Followers

Sunday, October 30, 2011

jom kita bercinta

bila hati dilimpahkan dengan kasih sayang 
saat dia memanggil kau dengan nama yang comell
bila mandi dirasakan sudah tidak basah 
bila mulut bercakap tapi otak entah ke mana 
bila berjauhan 1km terus terasa rindu 
saat tidak mendapat kol dari si dia terus terpikirkan keselamatan dia 
padahal baru 1jam dok bergayut sampai fon habis beteri ,,
ohh indahnya cinta 
bila tengok cerita2 korea sarang haeyo ,,kita pun nak jadi macam tu 
yerr aku pun nak siapa tak nak kan
dulu selalu terpikirkan yang best ker bercinta 
tapi bila bercinta best time mula2 ja,,
sekarang tak best pun rasa macam nak pergi baikot cerita2 korea sebab dorang telah menjadikan aku gila bayang nak realiti aku menjadi seperti dalam cerita2 yang aku tengok 
teehee jangan risau aku masih waras menbezakan antara realiti dan fantasi 
mengapa aku tidak boleh menjadikan fantasi kepada realiti ??
aku nak bawak kau masuk dalam mimpi aku 
biar kau dah tak boleh keluar duduk diam2 sudah asal malam ja time tidur mimpi kau 


ku ingin kamu 

betul kata orang cinta boleh mengubah segalanya realiti tu aku dah nampak walaupun bukan berlaku pada diri aku 
aku doakan semua orang di sekeliling aku mendapat cinta yang idamkan termasuk diri aku jugak
ok bye

Saturday, October 29, 2011

BALIKKK KAMPUNGGG!

assalammualaikum 
salam 1 malaysia 
balik kampung punyala dah lama tapi baru sekarang aku rasa nak update blog pasal balik kampung ni 
sebenarnya mak jer yang nak balik sebab anak menakan mak aku buat kenduri sunat anak dia
tapi awal2 lagi aku bagi cadangan balik semua lagipun dulu ayah aku selalu cakap nak balik thai
esok nak pergi malam tu baru buat keputusan yang aku n ayah aku balik sekali
awal2 pagi dah keluar sebab nak buat borderpas 
malas nak cakap banyak bukan korang baca pun meh kita layan gambar huhu

moto dorang comell2 muka aku buruk dan kaki aku pon huhu 

roti canai yang sedap 


comelll

dah tak der apa nak tunjuk huhu 
ok bye 


Thursday, October 27, 2011

why why why whyyyy!!

kenapa dia cantik ?
kenapa la muka aku tak macam dia kan! 
kan best kalau aku jadi dia
jelesnya tangok dia pakai cantik2 
kenapa aku tak boleh jadi macam dorang??
kenapalah otak aku ni tak macam dia 
kenapa aku tak tinggi
kenapa mata aku rabun ha tu pun jadi persoalan salah aku 
kenapa kenapa uwaaaa
kenapa bila aku happy dia mesti bertukar jadi sedih 
kenapa hidup aku tak bertuah macam dorang 
erm,,
tak pa lah manusia memang macam tu tak pernahnya sempurna semua tak kena 
tu tak kena ni tak kena
redha sudah ,,apa yang berlaku ada hikmahnya 
pikir positive sudah

korang sayang aku tak???? tehee tak der koje tanya orang sayang ko ke tak 
 ok byee!

tawan2 saya jual lens meh beli kat saya meh

assalammualikum
salam 1 malaysia 
apa khabar orang2 kampung 
hukhukhuk
sudah siap blog dan juga fb like untuk aku jual lens 
aku sebenarnya tak tahu nak guna nama apa untuk blog dan fb like jual lens tu 
kering idea loh! makanya aku guna nama "shopping lens here" eii tak glamour langsung hihihi 
tak pa la buat sementara lagipun dekat luar tu orang dah guna macam2 nama biarlah aku guna nama yang simple2 jer 
korang kalau nak beli silalah ke sini yer
blog
fb

ok byee

Wednesday, October 26, 2011

JELAJAH THAILAND part 3

salam 1 malaysia
ini adalah entry jelajah thailand part 3 
part 1
part 2
maaf sebab lambat buat entry part 3 nih sebab aku balik kampung
last minute punya plan
yer mari kita mulakan dengan gambar ,,tak payah la aku cerita dengan terperinci kan
cukup cerita tempat2 yang aku pergi sudah
ini di ratburi floating market tempat ni memang terkenal dengan kehadiran pelancong dalam dan luar negara
dekat sini memang korang boleh beli macam2 aku beli beg galas belakang dan jugak baju T untuk aku dan baby kakak aku
time aku pergi tengah hari jadi memang tersangatlah panas jadi kalau korang datang sini jangan lupa beli topi dulu

ini di phra nakhon khiri museum terletak di atas bukit ala2 macam bukit bendera
nak naik kat atas tu kena beli tiket cable car yang macam kereta api nak naik bukit bendera
kat atas tu korang boleh tangok pemandangan phetchaburi sangat cantikk,,
nak masuk museum  sapa2 yang pakai seksi2 kena pakai kain sarung yang dorang bagi  hikhik,,
Phetchaburi Phra Nakhon Khiri

ini di huahin plearnwan
http://www.hua-hin.com/
sini memang best ala2 macam kota lama sikit
boleh beli macam2 kat sini
aku beli baju T untuk aku dan jugak baby my sis
aku beli juga sedikit ole-ole huahin

kami check in di sini homestay sangat selesa

bejalan di pantai sejurus check in malangnya pantai dah bertukar wajah gara2 banjir ,ikan semua mati dan air bertukar menjadi hitam

tempat terakhir ialah sempadan myanmar murah2 barang kat sini
beli baju kat mak n kakak juga untuk diri sendiri hikhik,,

habis sudah jelajah thailand
bulan 12 ni insyaallah kalau tak ada aralmelintang aku sampai lagi thailand
sapa2 nak ikut jom2
ok bye

Tuesday, October 25, 2011

aku sudah tawar hati dengan kau

tawar hati  tawaq hatii
apa rasa semua dah tak dok 
masin ,,manis,,kelat,,,hati dah tak der deria untuk menghidu 
gggrrrrrr! ang ingat aku ni setia sangat ka hah ,,??
owhhh,,aku banyak hutang dengan blog nih,,entry jalan2 kat thailand tak habis lg,,ditambah dengan entry balik kg,,ditambah nak juall lens balik,,huhuu,,mahu juall lens banyak2 tawan2 sila lah mai beli dekat sayaa,,
rasa macam bz laa pulakk,,hikhikhik,,,bz la sangat
owhhh rasa mahu tidurr di pantai huhu sambil tenangkan otak 
sekarang jugak sudah pandai rindukan blog,,
----
nite




Wednesday, October 19, 2011

JELAJAH THAILAND part 2

part 2 
part 1 habis dekat jalan2 tengok patung lilin kan,,
ni kesinambungannya oleh kerana banyak pic nak tunjuk maka aku telah pun menggunakan khidmat edit pic untuk menggabungkan pic2 supaya entry aku tak la berat sangat dengan gambar2 yang berlambak2
aku g thailand selama 4 hari 3 malam kalau korang nak peluang macam aku boleh jer,,
menggunakan khidmat vakim tour betul ntah aku eja hikhik 
vakim tour ni berada di jeti satun thailand
 kalau orang2 langkawi senang lah naik je bot di langkawi sampai sana dorang dah tunggu dah
korang akan naik van yang sangat mewah cantik ada aku letak pic korang boleh tengok
bayaran bawah rm500 kot dia bergantung kepada berapa orang dan jugak berapa hari korang nak pergi n tempat 
kalau korang nak pergi thailand menggunakan khidmat vakim tour nih boleh la bagitahu aku nanti aku akan bagitahu dorang kat sana ,,jangan risau time aku pergi tuh dorang memang dah ambek insurans  kemalangan 


 ni di ratburi wat siam tempat ni terkenal kerana kewujudan kelawar yang duduk di situ 1 juta kelawar duduk kat situ aku mula2 "eh apa benda tu banyak nya burung" rupanya kelawar dia terbang keluar selama 2 jam ( mewakili 1 juta rakyat jelata dorang)  esok pagi dia balik 
 ni di bankok muzium patung lilin

 ni aku tengah bagi makan burung di wat siam kat bangkok

 ni aku di thailand grand invitation sanam chandra palace

ni la van yang akan korang naik kalau ramai2 sangat korang akan naik bas 
2 gambar sebelah van tu adalah di wat siam tempat kelawar  di ratburi 
pic moto biru tu aku ambek sebab cantik

 ini di floating market membeli belah di dasar sungai best2 jangan lupa pakai topi sebab panas  

 sanam chandra palace ini adalah tempat dia macam rumah zaman dulu kala  la taman dia luas 
aku nak carita pun tak taw sebab masalah komunikasi 
senang carita ampa p ja la sendiri hikhik


 ini masih lagi di sanam bergambar dengan kerusi ada patung comell


ini di apa erk nama tempat ni hiihi maafkan aku tapi ni kat bangkok wat siam kat sini jugak la yang aku bagi makan burung tu

orait yang ni dulu daa,,
ok byee

Tuesday, October 18, 2011

MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN MAHU JUAL ONLINE SAPA2 BOLEH TOLONG

SALAM 1 MALAYSIA 
selamat malam tiba2 malam nih mood nak berniaga datang balik ,,
aku sangat berminat nak berniaga online, dulu habis jer study aku pernah berniaga online aku tak payah keluar modal pon cuma copy paste gambar n jual dekat orang dalam gambar punya laa cantik 
aku siap buat fb page lagi tapi malangnya selepas aku jual kepada kawan aku 
dan aku juga beli sendiri nak tengok kain baju2 tu cantik ke tidak 
malangnya kainnya sangatlah tak bermutu ermm,,
aku jadi malu nak jual dekat orang makanya aku delete terus fb page aku tutup kedaii 
aku jugak jadi ahli jual lens bayar rm20 seumur hidup awalnya semuanya ok harga sangatlah berpatutan 
tapi malangnya beberapa minggu selepas itu harga naik , setiap jenama lens harga naik tak sama 
lens2 tu dah la banyak jadi aku pon tutup kedai jugak erm,,habis duit jer ,,tapi rasa macam nak bukak balik jer,,sebab dimana ada kesusahan disitu ada kejayaan kan,,hikhik,,nanti lah tengok esok ker aku cari balik mana aku letak gambar2 lens tu rasanya dah delete ,,
sekarang nih aku mencari pemborong jual baju2 korea tudung ke ,apa2 je la janji benda tu berkualiti 
tapi aku sangat berminat dengan baju2 remaja ala2 korea la,,
korang tolong lah aku kalau2 tahu kat mana aku boleh depatkan khidmat benda2 macam tu erk,,
aku nak jual online jer tak payah keluar modal ,,cuma nak copy paste n jual kat orang jer,,aku cuma main dok depan pc n bank duit je la,,

help me help me

sekurang2nya aku ada duit masuk walaupun sikit 

JELAJAH THAILAND part 1

assalammualaikom 
salam 1 malaysia 
aku dah balik huhu,,tapi malang sekali sebab gambar tak elok camera buat hal nama ja camera canggih besar gedabaq tapi hampeh dok buat hal gila macam nak hempuk ja camera nih eiiii! 
lagi satu tak der sapa nak tolong tangkapkan gambar untuk aku uwaaa! depa tangkap gambaq aku tak lawa sebab depa tak reti snap  nafsu aku untuk bergambar juga tak dok sebab aku sorang ja warga malaysia ,,hukhuk,,tapi apa yang aku nak cakap WEH!!!! orang2 bangkok sangatlah segak muka licin bak kulit telur yang lelaki eis eis sangatlah hensem aku nak sorang boleh hikhik,,
tampat dia pulak eis eis gilaaaaaaaa! baju memang lah semua style2 aku
tak puas laa ,,aku nak pergi lagi terutamanya bangkok aku baru ja nak shopping tengok2 eh ada teksi mai ambek rupanya saudara mara kak jamilah ,,masalah komunikasi ,,hikhik,,owh macam mana aku boleh sampai sana ,,nih semua bermula apabila kak jamilah dari thailand telefon mak aku cakap nak bawak aku pergi bangkok sebab aku selalu cakap dengan dia yang aku teringin nak pergi bangkok 
dia kata aku tak payah bayar apa2 cuma bawak duit belanja saja ,,so aku pun nak laa walaupun aku sorang je yang pergi 

ini adalah pic pertama yang aku snap depa bg aku makan halal orang islam buat pedas

view dalam van yang kami naik sangat selesa untuk jalan2 jauh ciap ada tv lagi 

dalam perjalanan tengok citer transformers tapi cakap siam hukhuk,,

otw sangat jauh perjalanan nak p bangkok hukhuk,,

dimana2 saja ada tesco tapi awas tandasnya tiada air jadi kalau korang nak datang thailand jangan lupa sediakan cawan plastik atau botol mineral buat tadah air kat singki nanti dorang pakai lap dengan tisu jer eii,,

benda ni sedap rasa dia manis2 nih yang basah ada juga yang kering aku tak tahu nama dia apa dan diperbuat  daripada apa sebab kak jamilah tu tak reti bahasa melayu sikit2 je dia boleh cakap ,,

banjir di thailand 

ini adalah wat siam tempat yang popular kat sana apa nama ntah kat bangkok sowi la pic tak cantik sebab camera proplem 

dalam dia cantik 

ini jugak dalam dia 

tak tahu la kenapa dorang ikat benda ni kat sini kepercayaan dorang agama siam

pekat dok ikat aku tengok ja

nak p tangkap  dekat tak boley aku tangkap luar jer nak zoom pon tak boley sebab camera buat hall,,gggrrr!
tapi dalam dia cantik la

haha ni ada 1 ja pic hotel di bangkok cheleena princess malam tu kami jalan2 kawasan tepi2 jalan luar hotel tu  wah banyak gila baju murah2 aku sempat beli kasut ja rm 40 orang bangkok semuanya segak2 yang lelaki hamsem2 dorang semua pakai sexy2 hikhik,,aku macam segan ja jalan2 kat c2 kan sebab aku tak segak 
pic malam tu aku tak snap sebab orang ramai aku pulak dah la kecik jadi nak bawak kaluar camera gedabak tu malas laa,,apa yang boleh aku cakap tempat tu dekat dengan hotel cheleena princess nak cari makanan halal pun tak susah 
aku macam nak beli banyak2 ja lepas tu bawak balik jual kat malaysia hikhik

awal2 pagi dah check out 

sini sangat bestt,,patung lilin sangat teliti dorang buat 

 rombongan kamii hikhikhik






ok bye yang ni dulu 



  



Monday, October 17, 2011

entry ini adalah untuk mukadimah jelajah thailand

assalammualaikom 
salam 1 malaysia 
aku dah selamat sampai balik ke langkawi huhu
kastam tu punya lah banyak  tanya haa 
p mana ni banyak beli barang 
aku kata "p jalan2"
"sorang ja beraninya dia" memang la aku p sorang dah aku ajak kepala hijau dia tak nak g ,,
aku pon ditaja hikhik,,
tapi aku tak puas sebab camera buat hal ,,dan satu lagi dorang tak reti snap pic pakai camera gedabak tu ,,makanya pic aku sikit jer tu pun ada jugak aku suruh dorang snap pakai fon,,uwaa,,
ok lah aku tengah dok menaip entry jelajah thailand tapi taw2 la kan lambat cikit jadi bersabar 
sebab tu la aku buat entry ni dulu 

ok byee

Monday, October 10, 2011

bangkok wait for me

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
salam 1 malaysia
esok aku akan meninggalkan malaysia buat sementara waktu 
bangkok wait for me,,huhu
tq pakjoe sebab bagi tahu tajuk lagu kat blog dia 
jatuh hati dengan lagu ni
rupanya tajuk dia pelengkap hidupku 
jom nyanyi ,,


aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu

* teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari


reff:
bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu


peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini arungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia


repeat *
repeat reff [2x]



JOM CARI FOLLOWER

assalamualaikum
salam 1 malaysia 
aku join segmen lagi ha,,kelas kau jah hikhikhik
tengah dok godek2 baca entry orang aku singgah jap kat blog pakjoe dia ada join segmen ni jadi aku pun nak join  lah dah orang bagi peluang kan ,,kita kena serbuu!,,huhu
tarikh segmen ni tutup adalah 11/10/2011 jadi cepat2 kepada para2 blogger di luar sana kalau ampa nak join lah ,,kalau tak mau ampa p tidoq pih!
yer tarikh 11/10/2011 aku dah tak der kat malaysia aku nak p merantau membawa hati yang lara acecece
doakan kesejahteraan aku sepanjang berada di sana ,,
kalau ampa nak join silalah ke blog lzulxocraxme.blogspot untuk lebih info

ok bye

Saturday, October 8, 2011

chibee lu'lu


chibee kau penganti tam 
baru 2 hari dah suka gigit2 tuan erk,,sakit taw tak!
chibee lulu amboi nama
welcome to my life
kau dah masuk dalam kehidupan aku huhu,,nanti kau besar aku belikan kau baju erk,,hikhik,,
tapi apesal kau betina arr,,jangan subur sangat erk,,nanti tak larat nak bela anak ang hikhik,,

ok bye
tak sabar nak tunggu hari selasa nih,,

Friday, October 7, 2011

bantu saya untuk beri dia nama huhu

assalamualaikum
salam 1 malaysia 
ku sudah ada peneman dikala sunyi huhu 
silalah bantu beri nama kat anak kucing nih
kot2 nama yang ampa bagi tuh sodap boleh ceq guna huhu,,
sungguh comel n gebu orangnya hikhikhik,,
selamat malam

p/s = can't wait is coming



Thursday, October 6, 2011

holiday di langkawi part 2

salam 1 malaysia 
ini adalah entry jalan2 langkawi bersama moon
sebelum ni rina dah pun buat entry part 1 so ini adalah part 2 
yer dari bahasakan diri bercakap aku kan molek bahasakan diri dengan nama yesyesyesyes
yer mari kita mulakan pagi2 lagi kami dah bersiap sebab janji suruh van tuh ambek kat mali perdana pukul 9 
penat makin bertambah bila penat dari konvo ditambah lagi balik berpeleseran pulak seharian dan paling berdukacita sekali apabila rina terkena flu sepanjang berpeleseran akibat daripada terkena hujan agaknya 
bukan sikit2 tapi terukkk! sampai naik kepala jadi berat jer,,tapi nasib baik hari part2 nih dia dah lega 
mata pun dah jadi panda sebab tak cukup tidur malamnya dok bersembang dengan moon mana taknya kan hikhikhik,,
oh yaa! tadi cakap van nak datang pukul 9 kan ,nak pergi mana?kami berdua nak pergi  island hopping
bayar rm 25 seorang itupun harga adikberadik kalau tak rm30 hikhikhik,, oh ya island hopping ni dia pergi 3 tampat pulau dayang bunting ,tengok helang dan pulau beras basah semuanya dia berenti 1 jam tak best kan tak cukup 1 jam nak berpeleseran ,,ye la mana nak mandi lagi kan ,,mana cukup,,
_
_
tepat jam 9 van tu datang ambek kami ,ingat kan nak antar terus pergi nek bot,,rupanya ada lagi orang yang dia nak ambek dah penuh van kami semua dihantar ke jeti kecik kat awana tuh ha tangok dalam gambar tu aku panggil dia jeti kecik sebab dah dia kecik kan,,sebenarnya tak naik kat jeti pun naik redah air laut jer,,balik baru dorang lepas kat jeti
 yehaa!! naik bot cantik pemandangan dia laju oo bot tu so aku pon pegang la topi aku kuat2 hikhikhik,,
lagi gambar pulau
sampai jer dah disambut dengan kera banci aku dorang nih suka mencuri 
dah sampai masing2 menuju ke tasik dayang bunting oh! sebelum bot mendarat hikhik,,kami telah diperlihatkan amboi ayat bentuk pulau tu yang seakan2 perempuan bunting sedang berbaring yer memang nampak sah2,,
tapi yang tak bestnya aku nak mandi tapi xley mandi sebab kalau kami mandi sapa nak jaga camera n beq kami kan,,so remdam kaki jer laa,,n yang lagi tak best camera buat hal aduh!gambar nih menunjukan yang kami sedang berada di pulau dayang bunting
 dua orang kat depan tuh suami isteri yang telah membuatkan aku jeles hikhik,,erm,,mereka sangat bahagia
 ok fine!,,
 lagi gambar pulau 
moon 
aku gambar belakang sudah,,jom balik,,1 jam di pulau gambar banyak tapi aku tapis2 ler ,kat sana ampa boleh mandi manda ,macam2 ada laa,,yang paling best adalah mandi manda la kan sebab air dia tersangatlah sejuk tapi malangnya kami berdua sahaja jadi buat benda pun berdua makanya kami tidak mandi hikhik,,amboi ayat tapi tak pa tunggu akan ku datang lagi ke pulau ituuu!!
lepas tuh kami p tengok burung helang besaq2 oo,,buat sup sodap,,hikhik!
last pulau adalah beras basah 1 jam kami ditinggalkan jugak boleh mandi manda lapaq oo time nih,,nasib bek bawak roti tapi kera banyak bencibenci sebab aku takot dengan kera nih depa tak mesra alam langsung kuat mencuri haipp! tampaq tangan mau 
yer itu adalah saya yang sedang menunggu dengan harapan  ada ikan duyung jantan kan malangnya tiada
ini adalah aku pun tak taw dengaq kata nama dia doughnut lepas 1 jam kami pun balik sampai jer kat darat owh! banyak masa lagi nih ,kami balik rumah makan mandi lepas tuh terus bawak dia beli dan belah di beras terbakar  
moon cantik ang pakai macam nih kalaulah aku tinggi ,,
ini adalah keadaannya rupanya baru aku taw banyak baju jugak kat situ hikhik lama tak pernah g 
balik jer dari beras terbako kami tidor keletihan hukhuk! pukul 6 lebey baru dia kejut aku kalem kabut bangun ciap2 nak pergi mandi laut huhuhuhu,,,lama tak mandi laut tapi mandi kat gigi2 air jer,,
lepas tengok matahari terbenam kami balik 
malam tuh mak cakap adik jom makan luar oraittt! kami makan kat area2 pantai chenang jugak tapi jalan nak menuju ke airport lepas makan balik antar makayah aku kami jalan2 di chenang tengok kedai2 masuk cuci mata hukhukhuk,,

balik tidur bangun esoknya antar dia nek bot pagi,, balik rumah telentang aku tidur keletihan hukhuk 

the end