Followers

Monday, April 29, 2013

ninh binh in hanoi vietnam

aku tak pernah update pasal benda ni kan,,,padahal dah bekurun kot,,,ni aku nak update kat korang ,,,tempat ni serius best ,,pada siapa2 yang sukakan alam semulajadi datang la,,tak rugi pun,,
tempat ni nama dia ninh binh ,,kat mana ? kat hanoi  ,,hanoi kat mana? ,,hanoi kat negara vietnam ,,,

Ninh Binh telah lama dibangunkan sebagai pusat budaya dan politik Vietnam sejak pemerintahan Dinh Tien Hoang Raja di 968.  jumlah sisa-sisa purba di sini boleh mengatasi mana-mana wilayah lain di Vietnam.
Modal pertama Vietnam rejim sentralisme feudal dan politik, ekonomi dan budaya pusat Hoa Lu Modal purba Dai Co Viet adalah pasti tapak yang paling menarik di mana pelancong boleh mencari beribu-ribu sisa-sisa istana, kuil, pagoda dan makam berkaitan dengan tiga dinasti Dinh, Le dan Ly.

http://www.vietnamonline.com/destination/ninh-binh.html

yang bestnya dorang dayung sampan tu pakai kaki ,,haa tu yang special nyer tu ,,tak pernah dibuat orang,,agak jauh jugak la sungai tu ,,,kesian jugak tengok dorang dok dayung tu ,,dah la tu tua tua jer semua,,,tapi kuat ,,sihat,,orang2 vietnam semuanya kecik2 ,,kulit plak putih2,,,dorang tak tinggi ,,,tapi comel la ,,segak2 ,,,mejoriti yang muda2 pandai cakap english ,,,dekat sana memang aku tak reti nak guna duit dorang,,,banyak sangat ooo ,,,mengalahkan indonesia ,,,aku guna us dollar jer,,sana selain dong dorang jugak terima us dollar,,,sana agak tak berapa nak membangun sangat la,,,tapi banyak kilang ,,,baru nak membangun ,,,bercerita pasal vietnam plak hikhikhik,,,ninh binh ni cantik sangat ,,,bila korang dah duduk atas sampan tu ,,relex jer ,,,duduk atas bot kan sambil layan angin ,,,tengok bukit bukau ,,,sunyi jer yang dengar kocak kocak air bunyi ,,,nyaman sungguh,,,dah la pemandangan yang disajikan memang tip top,,,disajikan tu ! hikhik,,ayat BM power ,,,


 bersusun2 pilih jer nak naik yang mana



ready gambar korang akan dijual bila korang dah sampai nanti 


haa,,meh aku jual gambar ko balik,,tapi kemera dia deabak lagi la dari aku ,,aku time ni pakai camera olympus jer,,tu pun mahai tu ,,,



 cantik sangat




 masuk gua


 keluar balik,,
 tak pasti apa tengah dorang buat
 dorang pandai tau ,,,dorang berentikan kita kat tengah2 lepas tu keluarkan barang2 souvenir suruh kita beli ,,harga memang letak mahal la,,lepas tu kalau kita bagi respon nak beli ,,kena pandai tawar2 la,,,selain souvenir makanan ringan la,,,tapi korang jangan beli tau ,,,dah sampai nanti kedai2 kat atas ,,lagi murah ,,,boleh beli berlambak kalau nak ,,,ha time tu beli lah untuk adikberadik,,kawan2,,,bersepah souviner ,,,jatuh rm1 pun ada,,
ha ni la berlambak ,,murah2,,,lagi satu time korang turun tu kan ,,dorang akan serbu korang macam semut,,,kan tadi dorang dah snap2 pic korang,,,time turun dia serbu ler nak suruh beli ,,,aku pun ada da beli ,,,aku beli yang cantik jer,,,ada la kakak tu suruh beli yang dia,,,ikut aku sampai ke kedai,,,kesian tu memang la kesian ,,tapi gambar dia tak cantik ,,kalau cantik aku beli dah ,,,dia ikut sampai last2 turun sekeping rm1,,,dok cakap ,,"kak kesian kat saya kak,,beli la,,beli la,," ,,aku buat bodo jer,,hee,,kesian kat dia,,

so masukkan ninh binh dalam list travel korang,,,sesuai sangat pada yang mempunyai dslr dan yang cintakan alam sekitar,,,

selamat bercuti ,,,^_^