Followers

Saturday, August 27, 2011

bunyi mercun disana disini indahnya kenangan raya dulu

bomm!!pang pong  pang pang! macam tuh ker bunyi mercun hehe 
lebih kurang kurang lebih muahaha,,
aku rasa mesti sekarang korang dah tak sabar nak raya kan kalau kurung korang dalam sangkar pun korang sure tak ley duduk diam macam arnab yang dok gigit pintu besi memprotes apesal kurung aku ,,aku nak keluar lahh,,gggrr!! mesti dah tak sabar nak pakai baju baru kan ,tudung baru ,sepit rambut baru ,kasut baru ,n bla bla bla ,,kat kawasan rumah aku pun sejak awal puasa lagi dorang dah main mercun cuma tak sekerap sekarang yang aku dok dengar nih ,,rasa meriah plak hehe ,,korang baju berapa pasang ?? aku sehelai jer tuh pun aku beli kain melalui on9 n g tempah ikut design sendiri hehe,,tak lawa pun comel jer hehe perah santan la ko rina 
raya tahun nih aku tak dapat kad raya pun sedihh! teringat zaman sekolah bertukar-tukar kad bestnyerr,,indah sungguh ,zaman dok hostel budak2 bilik pekat letak kad bawah bantal lah tak pun dorang letak dalam beg balik kampung ,,sampai jer rumah bukak2 ada kad raya masa bila dorang letak entah ,,duduk rumah sewa dah tak ada dah kad raya men mesej jer antar tak pun tulis kat wall fb ,,time balik kampung pun bukan ingat kawan2 dah ingat rumah jer ,,
kalau dulu kecik2 aku ikut budak2 kampung kutip duit raya sekarang budak2 plak mintak duit kat aku ,,banyak oo boley dapat satu kampung tuh,,huhu,,sekarang budak2 aku nampak jer dari jauh terus tutup pintu haha malas nak layan hehe jahatnyer maaf  ler ,,tapi rumah aku tak ramai budak2 datang kutip duit raya selamat duit haha 
raya aku sekarang pun dah tak meriah macam dulu ,,makin besar makin simple jer beraya ,,tapi tahun nih aku harap meriah lah sebab sepupu2 aku balik semua ,,yahooo!! sambil loncat2 
happy2 jugak tapi dalam kita dok happy masih ada yang bersedih di luar sana 
hari nih pun aku menerima berita kematian suami suadara aku di thailand kesian anak kecik2 lagi ,,
tinggal 2 hari saja lagi nak raya ,,
aku rasa dah lama aku membebel nih ,,membebel secara diam huhu jom tidoq!!
dah macam tulis karangan hehe maaf 

Wednesday, August 24, 2011

membebel cinta didikasi buat insan bernama lelaki

assalammuaalaikom 
namestee
anyong ah! sudah2 lah merapu tuh
malam nih aku ditemani teddybear pink beso aku 
sambil duduk atas katil tangan menaip huhu! perut sudah diisi penuh tak boley nak sumbat dah 
aku ada terbaca entry "apa gadis muda mahukan dalam perhubungan ?"dalam majalah intrend keluaran september 2010 muka depan dia siti nurhaliza yang ayu persis langsana bulan hehe tajuk yang dorang dok bising2 kan nih adalah "mengapa gadis tertawan dengan lelaki lebih berusia?" erm,,ye tak ye jugak kan sekarang nih aku tengok ramai yang lebih memilih duda untuk dijadikan suami sanggup bermadu pun ada itu aku tak kisah sangat bagi aku lain orang lain citarasa tak berani nak komen kita yang tak pernah rasa keadaan  dorang biarlah ,buat apa nak jaga tepi kain orang kan ,,
berbalik kepada tajuk yang menarik hati aku untuk baca sampai habis hehe 
"apa gadis muda mahukan dalam perhubungan ?" 

1. hanya dengan teman lelaki si gadis mahu bermanja-manja lagi bertambah bahagia jika dia dipanggil dengan panggilan manja ,"honey","baby","sayang" atau apa sahaja yang kalian tentukan.

komen aku memang lah pompuan mana yang tak suka kalau boy dia panggil nama2 manja macam tuh kan kan kan 

2. kadang-kadang mereka sengaja merajuk kerana mahu dipujuk teman lelakinya, ini menunjukkan yang si dia sangat mengambil berat dan takut kehilanganya.

aku kalau merajuk tak der sapa nak pujuk walaupun ada bf uwaa! sedihh,,dia buat bodoo jaa 
apa lah salahnya kalau sekali sekala tuh turutkan saja gf tuh salahkah?? bukan selalu pun 

3. gadis juga mahu kan kejutan terutamanya pada tarikh penting seperti hari jadi ,hari pertama dating atau kali pertama perhubungan .Bagi mereka kejutan adalah sesuatu yang menarik.

yes boleh buat kita terharu kan acecece hehe sapa tak suka kecik tapak tangan satu pulau langkawi nih aku tadahkan ,,

4. seseorang gadis apabila bergelar teman wanita mereka kerap menjadi sensitif apabila tidak diberi perhatian ,malu diakui mereka juga mahu diberi perhatian seperti anak kecil!

erm memang lah biasa lah tuh kan nama pun perempuan lumrah korang orang lelaki rasa beban ker nak layan perempuan??buang lah ego tuh layan gf sendiri apasalahnya kang dia layan laki lain baru berbulu 

5.dalam perhubungan ,kasih sayang sangat penting bagi mereka .mereka juga mahukan bukti kasih sayang daripada teman lelaki ,kerana kasih sayang tidak cukup hanya dengan kata-kata.

bukti macam mana ? entahlah macam buat kejutan kot be romantic with your girlfriend k,,kalau nak suruh aku listkan boley tapi malas laa,,

6.gadis mahukan belaian teman lelakinya tindakan spontan yang manis seperti membelai rambutnya pun sudah cukup membahagiakan dan merasakan dirinya disayangi.

tolong angkat beg dia ka ,tolong payungkan dia ka,tolong pimpin tangan lintas jalan,kalau jalan berdua tuh jangan lah tinggal dia jalan kat belakang kesian dia kalau kena culik macam mana baru padan muka ko kan

7.gadis mendambakan lelaki yang dapat melindungi mereka daripada bahaya 

8.walaupun hal remeh dalam apa jua situasi si gadis mahukan sokongan daripada teman lelaki .

bagi lah kata2 semangat kalau dia nak exam ka ,nak buat satu2 benda janganlah hati batu sangat

9.si gadis memang kaki bercerita ,kadang2 cerita yang cerita tuh tak ada hujung pangkal pun cth"sepupu i baru putus tunang tapi dia dah buat keputusan nak kawin dengan lelaki lain " 
"kawan i mengata kat bf dia sendiri ada ka patut""tadi i tengok baby tuh cute sangat lah"jadi wahai lelaki dengar dan bersabarlah.

janganlah korang kata "so" bila dia tengah dok bercerita tak ada nafsu langsung hati batu situasi nih aku yang kena huhu jangan tanya pasal apa dia dok seronok bercerita dengan jantan lain .

10.sifat seorang gadis yang bercita-cita tinggi sentiasa mahu memperbaiki keadaan supaya menjadi lebih baik .mereka mahukan semuanya berjalan dengan lancar walaupun soal cinta ,jadi kemungkinan besar meraka akan meninggalkan bf mereka apabila berjumpa dengan lelaki yang lebih baik

so jaga2 wahai lelaki tapi perempuan kalau dah suka dia tak akan tinggalkan bf dia macam tuh jer

tiba2 rasa malas pulak nak tulis hehe sambung nanti ajelah semuanya ada 20 harap bersabar selamat malam,,
love reynabali

wordless wednesday 2


comelgebusedap

Tuesday, August 23, 2011

finally jadi jugak puding caremel aku

yahooooooo!!! sambil lompat2
astagfirullah sopan sikit yer budak kecik 
assalammualaikom ,,
finallyy jadi jugak puding caremel aku tuh 

nih bukan pic puding aku nih from google 
yang aku nyer malas nak snap hehe


setelah kemarin kehairanan aku dibuatnya apa pasal lah tak masak2 puding aku nih 
gula yang  first aku buat tuh angkat jer dari api terus jadi keras muahaha,,
tak per aku cuba lagi kali yang ke2 jadi 
sukasukasuka 
dah jadi semua dah stim punya stim tak masak2 
tak jugak keras2 cair jer 
n hari nih aku stim kan dia lagi 
dann menjadi n sedap 
kira ok lah tuh kan hehe
usaha tangga kejayaan 
malaysia bolehh!!

aku tengah dalam mood nak raya nih 
mungkinkah aku akan buat kuih raya esok ermm??

byebye




Thursday, August 11, 2011

NAK KEBAYA

nak kebaya nak kebaya nak kebaya 
aku nak kebaya 
kalau boley aku nak kebaya nyonya 
kalau dapat kebaya indo pun lagi sukaaaa,,

macam nih ha 

macam nih macam nih ,,

mesti korang kata "dok bising2 apa nak  pegi beli laa" 
memang la pegi beli jer tapi masalahnya aku nih tak ader size
kecik susah nak cari size
kalau aku padan ker dah lama aku beli 
nak yg merah terang tuh wow sangat menarik tertarik kau memang deboom! acece ternyanyi pulak 
satu hari nanti aku akan beli jugak tak pun aku g tempah kan kan,,
mahal pun mahal lah janji hati suka lalalala 

adioss!!!
selamat berbuka awal lagi kot?

Tuesday, August 2, 2011

JUADAH BERBUKA PUASA PADA HARI SELASA 2 AUG 2011

ASSALAMMUALAIKUM 
salam 1 malaysia 
hari nih ntah apa la budak kecik nih mimpi 
azam bulan puasa kot huhu
dengan kerajinan nya tak pernah eh! sory cikit bukan tak pernah tapi jarang 
dengan bangganya hari nih aku masak huhu
masak tuh ,,
agak best yer masak dengan penuh feeling 
simple jer sebenarnya masak nih 
acececece,,
memang simple pun yang aku masak nih 
seronok sebenarnya bila dapur dimonopoli oleh aku 
meh aku tunjuk gambar erk,,


ha nia nama dia ayam masak cendawan cina (aku masak nih)

yang nih nama dia udang mentega (aku masak jugak)


 ni lah juadah aku n makayah aku berbuka pada hari nie 


 kerang sedap sehingga tambah tambah n tambah lg(nie aku xmasak mak aku yg tlog rebuskan)

eis depa nih dok bakaq meriam buluh plak kan nak ajak huhu