Followers

Monday, June 4, 2012

mengapa mesti bermain dengan syaitan ??

assalammualikum
anyong

manusia bila hati sudah benci ,,mulalah gunakan syaitan untuk puaskan hati 
sanggup cari bomoh tengah2 malam semata2 untuk jatuhkan manusia sesama islam sendiri ,,
dulu aku tak percaya benda2 buatan orang tapi bila dah berlaku depan mata sendiri apa lagi nak dikata ,,
syaitan juga yang seronok sebab dorang dapat kawan yang percaya kan dorang untuk buat kerja ,,nah! orang itu berkawan dengan syaitan ,,,kadang2 aku rasa biarlah kita miskin ,,kita tak terkenal,,,tiada siapa yang kenal kita ,,,,aman hidup,,,tapi malang sekali mana mungkin hidup di dunia seorang diri ,,,saat kita dinaikan pangkat,,saat kita sedang bergelak ketawa,,saat kita dilimpahkan rezeki oleh allah ,,,rupanya ada mata2 yang memerhati ,,lantas hati menerbitkan rasa cemburu,,semua itu hasutan syaitan tampa mereka sedari ,,syaitan memainkan lagi peranan dengan menghasut bertubi2 ,,,lantas manusia yang pendek akalnya terus bersetuju dengan hasutan syaitan tersebut ,,mulalah merisik siapakah bomoh yang paling handal untuk puaskan nafsu sendiri iaitu dengan menjatuhkan manusia insan seagamanya sendiri ,,,
puaskah hati anda setelah anda mematikan orang yang sama2 berkongsi bumi dengan anda?? malang sekali ,anda mungkin seronok apabila mendengar perkhabaran kematian beliau,,,,tapi adakah anda tidak tahu allah mengambil beliau adalah disebabkan allah sayangkan nya,,,sedangkan anda??
mungkin anda berfikir bahawa anda telah menang ,,sedangkan hakikatnya jodoh dan ajal adalah kerja allah ,,
seronok bermain dengan syaitan agaknya,,,,
aku tak tahu lah sama ada nak percaya benda ni atau tak,,kadang2 kalau kita percaya sangat pun tak boleh jugak,,,tapi aku percaya benda tu ada,,,cuma aku hairan dengan sifat manusia sampai sanggup gunakan syaitan untuk jatuhkan orang lain,,tak takutkah mereka ?? family aku adalah jenis yang tak percaya benda2 ni,,,tapi masa ayah aku sakit,,,kampung pun kami berubat,,doctor pun kami berubat,,dua2,,kita tak boleh pilih satu jalan saja,,,abang tiri ayah aku jenis suka berubat kampung2 ni,,,kami turutkan aja,,masa tu barulah tahu yang macam2 benda dah orang buat kat family kami,,,banyak kepada ayah aku la,,sebab dorang benci cemburu dengan jawatan ayah aku,,,,cemburu dengan kejayaan dan kesenangan orang,,kenapa lah perlu sampai tahap tu,,kan ke bagus tengok kejayaan dan kesenangan orang n than jadikan itu sebagai pembakar semangat nak berjaya macam tu jugak,,,kenapa mesti nak jatuhkan orang,,,hidup orang2 macam tu tak akan aman,,,sebab tu lah aku kalau boleh tak suka orang kenal aku terutamanya adikberadik biarlah aku study jauh2 ,,biarlah aku tak duduk di rumah ,,,biar orang tak kenal lagi aku suka,,ahmaklumlah aku bukan hidup di kl,,masyarakat kampung ni otaknya tak berkembang sikit,,kerja mahu jaga tepi kain orang padahal kain sendiri koyak tak reti2 nak tutup,,,mulut mengata anak orang je kerja last2 anak sendiri bawak balik cucu luar nikah,,kan dah tuhan tunjuk ! tu la mengata anak orang lagi,,,aku pernah difitnah membe kawan kak aku  bercerita kepada kawan baik kak aku cakap kata aku dok keluar naik kereta dengan jantan tu masuk rumah jantan tu la,,,hahahaha! so funny loh! tu sebab kawan tu tak suka dengan kehidupan kak aku bercerita bukan2 pasal aku kat kak aku,,hahahaha,,lawak orang macam ni,,,aku pergi mana semua mak aku tahu ok,,dengan siapa aku berkawan,,siapa kawan2 aku,,,tu baru duduk rumah dah kena fitnah,,,kak aku kata "baru ang taw dok kampung ni macam mana" hahaha,,yes baru ku tahu,, pernah aku keluar berdua dengan laki tapi keluar berjalan ,,bukan dating na,,dia membe baik aku ,,satu2nya membe lelaki yang aku rapat ,,,jumpa habis adikberadik time tu la nak jumpa semua orang yer,,,bila jumpa mak aku siap tanya bila lagi tu nampak keluar dengan lelaki,,,mak aku cakap ahh,,depa kawan aje tu,,aku kan pergi mana semua mak aku tahu,,nampak sangat sibuk hal orang,,aku nampak korang keluar dengan laki tak cakap apa2 pun,,,
baru2 ni sepupu aku sakit ,,sakit buatan orang,,ntah lah aku tak berani nak pergi tengok,,,siapa dalangnya,,kenapa ,,mereka tak tahu,,,aku harap dia sihat ,,kesian dia muda lagi,,,sudah2 lah bermain dengan syaitan,,,aku harap kita semua dilindungi daripada syaitan2 dan juga manusia yang hatinya busuk

love 
reynabali

2 comments:

iEdA said...

Betol apa yg reyna tlis neh..ida pon tgl kt kg gk n x nafikan mentaliti org kg agak len sket...dorg mmg suka jg tepi kaen org len...bab2 wat owg plak mmg ada manusia yg hati busuk n x bole tgk kesenangan owg len...

reyna said...

@ieda kan harap2 kita terlepas dari fitnah dan mainan syaitan ni,,