM3
 NNY NH30037

Color Available: White/Black/Coffee
Weight: 0.2kg
Length: 60-70cm 
Bust: 110cm 
ShoulderSleeve: 34cm 
Hem: 116cm
Material: Cotton

RM47 INCLUDE POSTAGE
SABAH&SARAWAK ADD RM3
 NNY NH30036

Color Available: Shown As Picture
Weight: 0.34kg
Inner: Length: 79cm Bust: 82cm Waist: 70cm Hem: 224cm
Outer: Length: 66cm Bust: 110cm Shoulder: 39cm Sleeve: 55cm
Material: Cotton+Lace
Description: Back Zip.
**Come in 2 pcs With Belt 

RM62 INCLUDE POSTAGE
SABAH&SARAWAK ADD RM3
 NNY NH30031

Color Available: Brown/Gray 
Weight: 0.2kg
Length: 88-99cm 
Bust: 90cm 
Material: Cotton
**With belt

RM48 INCLUDE POSTAGE
SABAH&SARAWAK ADD RM3
NNY NH30039

Color Available: Shown As Picture
Weight: 0.29kg
Length: 79cm 
Bust: 86cm
Waist: 74cm
Shoulder: 35cm
Sleeve: 38cm
Hem: 116cm
Material: Denim
Description: Back Zip.

RM50 INCLUDE POSTAGE
SABAH&SARAWAK ADD RM3



nak order boleh mesej yer,,,whatapps /wechat  0135933115 rina

Wednesday, September 4, 2013

raya 2013

boleh tak nak buat entry raya hahaha,,,
kita masih raya apa! heee

sebenarnya raya tahun ni adalah raya yang paling meriah sekali bagi aku sebabnya semua sepupu aku balik langkawi ,,ye la family aku kan kecik jadi bila dorang semua balik meriah la ,,,memang best la ,,,raya ke 4 kami buat kenduri ,,open house ,kenduri akikah izz ,kenduri kahwin mak sedara aku ,kenduri arwah ,,,satu kenduri berkongsi 4 event ,,,
mulanya aku ingat tak nak beli baju raya sebab aku sekarang jarang bebeno nak pakai baju kurung ,,melainkan kalau aku pergi kenduri la ,,,memang kena pakai baju kurung la,,,tapi disebabkan kaki ni gedik g bejalan kat bazar raya tu ,,,,aku terrrbekenan ,,,terbekenan yer bukan bekenan hahahaha,,,,aku beli baju ni pun sebab dia murah ,,,berapa puluh ntah aku beli sekali dengan skirt ,,,lagi satu baju ni kita boleh pakai asing2 ,,,murah dah berbaloi ,,,jadi aku pun beli la bagi ada satu baju raya kan,,aku ada la jugak beli selendang ,,,tu je la aku beli ,,,
ootd raya day 

raya pertama kami bejalan je tak lekat kat rumah ,,,bejalan beraya rumah orang ,,,raya tahun ni aku tak sempat pergi sembahyang raya sebab mulanya memang la nak pergi ,,,semangat ni bangun awal ,,,,mandi bersiap semua la,,,last2 guest rumah maksu nak masuk ,,,,dia sms cakap dia dah otw ,,,aku ingatkan dorang  dah sampai  ,,,tunggu la kita ni ,,,rupanya dorang dah sampai jeti ha baru ,,,melepas aku nak sembahyang raya ,,,tsk tsk!,,,
raya kedua duduk rumah,, mak aku masak kuey teow sup ,,,dan dah start kerja,,,,raya ketiga petang tu sempat keluar pergi bejalan ,,,malam tu beraya lagi haha,,,raya ke4 kenduri ,,malam sebelum kenduri sempat buat bbq ,,,memang meriah la,,,dengan semua balik ,,,lepas kenduri sorang2 balik ,,,yang tinggal 4 orang je,,
raya ke berapa ntah ,,,kami pergi island hoping ,,,lepas seminggu baru dorang semua balik ,,,ye la dah start kerja kan,,,sunyi la rumah 
orait ,,,layan gambar aje la sepanjang raya ,,,










end raya 2013

Sunday, September 1, 2013

perhentian island trip

assalammualikum 

yeahh dah balikk ,,,dan dah bertambah hitam kulit huhu,,,tapi perhentian island ni tersangatttlahh best ,,,,cantik sangat tempat dia ,,,baru selesai kira berapa rm dah habis sepanjang pergi sana start dari mula sampailah balik rumah even duit toilet pun aku kira sekali ,,,

sebenarnya aku dengan membe aku rancang nak pergi melaka makan2 ,,,tapi disebabkan adik dia n membe dia tak jadi ,,,terpaksa la kami berdua tukar plan ,,,aku cadang pergi pulau sebab boleh mandi2 pantai ,,,maka perhentian menjadi pilihan ,,,,

 pergi sana tampa booking apa2 ,,,redah saja haha,,,sebab kalau booking dorang suruh ambik pakej ,,,aku google ramai yang tak puas hati bab makan ,,,jadi aku memang tak nak ambik pakej ,,,membe aku pun cakap membe dia pesan tak payah ambik pakej ,,,maka kami redah saja,,,

pulau perhentian ada dua iaitu perhentian kecil dan besar kami duduk perhentian kecil sebab ada bilik murah2 dan perhentian kecil lebih hidup malam2 perhentian kecil lebih sesuai untuk backpacker macam kami ni ,,,,,menginap di long beach,,, chalet kami duduk adalah lemon grass rm 80 semalam ,,,bilik memang daif tandas kat luar ,,,memang tak best tapi disebabkan penat bejalan dari pantai satu lagi ,,dah jumpa tu ambik aje la sebab murah ,,,sebenarnya ada lagi murah rm50 semalam rock garden tapi dah penuh tinggal rm 100 lebih jer,,,kalau ikutkan nak jer bilik tu tapi bajet2 duit kan,,,redha aje la,,,,

                                                        kekurangan lemon grass chalet                                                    
- bilik yang daif 
- selimut tidak disediakan 
- tuala tidak disediakan 
- tandas diluar tapi tandas ok je 
-owner yang tak best 
- bantal busuk kotor patut tukar 

kelebihan lemon grass chalet
- dekat tepi pantai 
- murah 

bagi aku kalau yer pun buat bilik bajet jual murah2 ,,,jangan la daif sangat keadaan bilik tu,,aku paham mat salih jenis tak kisah tapi tahukah anda dorang tu pembersih kot ,,,aku rasa dorang duduk situ pun sebab dorang bajet duit,,,sebab murah ,,,,jadi la melayu yang tak kedekut ,,,bulan2 masuk beribu ,,,bagi la bilik tu cantik sikit ,,,ni bantal pun layak letak kaki jer,,,ni ler yang memburuk kan malaysia ,,,,dah tu layan aku dengan membe aku nak tak nak je ,,,tahu la tak layan melayu pun,,,kami bagi duit kot ,,,

lemon grass chalet tak layak melayu duduk kecuali korang tak kisah la kan ,,,kami pasal tutup mata jer tu pasal boleh duduk haha,,,,tapi memang melayu tak layak la duduk bilik macam tu ,,,korang nak sembahyang susah nasib aku bawak tikar ,,,kalau ada anak lagi susah ,,,korang kalau pergi perhentian bawak duit lebih sikit cari bilik yang selesa ,,,

perhentian kecil
perhentian kecil sesuai untuk orang2 yang backpacker ,,sebab chalet2 dia lebih murah ada yang semalam rm50 jer ,,,perhentian kecil ada dua pantai ,,,long beach dan tak tahu nama apa pantai ni ,,,pantai yang aku tak tahu nama tu ,,pantai dia tak cantik ,,,tapi untuk yang menginap kat sharila untung la sebab sharila ada private beach untuk guest dia ,,,pantai yang aku tak tahu nama apa ni memang sesuai untuk family ,,,bilik2 sepanjang pantai tu pun kebanyakkan nya mahal ,,,mahal dan cantik ,,,,
disebabkan aku dah google jadi aku tahu la kewujudan long beach ni,,,jalan nak pergi long beach ni kena jalan kaki jer,,,,pertama kali korang lalu jalan tu memang penat ,,,dah banyak kali rasa dekat jer haha,,,
long beach ni malam2 mat salih dok berparti ,,,jadi pantai dia malam2 memang happening la,,

perhentian besar
hotel2 mewah ada kat sana ,,,yang ada family elok pergi sana saja ,,,malam2 pantai dia memang sunyi sepi la,,,,sebenarnya perhentian kecil ke besar ke sama saja ,,,cuma korang pilih la nak ketenangan ka nak enjoy2 party ,,,,kalau nak hotel mewah pergi perhentian besar jer,,,

what der?

pergi sana bajet2 jadi ni la makanan dikala lapar,,,sebabnya makan kat sana tersangatlah mahall 

bukti makanan sana mahal memang kena jadi kaya kalau pergi sana haha,,,

perhentian kecil long beach ,,,perhentian kecil ni ada dua pantai time sampai tu bot lepaskan kami kat pantai satu lagi tu,,,kat situ memang hotel mewah2 sharila hotel kat situ la,,,tapi disebabkan kaki melangkah juga kat long beach ,,,maka sampailah kami ,,,sampai2 tu terus nampak rock garden tahu kat situ ada bilik rm50 terus daki anak tangga tanya bilik,,,tapi tak der dah penuh,,,terus turun jumpa lemon grass ,,,haha aku tengok pic cantik ,,,pergi tengok bilik alahai tipah tertipu patutla dia suruh trngok bilik dulu haha,,,sekali lagi redha ,,,


long beach 

ni salah satu pantai yang dorang singgah  kami ambik long trip for snorkeling sampai muntah aku ,,pening2 ,,for long trip rm 50 dia pergi shark point ,coral point ,turtle point ,singgah pantai ni ,,,singgah makan kat fisherman village kat sini makan murah sikit ,,,

sini memang cantik air dia jernih 

aktiviti kat sini mandi jemur mandi berjemur 
bajet mat salih 
burn baby burn 

ini gambar long beach malam2,,,

 ni gambar pantai yang aku tak tahu nama apa tu ,,,pantai dia tak cantik la,,,

baby turtle

 aku memang sentiasa menarik perhatian orang ,,,time tunggu bas kat syahab perdana ,,,tunggu bas nak ke butterworth ada abang tu tanya nak pergi mana ni beg besar ,,,lari rumah ker,,,aku iyakan jer hahaha,,,,
ni gambar time dah sampai kat besut ,,,sampai pukul 5 pagi ,,,

ni peta perhentian kecil dan besar 

belanjawan aku sepanjang pergi sana start dari aku keluar rumah sampailah aku balik rumah adalah rm500 lebih ,,

tiket boat langkawi kuala kedah rm23 
bas alor setar ke butterworth rm10.90 
butterworth ke kuala besut rm50 
tiket boat kuala besut ke perhentian kecil rm70 pergi balik 
penginapan rm 80 
air panas rm1 
snokeling rm 50 long trip
pemuliharaan rm5
burger rm5
nasi goreng kampung rm8 
mineral rm3 
100 plus rm 4
makan kat fisherman village rm 9.30 
beli fridge magnet rm25 
tiket bas kuala besut ke butterworth rm50 
butterworth ke alor setar rm 10.80 
boat kuala kedah langkawi rm 23

ada lagi yang tak masuk list ,,beli tedy bear turtle ,,,makan time tunggu bas kat kuala besut tu ,,masuk tandas ,,,haha

total all rm 500 lebih la ,,,yang bestnya bas hantar terus ke jeti kuala besut ,,,balik pun sama naik bas kat kuala besut ,,,dari butterworth ke kuala besut 8 jam ,,,kami naik bas malam ,,,naik pukul 10 malam sampai 5 pagi ,,,balik pun malam naik bas kul 8 sampai kul 5 pagi ,,,biasala orang langkawi kalau nak bercuti memang kena keluar duit lebih sikit ,,,haha,,,

tips 
tak yah berangan nak tarik beg roda haha sebabnya sana mana ada jalan ,,,bawak la beg backpacker macam aku even hudoh beg beso lagi dari tuan ,,kahkahkah,,

bawak beg waterproof untuk letak camera 

bawak la segala benda yang waterproof sebabnya peratus korang kat sana adalah main dengan air,,,air dan air,,

kalau ada penyakit apa2 silalah bawa sekali pergi pulau sebabnya kat pulau tak der farmasi ,,

kalau ada baby tak payah la bawak pergi bercuti kat perhentian agak tak sesuai sebab kena naik speedboat laju tapi mat salih relex ja bawak baby dorang snokeling sekali 

bawak la pakaian mandi yang mencukupi sebabnya aktiviti korang adalah air air air ,,,

makanan kat sana memang mahal gila jadi silalah bawa wang secukupnya 

kalau nak pergi sana kan selalu orang akan ambik pakej kan ,,aku tak galakkan korang ambik pakej la sebabnya ramai yang komplen dorang bagi makanan tak sedap ,,,habis duit je,,baik korang makan sendiri ,,banyak jer restoren kat sana cuma mahal ,,,pejam mata haha,,,

bawa duit secukupnya siap2 sebelum pergi pulau sebabnya kat pulau tak der ATM 

kalau ada camera waterproof jangan lupa bawa sekali rugi oo kalau pergi snokeling tak snap gambar atau rakam video sebab cantik sangat kat sana

kalau korang tak tahu berenang jangan menipu cakap jer tak tahu sebabnya kalau nasib korang baik boatman tu baik hati dia akan layan korang ,,,,kalau korang girl yang comel or cantik memang suka la boatman tu layan ,,,hahaha,,,membe aku syok ar dia ,,tak yah berenang boatman tarik je tangan dia bawak pergi tengok coral ,,,aku ni jenuh nak berenang ,,,penat oo berenang ,,,sampai kan sharkpoint  aku dah letih aku duduk je dalam boat ,,,tak bekesempatan nak tengok shark ,,,

bawak topi jangan lupa panas2 boleh lindung muka 

bawak sunblock jangan lupa nanti burn  

nak upload video ,,,kenapa ntah tak boleh ,,,tak pa la aku publish dulu la entry ni ,,,kalau boleh tunjuk kat korang video snokeling aku tu best sikit,,,nampak ikan coral penyu ,,,baru korang bekobar kobar nak pergi ,,,haha,,,


the end perhentian island trip