Followers

Saturday, September 29, 2012

cinta itu buta

assalammualikum

memang betul kata orang cinta itu buta,,,aku di zaman sekolah tidak pernah mengenal apa itu cinta ,,walaupun rakan2 sebaya sibuk mencari cinta ,,pernah jugak ada yang bertanya ,,,kenapa kau tak ader boyfriend kau malu ke sebab kau kecik ,,,kau nak kami tolong carikan ,,,aku sendiri pun waktu tu tak tahu nak jawab apa,,,sememangnya tiada jawapan waktu itu ,,,secara rialitinya aku memang bukanlah budak yang tahu bergaya di sekolah ,,,,tingkatan 1 , 2, 3 aku hanya pikirkan dunia dibawah tempurung ku,,,seperti kata perpatah "katak dibawah tempurung" itulah aku yang hanya tahu bangun pagi pergi sekolah balik duduk rumah ,,,tetapi aku sangat matang ,,,walaupun umur aku masih lagi mentah ,,,waktu itu aku bosan dengan hidup aku ,,,tidak seperti kawan2 aku baru darjah 6 sudah pandai bermain cinta,,,ah! mudah benar mereka jatuh cinta ,,,zaman sekolah rendah aku hanyalah seorang budak kecil yang hanya famous kerana size tubuhku,,aku tidak aktif sukan ,,kerana aku tidak ada bakat dalam bersukan ,,,ditambah pulak aku merupakan seorang pesakit asma ,,,aku jugak bukanlah seorang yang pandai dalam akademik ,,,dan aku jugak hanya bersekolah di kampung,,,walaupun kampung ,,,semakin kami membesar ,,,semakin banyak cabaran,,,meningkat ke usia alam remaja ,,,aku masih lagi berada di level yang sama,,,tetapi aku kan matang,,,aku sentiasa ingin berubah ,,,akhirnya tuhan makburkan doa aku ,,,selepas pmr aku berjaya ke sekolah teknik,,keluar daripada kampung tempat sendiri membuatkan aku puas ,,kerana ini memang saat2 yang aku tunggu ,,,di sana aku berjumpa teman2 baru,,mengenal apa itu balik kampung,,belajar untuk hidup tampa keluarga ,,,setiap kali tiba saat balik kampung ,,orang lain gembira untuk pulang ke rumah tetapi aku tidak ,,aku lebih suka mengikut teman2 ke kampung mereka,,,di teknik aku sudah pandai bergaya di sekolah    sedikit demi sedikit aku sudah pandai mengikut gaya teman2 ku,,aku diluar memang seorang yang suka bergaya ,,tetapi di sekolah bagi aku tidak perlu kerana pergi sekolah tujuannya adalah untuk belajar ,,,waktu itu aku sudah pandai untuk mencari cinta tapi malangnya,,,aku bukanlah pilihan sang jejaka ,,,mungkin jugak aku tidak hot ,,,hanya biasa2 sahaja ,,,tetapi teman2 selalu menjodohkan aku dengan manusia entah siapa aku tidak kenal ,,,tetapi aku layankan aje,,,mungkin kerana aku jugak mahu seperti teman2 setiap kali hujung minggu mahu buat active5 supaya boleh sms dan telefon berjam2 bergayut ,,,
,,,,,,,,,,,,,,,,masih tiada cinta dihati ,,,,,,,,,,,,,,
tamat sekolah aku pulang ke kampung ,,rumahku syurgaku ,,,aku pujuk ayah untuk pasangkan internet di rumah ,,,aku hanya pikirkan untuk sambung belajar,,kerana itu cita2 aku sejak dari awal lagi,,,waktu tu zaman myspace ,,facebook belum wujud,,,aku gairah bermain myspace,,sehinggalah satu hari aku berkenalan dengan seseorang ,,,kami berbalas2 komen ,,,peringkat seterusnya adalah bertukar alamat email masing2,,,bermula saat itu boleh dikatakan tiap2 malam kami ber ym ,,kami ber ym sehingga lewat pagi,,,sehingga si dia meminta no telefon aku,,,sebelum ni no telefon aku sudah banyak dijual teman2 yang sibuk mahu menjodohkan aku,,,aku sudah berjanji kepada diri aku tidak lagi akan memberi no telefon aku sewenang wenangnya ,,,tetapi disebabkan kesungguhan nya aku fikirkan ini yang terakhir,,,no telefon bertukar ,,,,bermula saat itu aku dan si dia semakin rapat,,,,aku sambung belajar ,,,kami masih berhubung,,,si dia menyatakan hasrat untuk berteman ,,,aku tidak percaya kepada si dia ,,kerana kami tidak pernah bertemu 4 mata,,akhirnya aku bersetuju untuk bersamanya,,,tetapi aku tidak pernah percaya bahawa si dia sukakan aku ,,,kerana aku tahu dia cintakan aku hanya berdasarkan perkenalan di alam maya,,,aku kan matang hehehehe,,,aku teruskan hubungan kami tetapi aku tidak pernah mengatakan aku jugak sukakan nya,,kerana aku tidak mahu bermain dengan kata2 cinta,,,aku jugak sedar yang aku bukanlah seorang perempuan idaman malaya,,,jadi aku tidak pernah menaruh harapan ,,kerana aku takut tiba saat bertemu si dia tinggalkan aku,,,,
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,masih tiada cinta,,,,,,,,,,,,,,,,,
semakin hari ,,kami semakin rapat ,,,bunga kalau dah dijaga ,,dibaja ,,disiram,,,mahu tak tumbuh segar mugar ,,begitulah aku ,,saat itu aku sudah mula rindu kalau si dia tiada,,,kalau dulu aku tidak pernah percayakan nya,,tetapi selepas kami bertemu 4 mata dan si dia tidak angkat kaki ,,,aku mula percayakannya ,,,itupun jenuh nak diajak berjumpa kerana aku sememangnya malu ,,,,sampai satu saat aku sedar aku tidak boleh lari ,,,aku akhirnya bersetuju untuk berjumpa,,,sememangnya saat kami berjumpa aku sudah bersedia  untuk ditinggalkan ,,,ternyata aku salah si dia tidak angkat kaki ,,,aku tunggu jugak beberapa hari mungkin si dia akan angkat kaki,,,,ternyata sekali lagi aku salah ,,,si dia angkat kaki tetapi tidak lari meninggalkan aku,,heeee
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,cinta berputik,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
semakin hari kami semakin rapat ,,,,ada waktu boleh berjumpa ,,kami jumpa,,,kami merupakan cinta jarak jauh ,,aku di utara si dia di selatan,,,aku di kampung si dia di bandar,,,sememangnya aku sudah jatuh cinta,,,memang cinta itu manis ,,,si dia sudah tamat belajar dan bekerja,,,walaupun dah bekerja aku masih lagi belajar kami selalu berhubung melalui alam maya,,kerana jarak memisahkan kami,,,tahun berganti tahun ,,,kami jarang berkomunikasi ,,,,si dia lebih pentingkan kerja atau mungkin sudah ada yang lain,,aku tidak tahu,,,semakin hari kami semakin jauh,,,tapi aku tetap setia menanti dia,,,si dia sekejap ada sekejap hilang,,,ada masanya si dia mencari aku,,ada masanya aku mencari dia,,kadang2 aku sakit hati kerana hanya aku yang mencari dia,,,tetapi aku setia menanti ,,,mungkin jugak aku tidak melayan cinta2 lain,,,teman2 sepupu aku mereka sentiasa menasihati aku supaya lupakan nya dan cari yang lain,,,aku rasakan mereka tidak faham situasi kami ,,kerana bagi aku ,,dia sibuk bekerja,,,aku sentiasa mencari jalan keluar masalah kami,,,tetapi buntu,,,tidak berjaya,,,alasan nya adalah sibuk ,,sememangnya aku faham situasi kesibukan nya,,,tetapi sekarang aku bukan lagi budak kecik,,aku bukan lagi budak2 yang boleh diperkotakkatikkan,,,aku tak nak jadi bodoh,,,aku tak nak buang masa ,,,aku nak kan kepastian kalau tak nak cakap tak nak,,lepaskan aku,,,kalau nak buat cara nak,,aku tak mintak masa bersama aku 24jam,,,aku tak mintak si dia sentiasa ada ,,,tatapi dah kalau ditinggalkan sampai sebulan,,berminggu2 tiada kabar berita,,sampaikan hidup mati tidak tahu,,,apa dia ingat aku patung ,,,
,,,,,,,,,,,,,,,,,tiada lagi cinta ,,,,,,,,,,,,,,
sejujurnya sekarang aku sudah tiada cinta lagi kepada si dia  ,,,sudah tiada rindu,,,aku cuba untuk tidak mempedulikannya ,,,aku tidak lagi berhubung dengan nya,,,aku nak tengok berapa lama ,,aku nak tengok adakah dia akan mencari aku,,,,dia akan mencari aku tetapi dalam waktu yang sangat panjang,,,,sudah lama aku bersabar ,,,kadang2 aku tidak faham apa sebenarnya itu cinta,,,kadang2 aku tidak faham dengan lelaki ,,,,teman2 sepupu keluarga menyatakan kami ini pelik ,,,kenapa aku tidak meninggalkannya,,,sejujurnya kalau ada yang cuba untuk masuk ke hati ini ,,,aku akan berikan peluang ,,tetapi aku bukanlah perempuan idaman malaya,,,sejujurnya aku cemburu melihat teman2 bahagia,,,kalau aku menyatakan aku sudah tidak cintakan nya ,,kenapa aku masih teringatkannya saat mata aku belum terlelap,,,kenapa aku masih lagi curi2 tengok fb,instangram nya,,,sampai hati dia gantung aku tak bertali,,,,,sudah 6 tahun ,,,lamanya ,,,selama ni tidak pernah ambik peduli sudah berapa lama kenal,,,sekarang baru aku tahu kenapa orang menyatakan "cinta itu buta" sememangnya aku buta kerana cinta,,
,,,,,,,,,,,,,,,,masihkah ada cinta,,,,,,,,,,,,,,

to be continued,,,,

sarang reynabali 

2 comments:

Nursha said...

nice story..

*http://nurainishahroni.blogspot.com*

reyna said...

tq dear,,^_^