Followers

Tuesday, November 29, 2011

buatlah pilihan yang tepat untuk masa depan anda semua

assalammualaikumm 
ok tak payah nak cakap mukadimah ka 
nak merapu ka 
terus kepada tajuk budak2 lepasan spm harus baca ni 
tak lupa jugak kepada budak2 yang masih bersekolah 
sekarang ni aku tengok yang ada ijazah pun susah nak cari kerja 
yang ada diploma pun susah jugak nak cari kerja 
aku sekarang pun pening pikirkan masa depan aku 
siapa yang tak nak belajar tinggi2 dapat kerja yang bagus2 kan
sekarang ni orang belajar untuk dapatkan kerja 
jadi sekarang memang aku agak menyesal dengan pilihan yang aku dah buat 
dulu aku masuk kolej komuniti bidang bekery bila dapat poli aku masuk poli sebab ingat aku nak tukar bidang
sekarang aku tengok kawan2 aku dah berjaya bukak bisnes walaupun dorang hanya belajar dekat kolej komuniti 
laku pulak tu semakin hari semakin berkembang maju jeles aku 
terus aku terpikir kenapalah  aku tak teruskan ajer bidang bakery aku tuh,,
erm,,
dah tak guna aku salahkan diri pun, jadi nak tak nak aku sekarang kena buat keputusan yang lebih tepat 
bagi aku sekarang ni kalau korang nak sambung korang pikir lah betul2 
betul ke korang minat bidang ni 
dah habis nanti nak kerja apa ,,
ada ker tidak kerja bila habis study nanti 
satu lagi pilih jugak institusi yang senang dapat kerja macam miim ,
uitm sekarang pun tak boleh harap dah,,kalau korang budak2 uitm jangan lah marah yer,,ini rialiti yang berlaku bukan nak burukkan uitm atau mana2 u kat malaysia ni,,
kalau masuk u memang lah bagus tapi kena tangok bidang jugak,,
masuk u harapan cerah sapa kata tak cerah,,
cuma kena tengok bidang jugak la,,
kolej swasta yang berkelayakan pun boleh jugak tapi kena tengok betul2 laa,,
kalau masuk jmti pon ok sebab peluang dapat kerja cerah 
apa2 pun silalah pilih bidang dan tempat mana nak sambung betul2 
untuk masa depan jugak,,

ok bye

Sunday, November 27, 2011

trip beijing part 1

assalammualaikum 
ini adalah entry trip ke beijing china selama 6 hari 
maaf kalau lambat loading biasalah tak boleh dielakkan kalau lambat loading bila entry yang melibatkan pic 
nak pulak kalau pic tu dah sedia berat kan 
benda yang boleh buat adalah kita minum duluu,,
ini adalah mukadimahnya

si kecik sedang bergambar sesudah mendarat dengan selamatnya selama 6 jam 

sampai2 ajer tempat first pergi adalah tengok acrobatic show sangat best menurut guide tour beijing adalah acrobatic yang paling best di negeri china 

 dok berebut topi 

tari menarii 

sapa2 ada hilang mangkuk cari budak ni 

moto dok berpusing pusing dalam sangkar 

habis ajer tengok acrobatic show time to makan makan dah berada di negara cina makanan pun haruslah cina 
but still halal k lepas makan balik check in dan terus tidur

keesokkannya
-
-
-

breakfast pun mestilah cina nya style

tiananmen square

dah macam eskimo dah aku,, layankan ajerr,,

forbidden city istana diraja semenjak 500 tahun yang lalu

with kak nas

selepas berjalan berkilo2 melawat istana raja yang besar luas gila tu kami pergi silk store ,tu yang aku tengah pegang tu adalah kepompong

kepompong aku geram gila tengok cadar sutera amboi syoknya kalau tidur pakai cadar sutera tapi malangnya  
mahal sangat aku cuma beli kain untuk mak aku ja

habis sudah part 1 
ok bye

Friday, November 25, 2011

mak aku sudah demam korea gara2 anaknya

dulu

aku = mak2 meh la tengok citer ni best oo!
mak = tak mau ar ngantok 
---------------------------------------------------------
aku = mak meh la tengok laki ni hensemm bangat!
mak = tak mau la ayah lagi hensem tengok ayah sudah 
---------------------------------------------------------

sekarang 

mak = adik2 meh tengok citer ni best
aku = tak mau ar ngantok
---------------------------------------------------------
mak = adik2 tengok laki ni hensem 
aku = ermm biaq p la kat dia 


kalau dulu aku jer yang dok layan tv kwsw dan onehd sampai lewat2 malam sekarang mak aku yang dok layan sampai tv yang tengok dia 
makk makk haha 
jom p korea mak bulan 5 pless! ermm,,,

ok bye

Wednesday, November 23, 2011

saya sukew berblogging

assalammualaikum 
malam ni aku  nak join satu lagi segmen ,blog ni lama dah buat since 2008 lagi tapi time tu aku tak taw nak berblog ni nak tulis apa, macam mana nak guna blog ni, macam2 lah semua tak taw apa yang taw ntah hee
aku ada kawan yang memang aktif blog kiranya aku ni mengikut jejak langkah dia la,sejak aku habis study aku rajin buka blog orang baca entry dorang so bermula dari situ aku pun jatuh cinta, sekarang memang aku dah jatuh cinta dengan blog apa2 yang aku rasa nak tulis aku tulis ja
salah satu sebab aku suka blog ni adalah kat blog ni macam2 aku boleh dapat nak apa produk kecantikan ,kesihatan ,nak cari resepi masak2,nak dengar cerita lawak,nak tengok model cantik2 ,nak tengok life orang,nak tengok tempat2 yang best semua ada kat blog tak lupa jugak gosip2 artis
sebab tu aku suka berblogging



ni adalah syarat2 segmen "saya sukew berblogging"

1)follow blog jijahcomey
2)letakkan banner jijah nih kt blog kowang
3)buat entry yang bertajuk segmen:saya sukew berblogging
4)berikan sebab kenapa anda sukew berblogging?
5)tinggalkan url link kowang kew ruangan komen nih..
6)tag 2 rakan blogger anda
7)siapa yang join jijah akan tembak iklan2 yang ada diblog kowang hehe..
8)tarikh tutup 21/11/2011-30/11/2011

apa tunggu lagi tawan2 meh kita join reramai
kalau nak join silalah ke sini

ok bye

Tuesday, November 22, 2011

tak semua orang sempurna kan

assalammualaikum 
cerita kali ini adalah tak semua orang sempurna 
yer meh aku mulakan cerita nya
al kisahnya aku ada seorang kawan yang bernama dot dot dot,,dia ni jenis yang lemah lembut ,sembahyang tak pernah tinggal amin ,pandai masak ,anak yang baik ,tapi mula2 aku kenal dia makin lama aku rasakan dia ni mengada2 dan jugak gedik ,tak matang dan lain2 hehe suka hati aku ja menilai orang kan
tapi memang pun perangai dia macam tu tapi dia baik la tak jahat cuma kadang2 pentingkan diri sendiri pun ada 
aku mula2 agak merungut jugak la tapi dah kawan rapat dan lama2 aku pikir dah memang macam tu perangai dia nak buat macam mana kan 
so terus aku terpikirkan yang semua orang tak sempurna walau macam mana dia sempurna pun mesti ada jugak kelemahan dia kan,mungkin tu salah satu kelemahan dia 

lagi satu kawan aku dia cantik baik ada bf yang baik tapi kelemahan dia pentingkan diri jugak 
tapi dia baik la mungkin tu salah satu kelemahan dia jugak kan 
tapi ada jugak kawan2 aku yang aku rasa dorang sangat sempurna 
mungkin aku buta nak tengok kelemahan dia 
aku pun ada banyak kelemahan mulut kadang2 celupar jahat jugak mulut aku ni sebenarnya kalau aku tak bercakap tak pa tapi kalau dah mula cakap bisa kot,,teehee tapi tu adalah salah satu yang paling aku benci dalam diri aku dan memang aku sangat marah dengan perangai aku yang satu ni 
sebolehnya memang aku nak buang perangai buruk aku yang satu ni 
kadang2 mulut aja yang bisa tapi sebenarnya hati tak ader niat pun nak cakap benda yang boleh buatkan orang terasa 
tu mungkin kelemahan aku la kan, mungkin apa dah memang sah2 pun 
insyaallah aku cuba control dan buangkan kelemahan aku 
membuat perubahan yang baik untuk diri sendiri adalah perlu
ha bercakap pasal ni kan aku rasa mungkin kita patut sama2 buangkan kelemahan kita untuk cuba menjadi sempurna sebab kadang2 kelemahan kita akan buat orang tak suka dengan diri kita 
walau tak sempurna 100% pun tak pa sekurang2 untuk diri kita lebih disenangi orang lain kan bagus tu 

kadang2 aku rasa kita patut menerima kelemahan orang lain 
sebab tak semua orang sempurna tapi bila pikirkan balik kan kalau kita asyik terima kelemahan orang pun tak boleh jugak sebab boleh mendatangkan penderaan mental dan fizikal jugak wah ayat tehee
sebab tu aku rasa kita perlu ubah kelemahan kita untuk diri sendiri lebih disenangi orang lain 
kalau korang pening baca entry aku  nak mintak maaf la yer aku cuma nak luahkan ajer biasalah aku bukan editor majalah nak karang ayat ikut peraturan 
men campur aduk ajer apa nak tulis hehe 
bila baca balik entry aku memang la banyak kelemahan tu mungkin salah satu kelemahan aku kan hehe
kejap aku kata A kejap aku kata B layankan ajer,,kesimpulannya adalah semua orang tak sempurna itu sahaja
nak buat enrty holiday beijing ni 

ok bye 

Monday, November 21, 2011

kenapa banyak sangat cerita kahwin sekarang

barangkali aku terlalu muda untuk bicara soal perkahwinan 
masih mentah untuk memikirkan apa itu suami ,apa itu isteri ,apa itu anak ?whatt!! anak ohh noo
huhu harga sebuah perkahwinan terlalu ,,terlalu apa yerr? hehe
aku pernah tanya mak aku" kenapa mesti bubuh nasi dalam pinggan ayah tak boleh ker ayah bubuh sendiri"
aku rasakan yang bila kawin banyaknya tanggungjawab nak kena layan  suami masak beranak bla bla bla,,
tapi kalau orang tengah hangat bercinta dorang akan pikirkan  nakk kawinn cepat2 sebab boleh pandang muka boy dorang 24jam 
aku jugak pernah terpikir tak jemu ker kalau hari2 pandang muka yang sama ?? 
apa lagi yer aku pernah terpikir pasal kahwin ,,
ntah la dah lupa
itu dulu

tapiiiiiii sekaranggggggg

perkahwinan bukanlah satu benda main2 melibatkan masa depan yang sangat panjang 
kenapa mesti ada yang pandang remeh hal tunang 
misalnya nak tunang semata2 nak ada ikatan sekadar nak membuktikan yang dia cintakan perempuan tu ajak tunang konon sayang sangat la padahal sekadar di mulut sanggup nak tunang habiskan duit libatkan makbapak padahal bukan betul2 nak perempuan tu jadi isteri pun 
lepas tu putusss

ada yang cakap tunang ajer la jumpa orang lain nanti putus ajer la senangnya cakap 
ye mungkin pendapat aku lain dorang lain 
bagi aku kalau nak tunang tunang la betul2 jangan la pandang remeh benda tu 
walaupun tunang itu bukan kahwin 
lagipun tunang jugak perlukan duit kan habis duit aje 

ada jugak yang pompuan tu ambek keputusan untuk tunang sebab boy dia tu bueh sangat lepas tunang dengan harapan boy dia jadi baik 
ada betulnya jugak tu 

kadang2 kita tak tahu kehidupan orang lain , kita boleh cakap macam2 sedangkan yang tanggung orang tu sendiri jadi aku sekarang hanya boleh bercakap dengan diri sendiri ajer dan jugak kat blog ni sebab diri aku sendiri pun aku tahu apa akan jadi esok lusa

macam kes isteri no2 kalau dulu aku memang marah sangat2 sapa2 yang jadi isteri no2 ni 
tapi bila selami cerita dorang yang sebenarnya dorang  kadang2 tersepit macam kes si perempuan tu umonya dah lanjut jadi sudah malas mahu pikirkan hal rumahtangga bila ada yang sanggup tawarkan diri dia pun sanggup asalkan kahwin 
bab risiko pandai2 tanggung 
bab yang ni ceq tak taw nak kata apa sebab orang yang sudah lanjut umo ni cerita dia agak bersimpangsiull sikit emosi dorang lain sikit 

mana ada yang mahu bermadu kan 
 kadang2 jugak sang lelaki tu memang gatal memikat sang perempuan yang ni memang aku benci 
sudah lah tutup bab tu 

kita cakap pasal wang 
sana sini perlukan duit tambah2 lagi nak beli susu ,lampin mahal pulak tu 
kang bagi susu yang murah terlebih cerdik plak budak tu haru jadinya
tapi kalau pikirkan pasal duit memang tak pernahnya cukup kan

isteri 
dulu aku hanya pikirkan sang isteri saja padahal sang lelaki sebenarnya tugas dia lagi la berat 
nak kena tanggung dosa anak bini 
ustaz aku cakap kalau si suami tak tahu menjawab apa yang ditanya sang isteri tentang agama dosa si suami tu 

kalau dulu aku tengok lelaki ajer yang curang sekarang isteri pun sama ha 
jadi jangan nak salahkan orang lelaki saja
perempuan pun sama 
tapi perempuan ni kan lembut n lemah si lelaki ni pulak pandai bermain dengan kata2
kadang2 tengok semuanya berpunca dari lelaki sebab lelaki memang gatal kalau dia tak mula dulu tak kan jadi 
percayalah kata2 manis lelaki dusta semata2 
kadang2 lelaki ni cakap sekadar nak sedapkan hati perempuan saja 
tapi ada jugak yang macam tu sebab tak nak girl dia sakit hati itu namanya sayang katanya
kehidupan sekarang memanglah  pelik 

sekarang memang macam2 yang aku jumpa 
jadi sekarang aku memang tak peduli hal orang 
biarlah ko nak kawin dua ka 
ko nak bercinta dengan laki orang ka 
ko nak setia dengan bf ko sampai lebam2 ka 
ko nak jadi pak turut boy ko ka lantak laa
sebab kadang2 kita tak tahu kisah disebalik dorang 
macam kisah dato ct dulu agak tak suka tapi sekarang tengok dia bahagia ja bini dato k pun dah ada laki baru 
mungkin jugak dato ct pilih k sebab dato k caring mungkin bila dia bercinta dengan lelaki muda tak caring 
sapa suruh laki muda tak caring 
erm,,entahlahh sebab tu aku kata kadang2 kita tak tahu perasaan orang 

macam pompuan tua kahwin lelaki muda mungkin laki muda tu memang sukakan pompuan tua dari dia
yang pompuan tu plak dah dapat laki muda suka kat dia buat apa dia nak tolak dah ada orang suka kan
yang kita nih dok mengata la kat depa eii dah tua2 tak sedar diri bla bla bla,,dapat dosa 

sudahlah taknak taip lagi sudah lari dari tajuk la plak atau tajuk yang tak sesuai sebenarnya benda lain yang nak taip tapi tertaip benda lain layankan ajoo

ok bye

Sunday, November 20, 2011

kenapa mesti marah- marah sayang

kenapa sejak akhir2 ni mood keje ting tong ajer ni 
marahh jer kejoo ko 
tak padan dengan kecikk,,babak kang nak
atau ko nak kena lempang dengan orang 
eis2 tak baik marah2 ni sayang nanti muka cepat nampak tua
 ko nak ker ?tak nak kan 
dah tu jangan marah2 erk tak baik nanti kena darah tinggi ko nak ?
tak nak kan 
cepat pergi mintak maaf 
tak padan dengan kecik memekak ajer mulut tu 
nak kena jahit ker mulut tu tak nak kan 
jangan marah2 yer tarik nafas panjangg hembus ulang 24kali yer 
mandi ais yer 
tak pun ko pergi terbang duduk chende balik nak
marah adalah kawan syaitan ko tak nak kan jadi kawan syaitan 
mulai dari detik ini ko mulakan dengan senyuman yang manis 
jangan marah2 lagi oraitt

jangan biarkan diri ini menjadi angry bird 


didikasi untuk diri sendiri 
have a nice day 

Friday, November 18, 2011

contest "my photoshoot"


anyong haseyoo
selamat malam bagi yang sudah diulit mimpi 
aku malam ni berjalan sakan godek2 blog orang baca entry orang 
aku agak tertarik dengan satu contest ni pakjoe pun join sekali derekk 
mula2 sebelum aku bukak ingatkan nak ajak p photoshoot free ka rupanya contest gambar sendiri
hadiah agak menarik datang dari jauh pulak tu aku dah tengok pic para peserta2 dia agak mencabar hehe banyak geng2 uitm 
so meh tawan2 kita join kalau ampa nak join silalah klik link dibawak banner tu 
-
-
-
-
lokasi great wall in china



have a nice day 
ok bye

saya sudah pulang cerita dari beijing

apo khabar orang2 blog 
aku sudah balik
pulang dengan selamatnya ke rumah yahooo!
tapi aku rasa macam nak duduk ajer kat sana balik rumah pun bosan 
nanti ajer aku buat entry pasal lawatan sambil belajar aku kat sana muahaha 
sebab aku nak tunggu cousin aku upload pic kat fb dulu boleh lah aku curi pic2 dia sikit
sebab pic2 dia lawa lagi dari pic2 yang aku snap
best sangat pergi sana sebab sejukk iyer la aku kan duduk malaysia 
sini panas nak pulak aku duduk kat pulau legenda ni 
so sekarang aku nak cerita ajer la tampa gambar 
ermm,,boleh lah aku letak  pic satu ajer satuu ajer yer 
korang nak tahu tak negara cina merupakan negara yang mempunyai ramai penduduk 
jadi kerajaan telah menetapkan satu2 negeri harus mempunyai berapa orang anak 
macam di beijing mana2 pasangan yang berkahwin hanya dibenarkan mempunyai seorang sahaja anak
kesian kan ada la kalau negeri mana ntah boleh ada 2 orang anak jadi sapa2 yang asa nak anak 2 jangan duduk beijing 
dekat sana air sangat mahal sebab dorang jauh daripada laut sebab tu dorang kencing tak basuh kot hee
dorang mandi 3 hari sekali sebab air mahal dan sejuk 
rumah dekat beijing jugak mahal kalau nak rumah murah rumah bawah tanah yang kecil dan sempit 
sampai2 jer kami kat beijing kami pergi tengok acrobatic best gilaa
semua budak2 lagi umo tak melebihi 20 tahun sebab bagi dorang umo 20 ke atas tulang sudah keras jadi tak boleh main acrobatic lagi
gaji budak2 acbatic nih tinggi tapi malangnya cukup umur 20 ajer dorang dah tak boleh bersama dengan acrobatic lagi 
lepas tu kerja yang akan dorang buat ialah bekerja di bar sebab dorang susah nak dapat kerja 
budak2 acrobatic nih dorang tak sekolah 
walaupun beijing ni sejuk tapi udara dia sangat kering kalau korang pergi sana time sejuk jangan lupa losyen dan lipbalm 
lipbalm korang kena pakai selang 2 3 jam kalau tak bibir korang akan kering merekah dan keluar darah 
lepas mandi korang kena pakai losyen satu badan supaya kulit korang tak kering 
aku bernasib baik kulit aku tak kering sebab kalau kulit korang kering dia akan jadi gatal2 
balik malaysia siap la korang kena jumpa doctor 
kat sana dorang makan ikan darat sebab jauh dari laut ikan darat banyak tulang jadi time makan memang ikan aku tak sentuh
sepanjang aku dekat sana makanan semua style cina makanan dorang banyak yang rasanya tawar2 sikit 
ada corn goreng tepung ,arnab,kambing sebab dorang sana kan sejuk jadi kambing panaskan badan
paling penting mesti ada tea tak ader gula
sebab tu dorang sihat minum tak ader gula 
tapi bab masak dorang banyak guna garam 
seluar baby di sana tengah2 dia berlubang sebab senang untuk baby kencing dan berak tak payah buka2 seluar 
tapikan aku dok terpikir la  tak beku ker punggung baby tu sejuk kot
kat sana ada tiga jenis no plat kereta biru untuk government hijau untuk tourism putih untuk orang biasa 
kalau tak silap untuk orang biasa putih kot maaf kalau salah
kat beijing sangat sesak sebab purata orang yang beli kereta makin bertambah 
jadi kerajaan sana telah menetapkan peraturan 
no plat warna biru hanya boleh keluar pada hari2 tertentu begitu juga untuk no plat warna lain2
tapi untuk tourism dikecualikan rasanya 
tapi hujung minggu hari saptu  semua warna no plat boleh keluar jadi memang sesak la 
dekat sana orang2 dia cakap agak kasar dan kuat  kalau dengar dorang dok bersembang macam tengah gaduh tapi sebenarnya tak memang style dorang macam tu 
kat sana terkenal dengan  duit palsu sasaran dorang ialah pelancong 
aku pun dah jadi mangsa tapi bukan duit palsu yang aku dapat dia sepatutnya bagi 5 yuan kat aku tapi dia tipu aku dengan bagi duit 5 sen 
5 sen dorang duit kertas jugak,,
sorang lagi mangsa group kami dia bagi duit rusia duit rusia dengan duit cina seakan sama jadi 
korang kalau pergi sana hati2 la
selalu kalau duit2 tipu nih banyak dekat yang jual tepi2 jalan 
sana barang2 tiruan memang banyak macam ipad dorang jual dengan harga 300yuan rm150 duit malaysia
tapi tak berkualiti la hanya tahan dalam 2 atau 3 bulan 
tengok nasib korang la,,kalau dapat benda tu tahan lama ,lama la dia
sana kalau shopping dekat market style dorang agak memaksa sikit 
sekali kita dah tanya harga dorang akan paksa kita beli sampai boleh 
mula2 memang dorang akan letakkan harga tinggi lepas tu pandai2 la kita tawar menawar 
style nak shooping kat sana kalau korang betul2 nak benda tu korang cakap ajer nak berapa yuan kalau dia tak bagi korang buat2 la jalan tinggalkan kedai dia 
dia akan panggil korang sambil turunkan harga 
bila dah dapat harga yang korang mintak patah balik baru beli 
barang2 dekat sana boleh tahan cantik walaupun tak ori 
dekat sana memang terkenal dengan sutera ,mutiara,batu jed 
sutera dia cantik tambah2 cadar korang bayangkan sutera cadar lembut sejuk ajer
aku macam nak beli ajer tapi mahal sangat
kat cina lelaki lebih ramai daripada perempuan 
kalau dekat sana apa yang kerajaan tetapkan rakyat kena ikut kalau korang dok protes atau p dok mengadu korang akan masuk penjara 
secara automatic
kat sana kereta dorang semua mewah2 sebab sana kereta murah macam di langkawi 
jadi kesimpulannya kita rakyat malaysia patut bersyukur duduk di negara yang serba baik serba mewah 
masih lagi boleh memprotes apa yang kita tak setuju ,harga air tak mahal seperti di negara dorang  ,negara kita tak sejuk ,sejuk adalah benda yang paling dorang tak suka 
dan aku pun lebih menghargai matahari bila balik malaysia 
kita masih lagi boleh makan makanan laut dengan harga yang berpatutan 
tu sahaja 
have a nice day 
ok bye


sebelum tu tengok video acrobatic nih dulu





Wednesday, November 9, 2011

bye bye malaysia helloo chinaa

tembok cina adalah salah satu tempat yang akan aku pergi 

flight aku malam ni korang doakan semoga aku selamat pergi dan selamat sampai ok
dengar kata 10celsius adoi mampus beku aku doakan juga semoga aku dapat tahan kesejukan 
sejuk macam mana aku pun tak taw laa,,
 muka macam baru bangun tidur huhu mangsa fesyen la aku, nak buat macam mana aku susah nak cari baju sejuk gasaq saja yang mana adoo baju kotak2 sarung tangan colour merah 
apo aku kisah huhu
menunggu masa untuk berlepas selagi tak berlepas selagi tu la aku dok sumbat macam2 dalam beg uiss penatt cepat la pergi

dengan izz maksu sayang izz k,,spek tu tunggu masa ja huhu dah uzur bila la aku nak tukaq bulan depan agaknya 

ok bye
have a nice day 

AKU ADALAH BLOGGER

alohaa tawan2 meh kita join segmen ni ha bagus ni 
derekk aku nih asal nak keluar dari malaysia ja mesti aku join segmen hehe
kerja join segmen jer aku ni tak pa la kan dah ada peluang aku join ajer la 
macam biasa aku dapat tahu segmen ni dari salah sorang blogger yang aku follow iaitu nurul liyana
korang nak jugak ker join nak nak nak dah aku ajak boleh pulak aku tnya 
silalah ker sini ok nabila medan

kepada blogger2 dari segmen ni yang follow/singgah terima kasih aku akan follow/singgah blog korang bila aku balik nanti 

ok bye

ALAMAK TOYOLLL!!

anyonghaseyoo
huhu ntah apa la yang aku nak update ni kan 
sejak dua tiga menjak nih rasa macam sunyi ajer blog aku ni ha 
tak ader penghuni huhu sedihh!
entry2 aku tak menarik kot ye la merapu jer banyak kan
petang tadi aku teman sepupu aku pergi pekan 
ada la masuk satu kedai ni ha 
aku terbekenan baju dress pendek laa yang sebenarnya bukan terbekenan aku memang dah lama bekenan ha 
ni ha aduh kepok-kepok 

dari dulu memang aku dah bekenan ha baju dress2 macam ni tapi ye la aku ni bukan jenis pakai seksi dan satu lagi kalau aku beli pun nak pakai g mana ,,
aku ni duduk kedah mana ada orang buat party2 
party hari jadi ada laa kalau aku sambut pun gila aku nak pakai macam ni 
hehe tapi kalau nak pakai boleh ajer kena la pandai mix n match supaya tak seksi 
pakai la dengan legging iner kan 
bla bla bla ,,
herann apa kena mengena dengan tajuk hehe sabar2
tak selepas berjalan2 sepupu aku belanja makan so aku pun belanja la dia balik 
aku belanja dia tengok wayang 
ajak dia tengok cerita omputih dia tak nak ,,nak jugak ha tangok cerita ALAMAK TOYOLL!


boleh la tahan cerita ni ,,lucu tapi bagi aku tak best laa bosan gila 
so sesiapa yang nak pergi tengok wayang tu jangan la pilih cerita nih habis duit korang ja 
korang pilih jer cerita len ok 

baru lah kemas sikit buat rambut macam nih kalau tak mengembang jaa macam hantu huhu 

aku rasa macam jumpa dengan blogger semut langkawi tadi entah betul ke tidak segan nak tegur  bilalah nak jumpa yuyu pulak erk hehe

ok bye 

Tuesday, November 8, 2011

sedap ajer dia tidoo haa


hai nama saya sheebee dalam bahasa jepun maksudnya kecikk,,
huhu mempersembahkan sheebee yang belagak divaa nih 
dah la bueh suka gigit2 orang eiss,,apa nak jadi nih 
agaknya kan apa lah yang dia tengah mimpi tu kan 

Monday, November 7, 2011

haruskan aku menyebutnya

wah tajukk jiwang gila haha
gelak saja walau hati gundah gulana 
yang sebenarnya aku sekarang tengah pening kepala ,,nggak tahu kenapa dong!
makanya minyak cap kapak menjadi teman disisi 
mahu tidur tapi mata tak mau pejam apa kan daya 
sakit kejap hilang kejap datang 
otak pulak rajin sungguh memikirkan masalah 
ada macam tiada apa boleh buat 
erm,,masih memikirkan mahu ***** atau tidak 
tolongg tolonggg
cakap  ajer laa tu pun susah ker ha rina !
cakap  laa cakap  laa cakap jer laa 
ko cakap jer tak per kan kan kan 
macam mana nak cakap kalau hati tak merelakan 
ahhh! sakit datang lagi 
tidoo

Sunday, November 6, 2011

Saturday, November 5, 2011

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA

selamat2 kepada sesiapa yang buat rumah terbuka tu silalah jembut aku ,,hukhuk,,
korang masak apa kat rumah ?
ada kuih raya ker? rumah aku dah habis aku bantai makan hukhuk
sempena hari raya aidiladha  nih aku ucapkan semoga korang dilimpahkan rezeki hidup aman damai gembira selalu hidup diberkati mendapat kejayaan maafkan 
lah segala salah silap aku halalkan makan minum aku 
sapa2 yang masih lagi ada hutang nak mintak maaf dengan saudara mara kawan2 keluarga time ni lah yang paling sesuai lepas ni tak der dah tunggu taun depan plak ,,huhu
kalau dekat thailand dorang sambut raya aidiladha lagi meriah dari aidilfitri 
kalau dekat malaysia orang kata kelantan kan yang sambut meriah tak tahu la kan sebab tak pernah beraya kat kelantan 
apa2 pun bagi yang balik raya kat kampung tu bawak kereta elok2 pesanan ringkas ini dari reynabali 
ok bye 

Friday, November 4, 2011

SAYA KOMEN BLOG ANDA

Aloha selamat tengah hari sementara nak tunggu makan tengah hari ni kan apa kata kita reramai join satu segmen ni ha  segmen saya komen blog anda bagus jugak kan boleh la kita tahu komen daripada orang luar tentang blog kita nih cantik ker tidak ,,bagus ke tidak,,buruk ker,,semua lah tapi dengan syarat kita pun kena lah komen pasal blog dia 
jadi tawan2 jom terjah blog dia dan joinnn!
ok bagi rina blog farhanah ni ok jer 
colour dia pun cantik apa
shoutbox dia pun comel 
bila baca entry2 blog farhanah walaupun tak semua dapat rasakan dia adalah remaja islam yang bagus 
entry dia pun banyak berkisarkan tentang islam 
bagus untuk diri sendiri yang tak reti2 nak tutup apa yang patut marah diri sendiri huhu
ok lah lapoo nih makan dulu 

cerita kehidupan

susahnya nak tegur orang kan


eis apa nih pinggan sendiri pun tak reti nak basuk ka dalam hati
nih apa nih pakai makeup aku tak reti nak mintak kebenaran ka dalam hati
ni sapa suruh suka hati mak nenek ang ja pakai baju aku  dalam hati
eis tak ley ka ang tekan keyboard laptop aku kuat2 lagi dalam hati meyindir
duduk rumah orang buatla cara duduk rumah orang eiss 
bising-bising apa ntah 
hehe aku ni memang banyak merungut tapi percayalah dalam hati ja kalau nak sebut tu aduhh!
macam ada ketul emas susahh bebenoo!
aku nih memang kalau harta benda aku memang aku jaga sikit kalau aku sendiri yang bagi rosak tak pa jangan orang lain bagi rosak hikhikhik


CARITA 1


masa= time masak di dapur
lokasi= rumah sewa


kawan1=eh apesal kau masak macam nih ,bukan macam ni la bubuh ni dulu
kawan2=eh memang aku selalu masak macam nih kat rumah
kawan1=bubuh ni dulu la lepas tu baru bubuh siput ni apa la ang ni tu pun tak reti
kawan2=ye la apa kata ang yang masak
(padahal sama ja jenis masakan tu cuma kawan2 tu dia bubuh bawang dulu baru siput,yang kawan1 pulak bubuh siput dulu baru bawang )


moral of the story
biasalaa lain orang lain cita rasanya ,lain orang lain cara masaknya biarlah sekali sekala kita ikutkan saja cara orang sekali sekala apa salahnya apa ang ingat ang masak baguss sangatlaa
kan lagi bagus kalau ang tegur dengan cara yang sopan


macam ni
kawan1=oo ang masak macam ni noh aku selalu masak letak siput dulu bagi dia masak betul2 baru letak bawang
kawan2=erk aku mak aku ajar masak macam ni tapi cara ang tu bagus jugak baru dia masak betul2


CERITA 2


bila di rumah kemain lagi ha pakai tudung litup2
bila kat rumah sewa amboi tudung p mana ntah
depan kita layan kita bukan main lagi
belakang amboii muluttttt
"kecik tu p rumah aku malassss gilaa"padahal aku p rumah dia siap tolong dia sidai baju kot
di rumah dia bukan main alim lagi duduk rumah sewa amboi dah pandai keluar dengan jantan dok p buat lovebite
kaluar tu tak pa laa tak kisah yang kisahnya dok p buat benda2 tak senonoh eis2,


moral of the story
jangan la kita dok jadi jakun sangat dok p tempat orang tu baru ulu kalau p kolumpu nuh aku tak taw la apa jadi
sapa2 yang ada anak tuh nanti nak bagi anak2 ampa belajaq jangan la dok hantaq tempat ulu2 sangat bukan nak kata  ,aku memang nak kata laa tempat2 yang jauh di perdalaman memang tak membangun dengan terdedah dengan mamat2 kampung yang suka mengajar anak2 gadis benda2 pelik
kalau yang bagus nuh tak pa yang tak bagus ni yang jadi masalah
kalau yang pandai jaga diri tak pa yang dok ikut tak pikir tu yang masalah
satu lagi mulut jangan jahat sangat sat lagi kena kat ampa balik baru padan muka huhu


CERITA 3


jenis orang yang semuanya dia betul haha
payah kalau ada orang macam nih
aku senang ja kalau ada orang macam ni aku iyakan ajer apa yang dia kata


CERITA 4


kawan1=weh kawan tolong aku kereta aku rosak
kawan2=aku tengah tidur ni kejap erk aku bagi no fon kawan aku ang tipon dia


nampak sangat dia lebih pentingkan tidur dia sanggup bagi no tipon orang lain 


moral of the story
jauhkan kawan macam nih dia hanya ada dikala anda senang tapi bukan dikala anda susah


luahan hati seorang ibu 


hari tu aku pergi hospital jumpa jiran aku ,jiran aku nih dia bela anak orang 
kami makan sekali sembil sembang2 anak dia comell mata bulatt!
"kadang2 pergi kerja teringat kat dia menangis2 rindu ,kadang2 kesian tinggal dia kat rumah pengasuh macam nak bawak pergi kerja ,sayang sangat "
ayat sayang sangattt tu yang buat aku tersentuh hati 
huhu sedihh T_T mummy 


luahan hati mak 


esok bila adik kawin tak taw la sapa nak duduk dengan mak ,kak dah pindah ,esok adik kawin tinggal lah mak dengan ayah ,tu yang orang tua2 p duduk rumah orang tua anak2 tak mau bela 
menantu sekarang baik yang bakal terima nanti tak taw la macam mana boleh harap ke tak 


adik beradik yang baik dan sayangkan keluarga aku 


adalah saudara mara belah mak aku dorang semua sayangkan family aku 
"nanti kami buat rumah elok2 nak bawak cu lian dan bang zali tinggal sini "
"ni tak pa ka bang zali jalan jauh2 sat lagi penat "
ayah aku dapat layanan macam raja bila balik sana 
sanggup bawak ayah aku pergi kolam air panas semata2 nak tangok ayah aku sihat 
"sapa punya keje yang dok buat buat2 kat bali meh nak p tembak bagi " hikhikhik garang 


percintaan yang pelik


walaupun tak paham bahasa antara satu sama lain tapi boleh jugak hidup erk 
yang sorang cakap english sorang lagi cakap thailand 
" u happy i happy ,i love u ,u love me ,ok ,no yes ," tu je perkataan yang dorang selalu guna
tak kahwin tapi hidup sekali 


orang yang sombong


amboi bercakap punyalah sombong mentang2 lah dia pandai 
sombong berlagak cakap kemain lagi 
orang macam nih aku buat tak taw ja,,lantak p kat ampa la,,


ok bye
love reynabali