Followers

Monday, July 30, 2012

benda ni jadi time2 nak bukak posa ja hee


assalammualikum
anyong haseyooo


disaat waktu semakin hampir ,,perut semakin rancak memainkan irama ,,tekak dahagakan cecair ,,otak memikirkan benda alah yang sedap2 belako ,,,mula lah tiba2 ja teringat segala makanan yang dah bekurun lama dihadam ,,dah jadi tutt! pun ,,,hadoii diriku 


Sunday, July 29, 2012

ini versi cari jodoh ,,,(bhahaha)

assalammualikum 

ini adalah versi cari jodoh zaman sekarang hikhikhik
korang kena tengok semua video ni yer,,tengok pelan2 sambil minum milo "eh2 puasa la hikhik"
tengok ada kaitan tak dengan korang ,,^ ^


anak kampung
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik 
Memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli – kuli sahaja memang tidak padan
cantik bah kau itu
Ramai yang tergoda lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama org lain

Kita masih muda masih ada masa
Janganlah kau cari gadis macam saya
Engkau memang kacak
Nanti kau menyesal tiada guna

Anak kampung ku anak kampung
Tidak padan tidak sepadan

Tiada keretaku bawa kau jalan – jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain (sama orang lain)

Nanti kau menyesal tiada guna (tiada guna )
*********************************************************************************
jawapan anak kampung
memang aku ini anak orang kaya 
tapi kaya ku pun semua duit si bapak
harapkan duit ku memang tidak ada
sama saja kita 
belajar tinggi2 naik kapal terbang tiada apa bezanya,balik kampung nanti makan nasi jugak,tiada kereta mu nggak apa2 bah ,,bapak ku ada jet boleh terbang sini sana ,,siap boleh lending2 atas sana gunung kinabalu,,
jangan kau tarik balik malu2 kunun ,,ku mahu hati mu bukan harta semata asalkan hati baik perangai pun cantik ,,kira ok sudah ,,,

(bhahahaha)

*********************************************************************************

jawapan anak separuh bandar bhahahahaha


aku ada kereta tapi masih bank punya 
aku ada rumah masih bank punya jugak
setakat bayar berian tiada masalah kahwin sama kamu



Saturday, July 28, 2012

Tuesday, July 24, 2012

comelll cuteeee

asal comey je aku beli parah!parah! memang la aku ni pencinta kecomelan huihui...

Published with Blogger-droid v2.0.2

harajuku pulok

dulu selalu belek2 majalah terpandanglah benda omey ni...dahku memang pencinta comey2 ni...bekenan laa...hukhuk...hari ni dapat beli ..nak yang pink tak berapa bekenan bau dia..last2 pilih yang ni ungu pun ungu la...

Published with Blogger-droid v2.0.2

product korea pulok

dah la comey ...sja try beli murah ...kalau yang satu2 mahal jugak nak campur semua...nak beli yang set besar seratus lebih jugak...belum tentu elok.kan...tapi ni aku pakai best2 rasa kulit licin lembut je..syok.la..dah la comey hikhik..."eh2 kau beli sebab comey erk? " dulu time dia baru keluar aku teringin gila.nak beli sebab dia made in korea ..n comey..tapi harga dia agak mahal cikit..so aku pendamkan dulu ..hari ni pergi guardian tengok ada dia buat"sweet teatime mini set "harga 20 lebih..boleh la beli kan...ce korang try beli ...best..lembut je..patutlah..patutlah..korea kawaiii..."eh2 tu jepun" ....orait gudnite...tidur bersama mask macaron huhu..nyummy...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, July 23, 2012

guangzhou,shenzen,hong kong ,disneyland (part 3)

assalammualikum

hola,,hola,,,ini adalah entry trip aku ke china buat kali yang ke2,,,kepada yang belum terjah entry part 1 n 2 tu kat bawak tu aku dah bagi link korang klik je ,,

part 2 habis kat dieneyland kan,,balik je dari situ kami terus balik ke shenzen ,,balik hotel aku siap mendobi lagi ,,basuh beg aku dalam singki hotel guna shampoo huhu,,owh ya aku cakap nak upload video fireworks kat disneyland kan ,,,tapi ada proplem ler,,nanti aje aku upload yer,,

shopping at luo hu commercial city kat sini korang boleh beli macam2,,ada tas2 yang lawa ,,ada baju,,ada gajet2,,harga kena pandai tawar dapat la murah ,,,

makan time

tak der selera,,hukhuk,,

money2 motifnya adalah dorang percaya yang rezeki dorang akan lagi baik dan bertambah

diberi penerangan tentang barang2 yang dorang jual ,,semua barang2 dorang jual diperbuat daripada buluh ,,,banyak barangan rumah and murah2 je,,


view 1

in splendid of china


pintu masuk yang cantik

eh2,,apakah,,


menonton pertunjukan kebudayaan aku nak komen sikit memang tip top la siap ada keluar air lagi tiba2 ja ,,haha,,,siap ada 3D effect lagi

naik train melawat sekitar taman

sama tak??

gaungzhou tower

kat sini korang boleh check penyakit tunjuk tangan je ,,lepas tu mula la dorang promote ubat suruh beli ,,mahal beribu raban,,

dah panjang ke kena buat part 4 plak yer,,



Sunday, July 22, 2012

ramadhan al mubarak

assalammualikum 

 alhamdulillah dah 3 hari kita berpuasa ,,korang puasa tak ,,ke tak ni ? jangan tak puasa ,,kalo tak sakit dan mampu puasa la,,,tak  yah dok tinggal2 ,,nanti nak kena ganti jugak ,,,aku lupa nak snap pic berbuka kemarin hehe,,,,aku ingat aku nak masak la ,,aku nak beli buku masak2,,,huhu,,BUDAK KECIK NAK MASAK LA WEHH !! diam diam,,kang aku lempang jugak kang,,,dengar kata dah berlambak orang jual baju raya ,,jamu mata aje la ,,,tapi raya ni memang lagi terasa la ayah aku tak dok,,,
sempena ramadhan ni aku harap aku boleh menggunakan bulan ni sebaik mungkin ,,,rajin pergi sembahyang terawih,,puasa penuh ,,,banyak buat amal ibadat ,,insyaallah,,dan aku harap ramadhan ni kalau boleh membawa seribu makna kepada aku,,,,aku nak kena cari baju orange sempena majlis kahwin sepupu aku bulan 9 nanti ,,tak der nya nak beli siap dah ,,mana ada size ,,kena tempah ,,,so sekarang aku tengah cari design yang lawa nak dijadikan baju,,any idea? ,,,

selalu dengar lagu kpop kan nak sekarang meh kita berzikir, dengar ceramah ustaz don 

Tuesday, July 17, 2012

Siapa Wanita Cantik?


Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

aku nak jadi seperti diatas ,,insyaallah ,,,

nostalgia ( time to undur kan masa )

2012
2011
2010
tup,,tup,,dah masuk tahun baru umo semakin bertambah angka ,,badan pun semakin berubah ,,,perangai pun berubah ,,,semua benda berubah ,,tak gitu?
meh kita patah balik 2 3 tahun 4 5 6 tahun kebelakang ,,,kita imbas kembali apa benda yang kita dah buat ,,apa benda dah yang kita dah lalui ,,,jeng jeng jeng ,,,

dulu kan waktu facebook ni tak wujud lagi time aku baru habis sekolah,,,aku gila main myspace,,sebenarnya time aku tak habis sekolah lagi dah femes myspace ni cuma aku time tu tak berapa nak didedahkan dengan internet ,,so aku lambat sikit buat myspace,,huhu,,orang lain dok gila main myspace,,aku mampu tengok lalu jeles sorang2,,,lepas habis sekolah aku pujuk ayah aku suruh pasang internet kat rumah,,ayah aku pun turutkan la demi anak dia yang sorang ni,,,bila dah ada internet apa lagi ,,,keja on9 aje la,,,aku sebenarnya dah banyak kali buat myspace tapi  tak jadi2 ,,,start habis sekolah dan ada internet kat rumah aku buat myspace baru dan mula aktif ,,,huhu ,,best2,,meloncat2,,dari situ la aku dapat ramai kawan2 alam maya,,dari myspace aku yang togel tak berwarna aku start explore cantikkan layout mysape aku ,,dari letak satu pic aku start letak pic aku banyak2,,ciap snap lawa2 kawaii gitu,,,hahhaha,,,

masih ingat lagi kah anda??? ,,huhu,,

tapi aku bukan seorang yang gemar  snap pic buat mulut itik ,,,,sampai sekarang aku bukan jenis yang suka buat mulut itik bila snap pic,,,pic aku sopan2 je hee

tapi comell buwekkk!,,,perasann,,lebih kurang macam ni la ,,hikhik,,

disebabkan pic2 aku yang segak tu la "perasannya budak ni"  ramai boy yang add aku ,dari myspace la aku jumpa budak kepala hijau,,,huhu,,

ahh,,rindunya aku dengan myspace,,,

*********************************************************************************

coklat zaman sekolah rendah selalu makan




hihihi,,gila rindu dengan semua ni,,

*********************************************************************************

dulu suka snap pic kawaii kawaii PAKAI FON ,,,
lepas tu edit n upload kat myspace facebook,,sekarang aku dah malas nak upload pic kat fb ,,kalau upload pun kejap je seminggu 2 lepas tu private ar tak pun delete ,,
dulu jugak aku seorang yang suka bergambar,,tapi sekarang dah kurang sikit,,dulu sorang2 pun jadi keje snap pic pakai fon,,,,

mcm ni pun rajin jugak hee

*********************************************************************************

 ni time cikgu ada mesyuarat sapa bising ketua kelas akan tulis nama kat papan hitam tak pun dalam kertas,,

 main tiang dari zaman tadika sampailah sekolah rendah dok main lagi benda ni

 selalu makan ni dulu2,,,20sen je

 ni pun dulu suka makan

 ni pernah gak terkena ni

beli semata2 nak main belon ni,,

*********************************************************************************

dulu time sekolah aku tak dok bf sama macam membe aku yang sorang ni,,oleh sebab kami berdua tak dok bf kami selalu mesej berdua,,hahaha,,kesian kan,,,tapi jangan salah paham plak kami bukan lesbian ,,,selalu dulu tukar2 mesej dengan dia ,,dulu kan femes mesej kata2 cinta la,,mesej hari raya yang lawa2 ,,,,

dulu kecik2 dok main patung kertas yang boleh tukar2 baju tu ,,,selalu gak main tu,,zaman sekolah siap buat sendiri lukis lepas tu colour2 n gunting sendiri ,,siap ada membe jual lagi ,,,

dulu lepas exam upsr membe aku dia buat bisnes sewa komik sapa nak baca bayar ,,rm1 kot tak salah ke 50sen ntah ,,ahaha,,ada komik doreamon macam2 la,,,

aku dulu time sekolah mana ada boy suka kat aku ,,,sebab aku kan tak comey dah la pendek ,,,membe2 aku darjah 6 5 dah ada bf,,,jeles sebab dorang HOT! hahaha,,,

zaman sekolah menengah sempat la berkawan dengan laki tapi tak couple ,,,siap main antar2 surat lagi heee,,,bila aku ingat2 balik bodohnya aku sebab aku siap antar surat kat dia sambul colour biru kot,,paper yang aku tulis surat tu plak bercolour2 ,,hahahaha,,,dah la tulisan burok ,,,dia plak antar surat kat aku tulis pakai exampad je,,,siap bagi gambo lagi hehehe,,,sekarang ni ada lagi pic dia saja simpan buat koleksi hehehe,,,

zaman sekolah menengah  aku tak hot pun kono je,,orang lain siap ada etika ikat rambut tocang tinggi bila pakai tudung nampak lawa,,ada bonggol kat belakang macam sekarang jugak la,,,baju sekolah pun kena hot2 gitu,,aku bantai je,,

kasut sekolah kena macam ni ,,aku pun dulu beli gak macam ni,,dulu jenama converse kira hot la kan,,,
hahaha,,kalau nak cerita zaman dulu sampai besok pun tak habis,,,dah dah ,,
korang plak dulu macam mana hee,,

bila dua hati menjadi satu

assalammualikum

tanggal 7 /7/2012 tarikh keramat bagi sepupu aku sebab dia dah sah menjadi tunangan orang,,,tahniah ,,kerana anda telah 60% menjadi milik dia,,kan tak nikah lagi kan baru tunang so baru 60 or 70 % la kan hee,,,nampak nya lepas ni tinggal aku n adik dia jer,,alamak! so who care ,,huhu,,kan allah  dah tetapkan setiap umatnya dilahirkan berpasang pasangan ,,,,lambat atau cepat jer,,

simple n nice ,,




the hadiah,,


soto 


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

from iluv islam

Monday, July 9, 2012

review my product


assalammualikum 

maaf la kotor sikit product tu ahahaha,,

nahh ambek ,,aku tempek pic product aku tengah cuba sekarang huhu,,walla,,,yang putih tu aku beli sebab aku tengok dia untuk buangkan bintik2 hitam kat hidung,,satu lagi sebab dia murah ,,,so aku pun try la beli ,, ,,,,sepanjang aku pakai ni,,boleh la rasa jugak la lepas guna tu muka bersih,,,dua2 product ni aku beli kat coswey je,,,skin gel ni dia dalam bentuk gel,,,pakai dia gosok2 je kat muka sampai dia jadi benang2 halus,,kiranya macam kita buang kotor2 jugak la kat muka,,lepas tu cuci muka dengan pembersih muka 

yang hitam tu plak dia masker dia melekat2 sikit,,cara pakai dia sapu je kat muka macam topeng tapi jangan semua cukup kat kawasan dahi,,dagu ,,pipi hidung ,,sebab lepas dia dah kering ,,nak tarik dia ,,peh! meleleh air hidung ,,sakittt,,sebelum aku beli memang ramai yang bagitau kata jangan beli sakit nak pakai dia,,tapi aku try jugak beli ,,bila dah banyak kali pakai syok la plak,,sakit pun lantak je hahaha,,nak cantik ler katakan ,,,see boys ingat senang girl nak jaga kecantikan ,,,betul tak girl ?? keberkesanan product ni memang nampak la ,,rasa muka licin jer,,eh ! dia boleh pakai kat belakang badan tau ,,kan belakang badan kita kadang2 ada jerawat ,,so kat belakang badan pun boleh pakai ,,tapi aku tak pernah lagi la try ,,sebab aku tak der masalah tu,,,,

sebenarnya product coswey semua bagus,,dulu time aku sekolah mak aku jadi ahli coswey so memang banyak la product coswey yang aku dah pernah try ,,salah satu nya masker muka yang diperbuat daripada tanah liat gunung berapi serius bagus,,pakai seminggu sekali ,,memang semua masalah muka hilang,,,lepas tu lama tak beli dah,,sampai la mak aku dah mati pun ahli dia,,,lepas tu aku cari balik product tu tapi dah tak der ,,dah tak dikeluarkan dah,,sayangnya kan,,,kalau tak memang aku tak curang la ,,,

so korang pakai product ape yer,,mai la kongsi2,,boleh aku try ,,,

love
reynabali 

HACKS

assalammualikum 

what is HACKS??

hacks adalah singkatan kepada hanya aku cinta kau seorang wallawehh meleleh tajuk hahaha
aku ingat ni cerita lama rupanya baru keluar daa,,,tapi aku tengok kat youtube je,,,sapa la upload tu,,,dah ada kan ,,aku tengok aja ler,,petang tengok sambung lepas mandi tengok plak,,,lambat loading nak wat cene ,,,ok kita ambik dari segi positif laa,,aku tahu ramai yang hentam filem ni sebab seksi n banyak adegan pegang2 ,,filem ni memang cinta cinta la,,so sweet gitu,,,ending yang bukan happy ending sebab hero mati la ,,mana aci,,,,kisah tentang dua orang sahabat yang rapat antara lelaki dan perempuan ,,diamana laki tu tak nak beritahu girl tu yang dia cintakan girl tu,,dia kata "aku ingin mencintainya  secara sederhana" ada jugak yer macam tu ,,,

bila aku tengok filem ni kan aku teringat apa tau ,,,,aku teringat time sekolah dulu kan selalu dapat mesej kat fon dari membe2 ,,story cinta macam ni,,,kisah cinta yang menusuk kalbu ,,menikam sanubari ,,ala kisah cinta ala2 sweet gitu,,,tapi serius sama seingat aku ada cerita macam ni,,,cuma beza sikit la,,ada satu story yang aku ingat ,,,

girl tu keja kedai cd,,laki tu hari2 beli cd kat kedai girl tu keje ,,dalam cd yang boy tu beli girl tu letak surat cinta,,yang boy tu plak aku lupa la,,yang aku ingat boy tu mati sebab sakit apa ntah,,satu hari girl tu tunggu boy tu tak datang2 dia pun heren n pergi rumah boy tu ,,n mak boy tu cakap boy tu ada sakit n dah meninggal dunia,,girl tu masuk bilik boy tu n nampak cd yang boy tu beli boy tu tak pernah bukak so maknanya boy tu tak baca surat tu,,n girl tu pun nangis2,,lebih kurang macam tu la cerita dia,,,

ada jugak cerita yang pasal apa ntah ,,pasal mata pun ada,,jantung,,tak berapa nak ingat laa,,tapi tiba2 aku rindu la nak baca mesej2 tu semua,,ahahaha,,,
dibintangi nuremy ramli yang sekarang dah bertudung,,,omey kan dia,,??
aku bekenan semua cekak rambut yang dia pakai sepanjang dia belakon dalam citer tu,,,kawaiii,,
aku jatuh cinta dengan lagu ost citer ni ,,aku bagi lirik dah la yer ,,korang nak dengar lagu ni bukak youtube ,,

hanya aku cinta kau seorang 

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu



korang boleh tengok filem ni kat astro first ,,baru semalam aku nampak dok iklan,,tak pun kalau nak free g kat youtube ,,,kan best kalau ada kawan laki yang rapat dengan kita,,,serius ,,cinta yang tak melibatkan tarikan seksual dan seks,,,boleh berkongsi story mory,,,best pa,,pada pendapat aku la,,,HACKS 


love
reynabali

Wednesday, July 4, 2012

tutup buku lama ...bukak buku baru

assalammualikum

malam ni bermulanya buku baru dimana segala amalan kita akan dimulakan sekali lagi ....nama pun buku baru kan so maksudnya kita masih lagi diberi kesempatan untuk menentukan apa yang ingin dicatat ...sudah semestinya yang baik2 saja....aku dulu suka tengok perempuan cantik...yang tak bertudung ..dalam hati cantiknya dia ...syoknya depa ada kulit putih..pakai apa pun cantik...padahal aku tak sedar yang mereka sebenarnya hodoh di mata nya...maka aku juga selalu ikut2 cara mereka...selalu mengata orang2 yang bertudung...bertudung saja tapi mulut binasa...padahal siapalah diri ni nak menilai orang lain...sekurangnya mereka bertudung...sedangkan diri ini...benar dia boleh menarik segala2 nya yang dipinjamkan kepada kita dalam sekelip mata saja...tapi sering kali diri ini menangguhkan benda baik ....mempercepatkan benda yang tak membawa manfaat ,,betul kata orang setiap yang berlaku ada hikmahnya ...hidayah itu tidak perlu tunggu ia datang ...tapi harus dicari ...sedar diri ini tidak sepenuhnya lagi berubah...sedar masih banyak lagi onar yang sering dilakukan....cuma satu yang ku pinta ...pegang erat tangan ku bawa ia ke tempat yang indah...ke tempat yang dijanjikan ..tempat yang dinamakan syurga ...tolong jauhkan aku dari neraka durjana....jangan cepat hukum diri ini dengan mengata yang bukan2 ...sedar diri ini tidak sehebat mereka...

love reynabali

Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, July 2, 2012

cheese cake vs kek durian

bila aku tengok sekeliling aku ,,banyak yang kita tiru dari negara orang ,,
contohnya depan mata aku la kan,,,dekat chenang banyak restoran2 yang jual makanan orang putih ,,,terdetik kat hati aku apesal korang tak jual nasi lemak je bagi mat salih makan,,,roti canai ,,ni jual benda yang dorang boleh dapat kat negara dorang,,macam jugak fesyen ,,,aku dulu selalu tengok orang putih pakai baju apa ,,lepas tu tiru beli pakai kat rumah,,huhu,,sebenarnya aku jugak penggemar makanan luar,,misalnya sushi,,spaghetti ,,,benda2 yang bagus memang aku tiru budaya luar,,misalnya,,bangun pagi jangan gosok gigi lagi terus minum air suam dulu,,bagus untuk pencernaan kita awal pagi,,jadi pembersih seperti budaya di jepun,,n n n n ,,aku kan peminat k-pop ,,,jadi apa2 yang aku tengok kat dalam drama2 korea harus aku tiru ,,,muahaha,,,not 100% laa,,,fesyen jugak ,,,serius! aku dulu suka tengok orang pakai seksi ,,tapi itu dulu not now,,,biarlah aku berubah menjadi seorang yang gadis yang cantik di mata mak mentua ,,,bahahaha! parah ,,parah,,fine,,,
kita terlalu nak jaga hati mat2 salih ,,,baju jual baju depa ,,makan jual cara depa ,,,semuanyalah,,,kan ke bagus jual batik,,jual roti canai,,jual karipap,,,bagi ada satu 2 kedai jual ikut budaya depa sudah lah,,tak payah la sampai berlambak,,,,bukan tak boleh ada ,,boleh tapi bagi ada 1 2 sudah la,,,selebihnya jual la ikut budaya kita,,jual terompah ka,,bagus pa,,huhu,,,impian aku adalah nak ada boutique sendiri hee,,,disebabkan dah banyak kedai2 baju ni ,,jadi aku akan cari benda apa yang orang lain tak jual,,,jemu dah tengok orang jual benda yang sama jaa,,,tapi still nak jual baju la,,sebab benda lain tak minat la,,,
hari tu mak aku bakar sampah kat belakang rumah,,tiba2 ada mat salih tua ,,mai dok pandang2 ,,aku pun tegur la,,dia cakap dia nak padam api tu,,pencemaran,,,huhu,,finee,,aku tahu pembakaran terbuka tak bagus untuk persekitaran dan bumi kita,,,sejak dari saat tu terus dah tak bakar sampah lagi dah ,,sampah buang kat tong sampah tepi jalan ,,,see? dorang berani tegur dan boleh ubah supaya kita ikut cakap dorang,,tapi kita bila pergi negara orang jangan harap la nak tegur orang sesuka hati kan,,,
mat salih depan rumah aku pulak tak suka bising2,,hari tu mengadu kereta lalu depan rumah la,,,normal la tu ,,yer diakui masyarakat melayu punya perangai nak dibandingkan dengan dorang jauh berbeza,,tapi dah kau tu duduk negara orang kena terima la ,,nak sunyi sepi duduk atas bukit ok! 
yes dia baik,,banyak benda yang dia tegur ada kebaikan ,,tapi aku terfikirkan bila kita berada di situasi macam tu ,,mampus jangan harap lah nak  tegur kan,,,ikut lagi ada budaya orang,,,yang baik tak salah,,aku pun banyak ikut apa,,,pagi2 aku tak makan nasi lemak ,,aku suka roti ,,bakar dengan cheese nyummii ,,dapnyerr,,tu budaya mana tu ,,mat salih,,
jual durian kat mat salih kan ke bagus,,dorang lagi suka ,,bagi dorang itu pengalaman ,,
ok lah aku bukan budak sempurna dalam memberi pendapat,,memberi pendapat itu mudah,,nak laksanakan itu susah kan,,faham,,tapi cubalah ,,,

reynabali

hutang harus dibayar

assalammualikum 
anyonghaseyoo

gigih kena bayar hutang oii!,,
hutang puasa huhu,,ni la akibatnya kalau awal2 ko tak nak ganti kan,,,
sekarang kena ganti beturut2 ,,,padan muka aku,,,
dah nak puasa dah,,,horeyy!,,,boleh tambahkan pahala banyak2 ,,,
tapii,,tapii,,,,,my ayah dah tak der,,,raya lagi la terasa ,,,
ok bye